backup og meta

Adakah Time-out Berkesan dalam Mendisiplinkan Anak

Adakah Time-out Berkesan dalam Mendisiplinkan Anak

Penggunaan time-out sebagai salah satu bentuk disiplin kanak-kanak bukanlah perkara baharu bagi ibu bapa. Ramai ibu bapa yang menggunakan kaedah ini bagi mendisiplinkan anak mereka. Namun, persoalannya adalah, adakah kaedah time-out berkesan dalam membentuk disiplin kanak-kanak?

Apakah maksud time-out?

Mengalihkan kanak-kanak daripada keadaan di mana dia menunjukkan perangai dan tidak memberikan perhatian padanya untuk sebentar waktu adalah time-out. Lazimnya, semasa tempoh time-out, ibu bapa akan meletakkan kanak-kanak dalam satu bilik lain ataupun anak diletakkan di atas kerusi dan dibiarkan sementara tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Kanak-kanak akan diberikan tempoh time-out jika berkelakuan tidak baik atau meragam. Time-out juga adalah masa untuk kanak-kanak bertenang. Jika kanak-kanak sudah menenangkan diri, ibu bapa akan berbincang semula dengan anak tentang kelakuan mereka, mengapa tindakan mereka tidak baik, dan bagaimana anak kecil tersebut perlu bertindak pada masa hadapan.

Bila ibu bapa perlu mula memperkenalkan time-out?

Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya bilakah waktu terbaik untuk mereka mula memperkenalkan time-out kepada anak mereka. Adakah sejak bayi ataupun semasa umur prasekolah mereka? Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), tidak mengapa jika bayi berumur seawal 1 tahun diperkenalkan dengan time-out. Namun, adalah lebih baik jika pada usia tersebut, time-out dijadikan sebagai usaha terakhir. Semakin meningkat usia anak anda, dia tidak akan mempunyai kemahiran penaakulan dan kawalan diri untuk menjadikan tradisi time-out berkesan. Sebaliknya, jika anda ingin menggunakan time-out buat anak kecil, gunakan kaedah ini sebagai ‘masa senyap’ buat anak anda bertenang dan mengawal semula emosi mereka.

Bagaimana ingin menjayakan time-out:

Jika anda ingin menggunakan kaedah time-out kepada anak kecil anda, ikuti tip di bawah:

Fahami apa itu time-out.

Ada ibu bapa yang menganggap time-out adalah hukuman untuk kanak-kanak jika mereka membuat perangai. Sebenarnya, time-out adalah proses mendidik kanak-kanak untuk mereka belajar bagaimana untuk menangani kekecewaan dan mengubah kelakuan mereka. Semasa anak anda berada dalam situasi time-out, biarkan mereka bersendirian selama beberapa saat. Sebarang perhatian daripada anda, tidak kiralah perhatian positif ataupun negatif, hanya akan menyebabkan anak anda menunjukkan lagi perangai mereka yang tidak baik. Jadi, ibu bapa perlulah memahami dahulu proses time-out dan caranya sebelum memperkenalkan kepada anak.

Jika ingin menjayakan time-out buat bayi berusia 12 bulan hingga 24 bulan, menurut AAP, penting untuk ibu bapa bertindak segera (sementara mereka menunjukkan perangai) dan meminta bayi untuk bertenang dan duduk diam dalam tidak lebih daripada 10 perkataan. Kemudian, jika bayi anda sudah bertenang, anda boleh berikan perhatian positif pada mereka.

Jika bayi anda merengek, menangis, atau merajuk, adalah tidak sesuai untuk anda menggunakan time-out. Ini kerana, bayi anda ketika ini sedang berasa kecewa. Jika ini berlaku, ibu bapa seharusnya duduk bersama dengan anak dan mengenal pasti apa yang tidak kena pada bayi.

Dua kesilapan lazim yang sering ibu bapa lakukan semasa time-out adalah dengan bercakap terlalu banyak dan marah-marah. Semasa time-out, tidak kiralah berapa usia anak anda, anda seharusnya mengehadkan percakapan anda, memberi penerangan yang ringkas dan segera, serta bertenang. Gunakan hubungan mata dan tegas semasa proses time-out.

Sebaik sahaja time-out berakhir, anda boleh berikan anak anda pelukan, bagi menunjukkan kasih sayang anda.

Jangan kerap gunakan time-out.

Time-out yang berkesan adalah apabila ibu bapa tidak sering menggunakannya kepada anak-anak. Anda disarankan untuk menggunakan kaedah ini hanya apabila perlu. Penggunaan yang kerap akan menghilangkan keberkesanannya kepada kanak-kanak.

Beritahu anak tentang kelakuan yang baik dan tidak baik.

Dengan menerangkan kepada anak anda kelakuan yang boleh diterima dan tidak elok dapat membantu mereka memahami akibat daripada perbuatan mereka. Sebelum memperkenalkan time-out kepada anak, ibu bapa perlu memberitahu akibat jika kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang tidak baik.

Tempoh time-out bergantung kepada usia kanak-kanak.

Pakar menyarankan supaya tempoh time-out hanya berlangsung satu minit setahun bagi bayi kecil. Tempoh time-out yang lama boleh menyebabkan bayi terlupa mengapa mereka diletakkan dalam zon time-out. Ibu bapa perlu ingat bahawa niat sebenar time-out dilakukan adalah untuk mengalihkan anak daripada perbuatan yang tidak elok, seperti tantrum, bukannya untuk menakutkan mereka ataupun membuat mereka panik.

Segera bercakap dengan anak selepas tempoh time-out berakhir.

Pastikan anak anda tahu bahawa anda masih sayangkan mereka biarpun mereka perlu melalui proses time-out. Ibu bapa boleh memeluk anak selepas time-out berakhir. Akan tetapi, anda masih perlu mengingatkan anak anda bahawa kelakuan tertentu adalah tidak digalakkan dan mereka perlu berhenti daripada melakukannya.

Sama ada penggunaan time-out berkesan ataupun tidak digunakan sebagai bentuk mendisiplinkan anak, hanya ibu bapa yang boleh menentukannya. Dengan mengikuti langkah yang betul dalam time-out dapat membantu ibu bapa dalam proses mendidik kanak-kanak.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://raisingchildren.net.au/preschoolers/behaviour/rules-consequences/time-out

https://www.verywellfamily.com/time-outs-and-toddlers-616601

https://www.babycenter.com/0_time-outs-how-to-make-them-work-12-to-24-mo_12252.bc

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sailfish Swim Academy Tawar Kelas Berenang Serendah RM120 Sebulan! Sangat Berpatutan & Berbaloi

Anak Pendiam? 7 Ciri Yang Mungkin Menandakan Anak Seorang Introvert


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan