home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

6 Kaedah Untuk Ajar Anak Berkaitan Pelajaran Seks

6 Kaedah Untuk Ajar Anak Berkaitan Pelajaran Seks

Isu seksualiti adalah perkara sensitif untuk dibualkan secara terbuka. Namun sebagai ibu bapa, anda mempunyai peranan untuk mengajar anak mengenai pelajaran seks.

Walaupun subjek berkaitan seks ini mungkin ditawarkan di sekolah, tetapi ia juga perlu diterapkan di rumah.

Tidak tahu bagaimana cara yang sesuai? Mari kami bantu anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Keperluan pelajaran seks kepada anak

Apabila anak semakin dewasa, mereka akan berdepan keputusan penting berkaitan perhubungan, isu seksualiti dan tingkah laku seksual.

Setiap keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada kesejahteraan mereka pada masa hadapan.

Asas berkaitan pelajaran seks mungkin akan diajar di sekolah. Tetapi terdapat kemungkinan anak anda mungkin tidak dapat memahaminya.

Sebab itulah wujud kepentingan untuk anda memainkan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Pada permulaan ia mungkin agak janggal, namun anda harus mencubanya juga.

Memulakan perbincangan isu seksualiti

Isu seksualiti sebenarnya tanpa sedar menjadi subjek harian, terutamanya dalam bidang hiburan atau iklan.

Namun, apabila perlu berbincang mengenai seks, mungkin tidak semudah yang disangka.

Mungkin ada ibu bapa yang berasakan perlu menunggu sehingga tiba masa yang sesuai, tetapi bila?

Adakah apabila anak meningkat remaja? Bagaimana pula dengan aspek keselamatan seksual anak yang masih kanak-kanak? Sedangkan mereka juga terdedah kepada gangguan seksual.

Hakikatnya, pendidikan seks ini adalah perbualan yang berterusan.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh dicuba untuk memulakan dan seterusnya meneruskan perbincangan.

isu seksualiti

1. Gunakan peluang yang ada

Apabila ada program televisyen atau rancangan yang membangkitkan isu seksualiti, gunakan ia sebagai batu loncatan untuk memulakan perbualan.

Anda tidak perlu menunggu untuk duduk berbincang di meja, sedangkan masa sesuai itu boleh hadir ketika melakukan aktiviti harian.

2. Berlaku jujur

Adakalanya anda mungkin tidak selesa untuk bercakap mengenai sesuatu topik. Tetapi pastikan anak faham bahawa ia penting untuk mereka bertanya mengenainya.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan yang diutarakan, tawarkan untuk mencari jawapan tersebut.

Anda juga boleh membuat carian bersama anak, dan pastinya ia lebih menyeronokkan.

3. Berterus-terang

Sebagai ibu bapa, dalam memberi pelajaran seks kepada anak, anda perlu berani untuk menyatakan pendapat dengan jelas berkaitan isu-isu tertentu.

Sebagai individu beragama Islam, pastikan anak mengetahui perlakuan seks oral adalah dilarang sama sekali.

Anda boleh kemukakan risiko terhadap sesuatu perbuatan seperti kesakitan emosi, jangkitan penyakit kelamin (STD) dan kehamilan mengejut.

Perjelaskan bahawa seks oral bukanlah alternatif untuk bebas risiko bahaya hubungan seksual.

4. Pertimbangkan pandangan anak remaja anda

Menggunakan taktik untuk takutkan anak supaya mencegah isu seksualiti bukanlah pilihan terbaik.

Elakkan juga untuk memberi ceramah percuma pada anak.

Sebaliknya, beri peluang untuk mereka menyatakan pendapat serta fahami tekanan, cabaran dan kebimbangan itu.

Pelajaran seks #5. Bukan sekadar fakta

Sememangnya dalam isu seksual ini, penting untuk memberikan fakta yang tepat. Tetapi ia juga perlu meliputi aspek emosi, tingkah laku dan nilai.

Berikan jawapan bagi setiap persoalan anak yang merangkumi nilai agama dan juga peribadi.

6. Galakan lebih banyak perbincangan

Pastikan anak mengetahui bahawa mereka boleh bertanyakan kepada anda jika terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan berkaitan seks.

Jangan lupa katakan kepada mereka, “Mama gembira Husna memilih untuk bertanyakan pada mama.”

Pelajaran seks: Menangani topik yang sukar

pendidikan seks

Apabila bercakap mengenai pelajaran seks, ia akan merangkumi soal pantang larang, homoseksual serta topik lain yang mungkin sukar untuk dijawab.

Anak mungkin akan bertanyakan soalan seperti:

#Bilakah saya bersedia untuk seks?

Untuk yang beragama Islam, hukum melakukan seks adalah haram tanpa ikatan pernikahan. Jadi anak remaja anda harus sama sekali menghindari perbuatan seksual ini.

Umumnya, jawapan bagi persoalan ini melibatkan pelbagai faktor seperti tekanan rakan sebaya, rasa ingin tahu dan kesunyian yang menyebabkan remaja terdorong kepada aktiviti seksual awal.

Pastika anak anda mengetahui bahawa seks yang paling selamat untuk dilakukan adalah selepas perkahwinan.

#Teman lelaki atau wanita mengajak melakukan hubungan seks

Sememangnya seks sebelum bernikah adalah diharamkan bagi penganut agama Islam.

Jadi adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengingatkan anak mengenai hukum ini.

Segala bentuk seks yang dilakukan secara paksaan adalah dikategorikan sebagai pemerkosaan, sama ada oleh individu asing atau yang dikenali.

Pastikan anak mengetahui mereka berhak untuk menyatakan tidak dan pilihan itu harus dihormati.

Perhubungan sihat @ tidak

Dalam sesuatu perhubungan tidak kira bagi remaja atau dewasa, adakalanya kita tidak menyedari berlakunya penderaan.

Ibu bapa harus berwaspada terhadap tanda-tanda amaran bahawa anak mungkin menjadi mangsa kekerasan, seperti:

  • Penyalahgunaan alkohol atau dadah
  • Mengelakkan diri daripada rakan atau acara sosial
  • Memaafkan tingkah laku kasar pasangan
  • Kelihatan takut apabila bersama dengan pasangan
  • Hilang keinginan melakukan aktiviti kegemaran
  • Wujud lebam, calar atau kecederaan yang mencurigakan

Remaja yang dalam perhubungan ini mungkin akan berdepan kecenderungan risiko jangka panjang seperti kemerosotan akademik serta percubaan untuk membunuh diri.

pelajaran seks

Kesimpulan

Apabila anak mengemukakan soalan mengenai isu seksualiti, berikan peluang kepada mereka untuk bertanya.

Dengar sebelum anda terus memberikan ceramah kepada mereka secara melulu.

Dalam pelajaran seks ini, ibu bapa perlulah bersikap terbuka dengan sebarang pertanyaan dan ketahui sebab yang mendasari setiap pertanyaan itu.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada [date}
x