backup og meta

9 Cara Pupuk Perkembangan Sosial Anak, Baru Anak Pandai Berkomunikasi & Kawal Emosi!

9 Cara Pupuk Perkembangan Sosial Anak, Baru Anak Pandai Berkomunikasi & Kawal Emosi!

Ramai ibu bapa yang mementingkan perkembangan fizikal kanak-kanak semata-mata dan kurang memberikan perhatian kepada perkembangan sosial mereka. Sebenarnya, perkembangan sosial kanak-kanak ini adalah sama penting dengan aspek fizikal.

Berikut adalah kepentingan perkembangan sosial dan cara untuk tingkatkan perkembangannya dalam diri anak anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa perkembangan sosial penting untuk anak?

Perkembangan sosial kanak-kanak adalah proses di mana kanak-kanak belajar bagaimana berinteraksi dengan orang lain, memahami dan mengurus emosi, serta membina hubungan.

Ia penting kerana membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran berkomunikasi, empati dan bekerjasama yang diperlukan untuk kehidupan seharian dan masa depan mereka.

Pembangunan sosial yang sihat membolehkan kanak-kanak membina keyakinan diri dan keterampilan sosial.

Sekiranya kanak-kanak tidak mengalami perkembangan sosial yang sepatutnya, mereka mungkin akan menghadapi kesukaran dalam membina hubungan, mengurus emosi dan berinteraksi dengan berkesan dalam masyarakat.

perkembangan sosial kanak-kanak
Ini cara untuk tenangkan anak anda ketika mereka mengamuk.

Ini boleh menyebabkan masalah seperti kekurangan keyakinan diri, kesukaran dalam pembelajaran, dan cabaran untuk beradaptasi dengan situasi sosial yang baharu.

Oleh itu, sangat penting untuk memastikan kanak-kanak diberikan peluang yang cukup untuk berkembang secara sosial sejak dari awal usia mereka.

Aktiviti yang sesuai untuk perkembangan sosial kanak-kanak 

Bagaimana untuk memupuk perkembangan sosial anak-anak?

Adakah dengan menyuruh mereka bertegur sapa dengan orang lain atau meminta mereka untuk bercerita setiap masa?

Kanak-kanak masih dalam proses perkembangan mereka, maka aktiviti yang hendak dilakukan itu mestilah mengikut fasa dan sesuai dengan umur mereka.

Lihat caranya di bawah ini:

Aktiviti untuk perkembangan sosial kanak-kanak 1-2 tahun

Bagi kanak-kanak yang berumur 1 hingga 2 tahun, mereka boleh diajak untuk melakukan perkara-perkara seperti ini:

#1. Bermain bersama

Libatkan kanak-kanak dalam permainan yang memerlukan penglibatan individu lain seperti menyusun blok atau permainan interaktif.

Ini akan mengajar mereka tentang adab menunggu giliran dan berkongsi dengan orang lain.

Selain itu, ia juga boleh memupuk kemahiran komunikasi dalam perkembangan sosial kanak kanak 1-2 tahun.

#2. Sesi bercerita

Sesi bercerita dan berdiskusi tentang karakter dan plot cerita boleh membantu anak mengembangkan pemahaman tentang emosi dan perspektif orang lain. Cara ini bagus untuk perkembangan sosial kanak-kanak.

#3. Aktiviti muzik bersama

Menyertai kelas muzik atau bermain alat muzik sederhana seperti dram dan marakas bersama anak boleh membina kepekaan terhadap irama bersama dan sifat kerjasama.

Aktiviti untuk perkembangan sosial kanak-kanak 4 tahun

perkembangan sosial kanak-kanak
Aktiviti seni seperti melukis bersama sangat baik untuk perkembangan sosial anak.

Aktiviti di bawah ini pula lebih sesuai untuk anak yang berumur 3 ke 4 tahun:

#1. Permainan peranan (roleplay

Permainan peranan seperti berlakon sebagai doktor, guru atau chef membolehkan kanak-kanak mempraktikkan dan memahami pelbagai peranan sosial dan emosi. Ini juga baik untuk perkembangan sosial kanak-kanak.

#2. Sukan dan permainan berkumpulan 

Melibatkan anak dalam sukan seperti bola sepak atau permainan berkumpulan seperti ‘polis dan perompak’ boleh:

  • membina kemahiran kerjasama
  • mengurus kemenangan dan kekalahan

#3. Aktiviti seni bersama

Projek seni berkumpulan seperti melukis mural atau membuat kolaj boleh menggalakkan ekspresi diri dan penghargaan terhadap sumbangan orang lain.

Ini cara terbaik untuk perkembangan sosial kanak kanak 4 tahun.

Aktiviti untuk perkembangan sosial kanak-kanak 5 tahun

bermain kad uno
Ramai kanak-kanak juga gemar bermain permainan kad seperti ‘UNO’.

Bagi kanak-kanak yang lebih besar iaitu sekitar 5 hingga 6 tahun, mereka boleh digalakkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti berikut:

#1. Permainan papan dan kad

Permainan papan (board game) dan kad yang sesuai seperti ‘UNO’, boleh mengajar anak untuk mengikuti peraturan, mengatur strategi dan berinteraksi secara positif dengan pemain lain.

#2. Aktiviti sukarelawan

Melibatkan anak dalam aktiviti sukarelawan seperti membersihkan taman atau membantu di rumah kebajikan boleh memperkenalkan anak dengan konsep membantu orang lain dan empati sosial. Ini juga bagus untuk perkembangan sosial kanak-kanak.

#3. Perkhemahan atau kelas kurikulum tambahan juga bagus untuk perkembangan sosial kanak kanak 5 tahun

Menyertai perkhemahan atau kelas seperti berenang atau seni bela diri akan membina kemahiran sosial dalam suasana yang lebih berstruktur bersama rakan sebaya.

Kesimpulan

Melalui aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak dapat mengasah kemahiran sosial yang penting untuk kejayaan mereka di masa hadapan.

Pembangunan sosial yang sihat harus diberikan perhatian oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak kita berkembang menjadi individu yang seimbang dan berkebolehan dalam berinteraksi dengan masyarakat.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Social Development in Preschoolers. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/preschool/Pages/Social-Development-in-Preschoolers.aspx. Diakses pada Disember 6, 2023. 

Practicing Social Skills: Activity Ideas for Toddlers. https://helpmegrowmn.org/HMG/HelpfulRes/Articles/socialskills/index.htm. Diakses pada Disember 6, 2023.

Promoting Social-Emotional Development: Experiences and Activities. https://www.virtuallabschool.org/preschool/social-and-emotional-development/lesson-4. Diakses pada Disember 6, 2023.

Building Social and Emotional Skills at Home. https://www.naeyc.org/our-work/families/building-social-emotional-skills-at-home. Diakses pada Disember 6, 2023.

5 social-emotional learning games to play with your child. https://www.understood.org/en/articles/social-emotional-activities-for-children. Diakses pada Disember 6, 2023.

Versi Terbaru

02/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!

Si Manja Dah Masuk 3 Tahun? Semak 9 Perkara Di Bawah, Sepatutnya Anak Sudah Pandai Buat Yang Ini


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan