Dalam dunia moden kini, nilai moral sudah tidak lagi dititikberatkan. Sebagai ibu bapa, anda perlu menyemai amalan baik berserta nilai murni pada diri anak-anak anda. Dengan cara ini dapat membantu mereka mengenal akan bahayanya harta materialistik serta menyumbang kepada pencirian progresif mereka.
Baik hati
Memandangkan kanak-kanak sudah biasa menerima kasih sayang dan jagaan daripada ibu bapa, jadi mereka boleh membesar dengan rasa pentingkan diri dan sukar untuk memahami perasaan orang lain. Kebaikan, keprihatinan, dan pertimbangan adalah nilai yang anak anda akan sukar fahami para permulaannya. Jadi, jangan lupa untuk menerangkan tentang perkongsian nilai dengan anak-anak anda. Anda boleh mula mengajar mereka melalui perkara yang mudah. Contohnya, anda boleh ingatkan mereka untuk tidak membuat bising apabila ada orang bercakap dalam telefon. Anda juga boleh meminta anak anda untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemop lantai, mencuci sayur-sayuran dan sebagainya.
Bersyukur
Bersyukur adalah nilai yang mengambil masa untuk diterapkan. Perkataan “terima kasih” adalah kunci untuk melakukannya. Ajar anak anda untuk mengucapkan terima kasih apabila seseorang melakukan perkara yang baik untuk mereka ataupun semasa menerima pemberian seseorang. Cara lain yang anda boleh lakukan adalah anda boleh menetapkan hari untuk meminta mereka menyumbangkan sesuatu yang mereka sayangi. Dengan cara ini, anak anda akan belajar untuk lebih bersyukur.
Murah hati
Murah hati boleh dilihat dalam sebarang perhubungan melalui cara “beri dan ambil” atau bertolak-ansur. Oleh itu, janganlah hanya membiarkan anak anda ‘menerima’ sahaja. Galakkan mereka untuk menjemput rakan-rakan ke rumah untuk sambutan majlis ataupun melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Ketika itu, kongsi bersama mereka apa yang dimaksudkan dengan murah hati melalui perkongsian mainan mereka, makanan dan juga minuman dengan orang lain. Anda juga boleh menasihati anak untuk memberikan mainan, pakaian, dan buku kepada orang yang memerlukan.
Adab
“Tolong”, “terima kasih”, dan “maafkan saya” adalah refleksi kepada adab yang sopan. Ajar anak anda makna dan kepentingan perkataan-perkataan tersebut dan gunakannya dalam sebarang perbualan. Contohnya, minta anak anda untuk mengucapkan “terima kasih” apabila melihat pembantu rumah mengemaskan rumah anda. Anda dan pasangan juga perlulah menggunakan perkataan-perkataan ini setiap hari supaya anak anda boleh meniru perbuatan anda. Jika mereka menyebutnya dalam situasi yang betul dan tanpa anda perlu mengingatkan mereka untuk mengucapkannya, berilah kata pujian kepada si kecil.
[embed-health-tool-child-growth-chart]