Si kecil mana yang tidak gemar menonton kartun anime? Bagi mereka, ia bukan hanya satu rancangan yang boleh mengisi masa lapang tetapi juga sebagai satu saluran untuk anak anda belajar.
Apa yang menjadi masalah kini adalah semakin banyak unsur kartun porn di dalam kartun sedangkan ia diklasifikasikan sebagai tontonan umum (U), bukannya khusus untuk orang dewasa (18).
Persoalannya, apa yang ibu bapa boleh buat dalam usaha mengatasi isu ini? Jom terus baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Kartun anime, makin lama makin rosak?
Dahulu, ada variasi kartun anime kegilaan ramai anak kecil seperti Dragon Ball, Inspector Gadget, Scobby Doo, Voltron, Tranformers, Thundercats dan pelbagai lagi siri popular yang lain.
Kini, kartun-kartun legenda ini telah digantikan dengan siri yang lebih moden serta urban dengan adanya teknologi canggih zaman sekarang sekali gus mengubah landskap dunia animasi.
Tidak kira jika kartun itu datang dari zaman 80-an, 90-an atau pada era terkini, tujuannya tetap sama yakni untuk menghiburkan penonton. Apa yang menjadi masalah adalah jika wujud unsur negatif dan tidak sesuai untuk tontonan anak anda.
Sebenarnya, memang ada kartun tertentu yang memaparkan aksi, budaya atau tingkah laku yang tidak wajar dicontohi namun teknologi zaman kini telah memudahkan akses terhadapnya.
Ini kerana internet telah menguasai dunia. Dengannya, golongan kanak-kanak juga sudah mempunyai akses penuh untuk mereka memilih dan menonton sebarang kandungan tanpa ada tapisan.
Adegan ‘kecil’ bagi anda, ‘besar’ bagi mereka!
Apa yang mungkin jadi persoalan ibu bapa adalah wujudkah unsur kartun porn di dalam kartun? Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan di atas, anda perlu lebih luas membuka mata dan minda.
Mungkin bagi anda, sesebuah animasi itu cuma masuk dalam kategori ‘lucah’ apabila ada adegan-adegan berat yang memaparkan aktiviti seksual secara langsung seperti dalam porn kartun.
Tetapi pada anak anda terutama yang masih di tadika atau sekolah rendah, adegan ringan seperti berpegangan tangan, berpelukan atau berciuman itu sudah memberi satu gambaran awal.
Daripada situ juga, mereka bakal terdedah serta terkorupsi dengan seksualiti jauh lebih awal daripada yang sepatutnya. Lama-kelamaan, sifat ingin tahu itu akan membawa masalah lebih besar.
“Selain impak positif, kartun juga ada implikasi negatif pada kanak-kanak. Anak akan mudah terpengaruh dengan karakter animasi sekali gus membentuk peribadi yang tidak sihat kelak,” jelas pakar dari American Academy of Paediatrics (AAP).
Dalam erti kata mudah, adegan ‘kecil’ bagi anda mungkin ‘besar’ bagi mereka yang masih belajar!
Contoh kartun anime yang ada unsur lucah?
Sebenarnya, ada banyak rancangan kartun dan semua itu tidak mampu dirangkumkan di dalam satu senarai pendek.
Namun ada satu contoh kartun dari negara Uncle Sam yang sangat tidak sesuai buat kanak-kanak kerana ia penuh dengan karakter, dialog, jalan cerita dan kelakuan yang kurang senonoh.
Kartun Cow And Chicken telah lama dibidas dan dibahas sebagai animasi dengan taraf klasifikasi ‘lucah.’ Ini kerana ia penuh dengan percakapan dan perbuatan yang ada double meaning.
Daripada nama karakter itu sendiri seperti The Ugly Weenie, Squirt The Daisies, Horn Envy, Tongue Sandwich dan lain-lain, anda mungkin sudah dapat idea bahawa kartun anime ini sangat tidak sesuai untuk tontonan golongan kanak-kanak.
Dalam satu episod, muncul satu karakter lesbian yang memaparkan aksi mengunyah karpet (carpet munching) – interpretasi perbuatan wanita melakukan seks oral bersama wanita yang lain.
Berita baik buat ibu bapa, kartun ini telah disekat daripada disiarkan oleh syarikat animasi Cartoon Networks.
Pemantauan daripada ibu bapa itu sangat penting!
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab anda adalah mengawasi rancangan kartun anime si kecil anda dengan cara:
- Benarkan mereka menonton kartun cuma dengan pemantauan khas daripada anda.
- Hadkan penggunaan televisyen, radio atau gajet di masa serta tempat tertentu.
- Pastikan langganan siaran anda itu hanya untuk tontonan umum dengan klasifikasi (U).
- Tetapkan fitur mesra kanak-kanak (kids friendly) ketika mereka melayari internet.
Dalam pada itu, pihak yang berkenaan seperti badan-badan perfileman dan penyiaran di dalam serta luar negara perlu menetapkan garis panduan yang lebih ketat tentang kartun porn.
Konklusinya, perkembangan fizikal, mental dan sosial anak anda itu perlu dibentuk daripada awal lagi.
Kesimpulan
[embed-health-tool-child-growth-chart]