backup og meta

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak

Bagi ibu-ibu muda yang baru menimang cahaya mata sulung, pasti pernah terfikir berkenaan potty training anak mereka. Banyak persoalan yang bermain di fikiran, termasuklah cara dan juga waktu yang sesuai untuk ajar anak potty training atau ajar anak ke tandas.

Oleh itu, kami bawakan kepada anda satu kisah bagaimana seorang ibu muda ini ajar anak ke tandas ketika si manja berumur tiga tahun.

Ikuti temu bual khas Hello Doktor bersama Puan Siti Jalila Abdul Rahman. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Pengalaman membesarkan cahaya mata pertama

Ahli keluarga Puan Jalila.
Ahli keluarga Puan Jalila.

Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti akan melalui satu pengalaman yang berharga sewaktu membesarkan cahaya mata pertama mereka.

Anak kelahiran yang pertama ini seolah-olah menjadi satu medan untuk menguji kemahiran keibubapaan buat pertama kali dalam hidup berkeluarga.

Hal ini turut berlaku dalam kehidupan Puan Jalila Abdul Rahman yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan pertama pada 30 September 2018.

Cahaya matanya yang kini berumur tiga tahun empat bulan dikenali dengan nama Iman Maryam.

Menurut Puan Jalila, anak sulungnya ini seorang yang agak manja dan juga sensitif sejak mula mendapat adik baharu.

Sepertimana ibu-ibu muda yang lain, Puan Jalila mengakui bahawa segalanya berubah sejak memiliki anak sulung dalam kehidupannya.

Ini termasuklah rutin harian seperti waktu makan, waktu berehat dan kepentingan kerjayanya sendiri.

Namun, ia tidak melunturkan semangatnya sebagai seorang ibu memandangkan dia dikelilingi individu yang berpengalaman yang banyak memberikan nasihat dan dorongan.

“Saya bersyukur kerana dikelilingi oleh mereka yang berpengalaman mempunyai anak. Jadi, saya sering bertanya kepada mereka jika berdepan dengan sebarang masalah dalam penjagaan anak,”  kata Puan Jalila.

Permulaan potty training anak yang pertama

Menurut Puan Jalila, dia mula ajar anak potty training apabila anaknya itu sudah berumur dua tahun.

Namun, dia sendiri sudah mula memikirkan soal potty training anak ini sejak Iman Maryam berumur satu tahun lebih lagi.

Dia sentiasa mengikuti perkembangan anaknya itu untuk melihat sama ada si kecil sudah bersedia untuk diajar ke tandas atau belum.

Malahan, dia percaya bahawa setiap manusia akan melalui fasa-fasa tertentu dalam kehidupan mereka dan ia pasti akan mengambil sedikit masa.

Begitu juga proses potty training anak, ia mempunyai fasanya yang tersendiri namun perlu diperhatikan oleh para ibu bapa berkenaan kesediaan anak mereka untuk belajar ke tandas dari semasa ke semasa. 

Ini 7 cara yang Puan Jalila guna untuk potty training anak

Anak kelahiran sulung Puan Jalila.
Anak kelahiran sulung Puan Jalila.

Memandangkan Iman Maryam adalah kelahiran sulungnya, jadi Puan Jalila sendiri banyak merujuk kepada individu berpengalaman yang lain selain membaca artikel berkenaan cara mengajar potty training kepada anak.

Oleh itu, Puan Jalila telah menggabungkan banyak kaedah yang diketahuinya sehinggalah anaknya itu 99% berjaya diajar untuk potty training atau ajar anak pergi tandas.

Menurut ibu muda ini, setiap ibu bapa pasti mempunyai cara dan kaedah mereka yang tersendiri.

Ini kerana setiap anak pasti mempunyai kerenah yang pelbagai, jadi satu kaedah sahaja tidak boleh digunakan untuk semua kanak-kanak.

“Ada anak yang bersedia lebih awal dan ada juga yang lebih lambat. Namun ibu bapa tidak perlu gusar kerana tiada garis panduan yang ditetapkan. Cuma ibu bapa perlu memerhatikan anak mereka sama ada anak itu telah bersedia atau belum untuk sesi potty training,” kata Puan Jalila. 

Pun begitu, Puan Jalila masih sudi berkongsi tip ajar potty training anak ini terutamanya bagi ibu bapa muda yang masih tercari-cari kaedah yang sesuai. Ini 7 tip pengalamannya mengajar Iman Maryam potty training:

#1. Mulakan dengan teknik pujukan

Apabila anak sudah berumur satu tahun tujuh bulan, Puan Jalila mulakan dengan teknik percakapan atau pujukan.

Beliau akan mula bercakap secara perlahan-lahan bersama anaknya berkenaan rancangan untuk bersedia berlatih bercerai lampin.

Puan Jalila akan menceritakan kepada anaknya berkenaan kejayaan kanak-kanak lain yang telah berjaya belajar untuk ke tandas.

Teknik pujukan ini tidak akan terus berjaya dan ibu bapa perlu melakukannya sekurang-kurangnya tiga kali seminggu ajar anak pergi tandas

#2. Mula beli tandas untuk potty training

Puan Jalila akan menggunakan teknik pujukan ini sehinggalah anaknya mula memasuki usia dua tahun.

Perhatian!

Beliau menasihatkan ibu bapa untuk memerhatikan keadaan anak sama ada mereka sudah bersedia atau belum.

Sebagai contoh, Iman Maryam ada menyatakan bahawa dia sudah tidak berasa selesa di bahagian lampin yang dipakainya.

“Oleh itu, saya sudah mula tidak memakaikan lampin kepadanya. Saya membeli tandas potty training untuk menarik perhatiannya. Saya juga menunjukkan contoh kepadanya bagaimana untuk menggunakannya,” tambah Puan Jalila lagi. 

#3. Bawa ke tandas secara berkala

Pada peringkat awal, Puan Jalila akan membawa anaknya ke tandas setiap lima minit kerana masih tidak tahu corak waktu anaknya membuang air selepas tidak lagi memakai lampin.

Selepas itu, barulah dia akan menjarakkan selang waktu tersebut.

Pada peringkat awal, disarankan untuk ajar anak seperti ini pada waktu siang dahulu.

Lama-kelamaan, anak akan faham sendiri rutin mereka untuk ke tandas bagi membuang air.

Puan Jalila turut mengingatkan kepada anaknya setiap hari berkenaan hadiah yang akan diperolehnya jika dia berjaya untuk tidak memakai lampin.

#4. Minta pertolongan penjaga jika sibuk bekerja

Memandangkan Puan Jalila bekerja bermula waktu petang hingga malam, dia akan meminta pertolongan daripada individu yang menjaga anaknya iaitu ibu mertuanya sendiri.

Ibu mertuanya akan turut sama-sama melatih rutin ini sewaktu Iman Maryam di bawah jagaannya. 

#5. Cuba selama seminggu

Pada peringkat awal, untuk melatih anak agar mereka konsisten dengan rutin ke tandas, cuba ambil masa seminggu untuk kekal berada di rumah.

Ini akan memberikan waktu yang lebih lama untuk anak belajar tidak memakai lampin dan biasa dengan rutin ke tandas. Elakkan keluar bersiar-siar dalam waktu seminggu ini.

#6. Ajar perlahan-lahan untuk waktu malam pula

Mengajar anak untuk tidak memakai lampin dan tidak membuang air kecil ketika tidur mungkin akan mengambil sedikit masa.

Oleh itu, pakaikan lampin sebelum tidur pada peringkat awal.

Setelah itu, anda boleh mula untuk tidak memakaikan lampin secara perlahan-lahan. Ajar anak untuk ke tandas terlebih dahulu sebelum mereka tidur.

Letakkan kain lapik atau alas di tempat tidur mereka sebagai persediaan. 

#7. Bersabar dengan kerenah anak

Proses potty training anak ini akan mengambil masa yang agak lama.

Ini kerana kita sedang membentuk satu rutin baharu kepada mereka.

Sentiasa bersabar kerana kanak-kanak masih dalam proses pembelajaran. Teruskan ajar anak potty training walaupun ditinggalkan bersama penjaga

Kelebihan dan cabaran potty training anak

potty training anak

Menurut Puan Jalila, kelebihan potty training anak ini pastinya boleh menjimatkan kos membeli lampin pakai buang.

Selain itu, proses potty training itu sendiri sebenarnya boleh merangsang kemahiran anak untuk berfikir, merasa dan bertindak untuk memberitahu ibu bapa berkenaan keadaan mereka.

Potty training anak juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Menurut Puan Jalila lagi,

“Cabarannya ialah kita perlu banyak berkomunikasi dengan anak agar mereka faham apa yang betul dan salah dalam potty train ini. Selain itu, anak juga kadangkala akan terlupa untuk memberitahu dan kita perlu sentiasa bersabar serta terus mengajar anak. Potty train memerlukan kesabaran dan juga kestabilan emosi untuk berjaya.”

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Temubual bersama Puan Jalila Abdul Rahman pada 15 Februari 2022.
  2. Toilet Training. https://kidshealth.org/en/parents/toilet-teaching.html. Accessed on February 16, 2022.
  3. Potty training: How to get the job done. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/potty-training/art-20045230. Accessed on February 16, 2022.
  4. How to potty train. https://www.nhs.uk/conditions/baby/babys-development/potty-training-and-bedwetting/how-to-potty-train/. Accessed on February 16, 2022.
  5. Toilet Training. https://www.aafp.org/afp/2008/1101/p1059.html. Accessed on February 16, 2022.
  6. Potty Training: Learning to the Use the Toilet. https://www.zerotothree.org/resources/266-potty-training-learning-to-the-use-the-toilet. Accessed on February 16, 2022.

Versi Terbaru

21/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel berkaitan

Panduan Pemakaian Lampin Bayi Perempuan & Lelaki, Bersama Tip Penjagaan Kulit Si Comel


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan