Kanak-kanakcerewet dan memilih makanan adalah sangat normal. Selera mereka juga tidak tetap dan boleh berubah-ubah. Tetapi apakah punca anak tak nak makan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kenal pasti punca anak tak nak makan
Kebanyakan ibu bapa bimbang sama ada anak mereka makan makanan sihat yang mencukupi atau tidak.
Kanak-kanak kebiasaannya makan dalam kuantiti yang sedikit. Mereka juga memilih makanan yang mereka mahu makan ataupun tidak mahu makan langsung.
Tetapi kenapa anak tak nak makan?
Berikut merupakan antara punca-puncanya:
- Perubahan aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak mengikut usia akan mengubah selera mereka.
- Kanak-kanak tidak perlu makan dalam kuantiti yang banyak kerana mereka tidak membesar dengan cepat seperti bayi.
- Saiz perut kanak-kanak adalah kecil.
- Kanak-kanak ambil berat hal pemakanan kerana lebih memberi perhatian kepada dunia dan aktiviti sekeliling mereka.
- Kanak-kanak lebih suka makan sendiri tanpa disuap lantas menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk makan.
- Kanak-kanak tidak fokus ketika makan keranasibuk bermain.
Atasi punca anak tak nak makan
- Beri anak anda pelbagai pilihan makanan yang sihat dan biarkan mereka menyuap makanan sendiri. Ini merupakan praktis yang baik untuk mereka berdikari kelak.
- Jangan mengugut atau membuat tawaran kepada mereka kerana perlakuan ini hanya akan menimbulkan ketidakselesaan. Anda perlu jadikan waktu makan sebagai suatu waktu yang menggembirakan.
- Anda boleh mengajak anak anda makan bersama ahli keluarga yang lain untuk menimbulkan perasaan selesa selain mengeratkan hubungan.
- Jika mereka tidak suka akan sesuatu bahan makanan, jangan memaksa mereka makan atau tidak memasukkan bahan itu langsung ke dalam menu. Sebaliknya gunakan pendekatan yang lebih mudah dan sabar seperti memujuk mereka untuk makan bahan makanan tersebut dari hari ke hari.
Baca juga: