backup og meta

Kepentingan Didikan Seni dan Kreatif kepada Anak-anak

Kepentingan Didikan Seni dan Kreatif kepada Anak-anak

Kepentingan Didikan Seni dan Kreatif kepada Anak-anak

Kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai kain putih yang bersih dan suci daripada sebarang kekotoran atau kerosakan. Mereka ini masih dalam usia untuk belajar perihal kehidupan sebelum menginjak alam dewasa. Oleh itu, apa sahaja yang diajarkan oleh ibu bapa kepada mereka akan menjadi satu aspek dalam pembentukan diri mereka.

Kebanyakan ibu bapa hanya menekankan tentang kepentingan aspek pelajaran semata-mata kepada anak mereka sedangkan terdapat banyak lagi aspek yang membantu pembentukan diri anak-anak misalnya aspek sukan, aspek kemahiran mahupun aspek seni kreatif.

Mengapa didikan seni dan kreatif penting?

Seni dan kreatif sangat penting dalam pembentukan diri anak-anak kerana aspek ini akan melahirkan sikap kreatif dalam diri mereka selain merangsang perkembangan otak anak anda. Berikut adalah kepentingan seni dan kreatif kepada anak-anak:

1. Memupuk minat dalam aspek seni dan kreatif

Secara semulajadi, sikap kreatif sudah wujud dalam diri setiap kanak-kanak lagi. Namun, dengan dorongan dan didikan ibu bapa, sikap ini akan lebih bercambah lalu menjadikan anak-anak lebih yakin dan selesa untuk mengekspresikan kesenian dan kreativiti mereka kepada umum.

2. Mengasah kemahiran motor halus anak

Kemahiran motor halus anak anda dapat dipupuk dengan menggunakan latihan seni seperti melukis mahupun menulis. Ini adalah praktis yang terbaik untuk menguatkan motor halus mereka. Dalam pada itu, dengan praktis ini juga ibu bapa dapat mengetahui tangan dominan anak mereka sekaligus lebih memudahkan proses dan praktis pengawalan motor halus atau tangan mereka. Ini akan membuatkan anak anda akan lebih cepat dan pandai menulis kelak.

3. Menghubungkan neuron-neuron anak anda

Seni merupakan aktiviti yang dapat menghubungkan setiap deria yang terdapat pada manusia iaitu deria lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa. Oleh itu aktiviti seni seperti melukis yang melibatkan deria lihat dan sentuh atau lain-lain jelas sekali dapat membantu dalam pembentukan neuron anak anda sekaligus menghubungkannya.

4. Meluahkan perasaan mereka melalui seni

Anak-anak boleh diajar untuk meluahkan perasaan mereka melalui seni agar mereka mempunyai satu medium alternatif selain ibu bapa untuk meluahkan perasaan gembira, sedih atau marah mereka. Ibu bapa dapat mengesan perasaan anak anda dengan melihat kepada penggunaan warna, corak atau bentuk lukisan mereka lalu memudahkan ibu bapa membaca perasaan anak mereka dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

5. Membina ikatan seisi keluarga

Anda boleh jadikan aktiviti kesenian dan kreatif seperti melukis sebagai satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dengan ahli keluarga. Dengan aktiviti seperti ini, ibu bapa bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama anak-anak, tetapi hasil lukisan tersebut juga boleh dijadikan kenangan untuk masa hadapan.

6. Boleh dijadikan alat untuk mengajar anak

Tidak semua kanak-kanak boleh belajar dengan cara yang formal. Malah kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk belajar melalui visual. Oleh itu, ibu bapa boleh menggunakan cara ini untuk proses pembelajaran anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menggunakan visual seperti lukisan binatang dan makanan untuk mengajar anak nama binatang serta nama makanan.

Didikan seni dan kreatif sangat penting dalam pembentukan fizikal dan perkembangan emosi anak anda pada hari ini. Seni bukan sahaja dapat membantu dari aspek pembangunan emosi atau rohani, seni juga dapat membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak yang amat diperlukan seperti kemahiran menulis dewasa kelak. Oleh itu, ibu bapa haruslah menekankan kepentingan didikan seni dan kreatif ini seawal usia anak lagi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 kebaikan mengapa anda patut ajak anak melukis sama-sama setiap hari

The Benefits of Art for Kids

Versi Terbaru

30/11/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Penghidap Hemofilia? Ketahui Cabaran & Harapan Di Dalam Bajet 2025!

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan