backup og meta

Ikut 4 Cara Sterilkan Botol Susu Ini, Barulah Anak Tak Muntah Dan Sakit Perut!

Ikut 4 Cara Sterilkan Botol Susu Ini, Barulah Anak Tak Muntah Dan Sakit Perut!

Walaupun telah dicuci bersih dengan menggunakan sabun, namun botol susu bayi masih lagi tidak bersih sepenuhnya jika tidak disteril. Bagaimanakah cara mensterilkan botol susu bayi yang betul?

Buat ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata, ikuti panduan lengkap ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan keibubapaan, anda boleh klik di sini

Kepentingan mengetahui cara mensterilkan botol susu bayi

Setelah bayi atau anak kecil di rumah menghabiskan susu dalam botolnya, kita biasa mencuci botol susu bayi tersebut dengan menggunakan air dan juga sabun.

Namun, cara ini hanya menyingkirkan sebahagian besar bakteria dan sisa susu yang melekat pada botol tersebut.

Masih terdapat sebilangan kecil bakteria yang berada pada botol susu tanpa anda ketahui.

Oleh itu, botol susu bayi bukan hanya perlu dicuci dengan air bersih dan juga sabun, tetapi juga dengan menggunakan kaedah pensterilan.

Kaedah steril boleh membantu menghapuskan bakteria berbahaya secara total pada botol susu anak anda.

cara mensterilkan botol susu

Antara masalah yang boleh dicegah melalui pensterilan botol susu bayi ialah:

#1. Gastroenteritis

Botol bayi yang tidak dicuci bersih atau disteril boleh menjadi tempat berkumpulnya penyakit yang boleh membahayakan bayi anda yang baru lahir. Salah satunya ialah gastroenteritis.

Gastroenteritis virus adalah komplikasi dalam usus yang sering mengakibatkan sakit perut, muntah, dan cirit-birit.

Bayi mungkin dijangkiti gastroenteritis daripada botol bayi yang tidak bersih.

Selain itu, bayi juga mungkin mendapat penyakit ini daripada individu yang dijangkiti yang mencemari botol susu mereka melalui sentuhan langsung atau daripada batuk dan juga bersin.

Oleh itu, botol susu anak anda amat perlu disteril setiap kali selepas digunakan. 

#2. Menghapuskan tempat pembiakan bakteria

Botol bayi yang tidak disteril juga boleh menjadi habitat yang sesuai untuk bakteria berbahaya membiak.

Antara bakteria yang boleh membiak dalam botol susu anak anda ialah E.coli dan juga Salmonella.

Sekiranya ini berlaku, ia boleh berpindah ke mulut bayi jika anda hanya menggunakan air dan sabun untuk mencuci botol tersebut.

Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit kepada bayi anda seperti keracunan makanan dan muntah-muntah.

Salah satu sebab atau punca jangkitan bakteria dalam botol bayi anda adalah kebersihan yang buruk dan tabiat pencucian yang buruk.

Tambahan pula, botol bayi yang mengandungi susu ibu atau susu formula untuk tempoh yang agak lama sememangnya menjadi tempat bakteria membiak.

Jika anda tidak membersihkan botol si manja dengan kaedah pensterilan, ia boleh terdedah kepada organisma yang boleh membawa kepada penyakit berbahaya.

#3. Membunuh kuman dan juga virus

Botol bayi yang tidak dibersihkan dengan betul juga akan menarik kuman yang mungkin menyebabkan bayi jatuh sakit.

Virus hepatitis A dan rotavirus mungkin boleh menjangkiti botol bayi yang tidak bersih.

Ini kerana, kedua-dua jenis virus ini boleh berpindah kepada botol susu anak anda jika ia disanitasi dengan cara yang salah.

Untuk pengetahuan anda, virus hepatitis A boleh menjangkiti hati bayi anda, manakala rotavirus pula boleh menyebabkan dehidrasi dan cirit-birit.

Jangkitan virus-virus ini sangat kritikal dan boleh mengancam nyawa bayi anda.

Oleh itu, anda mesti membersihkan botol ini dengan teliti melalui pensterilan untuk mengelakkan masalah sedemikian daripada berlaku.

Cara mensterilkan botol susu bayi yang betul

cara mensterilkan botol susu

Terdapat beberapa kaedah yang boleh diamalkan apabila anda mahu mensterilkan botol susu si manja.

Antaranya adalah melalui kaedah pendidihan, pensterilan bahan kimia, pensterilan wap dan juga pensterilan gelombang mikro.

#1. Cara mensterilkan botol susu: Kaedah pendidihan

Kaedah ini merupakan antara kaedah termudah dan biasa dibuat oleh ramai orang. Caranya ialah:

  • Masukkan botol, puting susu, getah dan juga penutup botol ke dalam periuk 
  • Penuhkan periuk dengan air sehingga menutupi kesemua barang tersebut
  • Letakkan periuk di atas dapur dan didihkan air tersebut. Didihkan sekurang-kurangnya lima minit
  • Tutup api dapur dan biarkan air sejuk seketika
  • Keluarkan botol, puting susu, getah dan juga penutup botol dengan menggunakan penyepit
  • Goncangkan sedikit untuk membuang sisa air
  • Jangan lap barang-barang tersebut dan anda boleh terus menggunakannya. Jika tidak digunakan, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais

#2. Cara mensterilkan botol susu: Pensterilan bahan kimia

Anda juga boleh menggunakan bahan antibakteria untuk membunuh kuman pada botol susu anak anda. Caranya ialah:

  • Jika anda membeli bahan antibakteria berbentuk cecair atau tablet, ikuti arahan pengilang seperti yang terdapat pada paket pembungkusan untuk mencairkan atau membancuhnya
  • Rendam botol, puting susu, getah dan juga penutupnya ke dalam bancuhan antibakteria. Ikut waktu seperti yang disarankan oleh pengilang
  • Keluarkan barang-barang tersebut daripada air rendaman dengan menggunakan penyepit
  • Goncangkan sedikit untuk membuang lebihan air. Jangan lap botol susu tersebut
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais. Gunakannya dalam tempoh 24 jam selepas sterilisasi

#3. Cara mensterilkan botol susu: Pensterilan wap

Pengewapan panas juga boleh digunakan untuk mensterilkan botol susu anak anda.

Pensterilan wap menggunakan sejenis alat automatik yang berfungsi ‘memasak’ botol susu anda pada suhu yang tinggi untuk membunuh kuman.

Caranya amat mudah, anda hanya perlu letakkan botol susu di dalam alat tersebut, masukkan air, dan tekan butang ‘On’.

Alat tersebut akan berhenti secara automatik apabila ia selesai mensterilkan botol susu. 

#4. Cara mensterilkan botol susu: Pensterilan gelombang mikro

cara mensterilkan botol susu

Alat ini lebih kurang sama sahaja seperti alat pensterilan wap, cuma ia dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Caranya:

  • Masukkan botol, puting susu, getah dan penutup botol ke dalam alat pensterilan
  • Masukkan air ke dalam alat tersebut
  • Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro
  • Tetapkan masa antara 2 hingga 4 minit, atau mengikut arahan daripada pengilang alat pensterilan
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais. Gunakannya dalam tempoh 24 jam selepas sterilisasi

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sterilising baby bottles. https://www.nhs.uk/conditions/baby/breastfeeding-and-bottle-feeding/bottle-feeding/sterilising-baby-bottles/#:~:text=It’s%20important%20to%20sterilise%20all,in%20particular%20diarrhoea%20and%20vomiting.&text=You%20can%20also%20turn%20teats,them%20in%20hot%20soapy%20water. Accessed on February 9, 2022.

Infant Feeding Guidelines: information for health workers. https://www.nhmrc.gov.au/about-us/publications/infant-feeding-guidelines-information-health-workers. Accessed on February 9, 2022.

Best practices for baby bottle sterilization. https://www.texaschildrens.org/blog/best-practices-baby-bottle-sterilization. Accessed on February 9, 2022.

How to clean, sanitize and store infant feeding items. https://www.cdc.gov/healthywater/hygiene/healthychildcare/infantfeeding/cleansanitize.html. Accessed on February 9, 2022.

Cleaning and sterilising baby bottles. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/cleaning-and-sterilising-baby-bottles. Accessed on February 9, 2022.

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bila Bayi Menolak Botol Susu

Penggunaan Botol Susu: Alternatif Penyusuan Bagi Ibu Bekerjaya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan