backup og meta

Si Kecil Terlalu Kurus? Ini Petua Tambah Berat Anak Untuk Panduan Mama, BERKESAN!

Si Kecil Terlalu Kurus? Ini Petua Tambah Berat Anak Untuk Panduan Mama, BERKESAN!

Pening memikirkan kaedah menambah berat badan anak secara cepat? Tenang, baca selanjutnya untuk mengetahui tip yang boleh anda cuba buat si kecil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Adakah anak kurang berat badan?

Sebelum mengetahui petua menambah berat badan anak secara cepat, tidak dinafikan sebagai ibu bapa sukar untuk kita menentukan sama ada si kecil kurang berat badan atau tidak.

Jika tahu ketinggian serta berat anak, dan ingin mengetahui sama ada mereka mempunyai berat yang seimbang mengikut umur, ketinggian dan jantina, anda boleh semak menggunakan kalkulator BMI kanak-kanak di bawah ini.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Jika keputusan diperolehi menunjukkan anak kurang berat, berbincanglah dengan doktor pediatrik untuk mencari punca yang menyebabkannya.

Punca anak tidak cukup berat

Anak mungkin tidak mendapat berat badan yang mencukupi kerana:

  • Tidak cukup makan
  • Kemahiran dan koordinasi makan kurang atau mengalami masalah pemakanan
  • Keperluan tenaga meningkat
  • Mengalami jangkitan kronik atau berulang
  • Mempunyai penyakit atau masalah kesihatan

Baca juga:

Menambah berat badan anak secara cepat: Komplikasi kurang berat

Pertambahan berat badan yang lemah boleh mengakibatkan tumbesaran terbantut (Failure to Thrive – FTT). 

FTT berlaku apabila berat badan anak tidak bertambah seperti sepatutnya jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusia yang lain. Ia boleh menyebabkan pertumbuhan lemah dan perkembangan mental yang lambat. 

Tip menambah berat badan anak secara cepat

Dengan melakukan perubahan kecil pada makanan dan snek harian anak, anda boleh meningkatkan pengambilan kalori mereka.

Petua berikut boleh membantu anak menambah berat badan dan menggalakkan pertumbuhan sihat serta seimbang.

Makanan yang boleh menambahkan berat badan anak anda.
Makanan yang boleh menambahkan berat badan anak anda.

Pemilihan makanan & minuman tinggi khasiat dan tenaga

  • Sediakan pelbagai jenis makanan yang sesuai dengan umur anak untuk 3x hidangan makan utama dan 2-3 hidangan snek setiap hari
  • Pilih potongan daging tinggi lemak seperti rib eye, T-bone atau daging dikisar, ayam dan ikan berlemak seperti salmon
  • Gunakan susu penuh krim, keju, krim dan yogurt
  • Pilih minuman berkalori tinggi seperti susu kocak dan smoothie buah yang dibuat dengan susu penuh krim, yogurt atau krim untuk lebih banyak kalori. Anda juga boleh menambah mentega kacang bergantung kepada resipi
  • Tunggu sehingga anak selesai makan untuk menawarkan air. Pengambilan air semasa sedang makan boleh menyebabkan perut cepat kenyang
  • Sediakan makanan berkalori tinggi seperti keju panggang, makaroni dan keju, sup krim, kastard dan puding

Menambah berat badan anak secara cepat #Idea snek berkhasiat tinggi lemak & protein

  • Sapuan mentega kacang dan bijian dimakan bersama epal atau pisang
  • Hirisan epal dihidangkan bersama yogurt penuh lemak atau hirisan keju
  • Kacang dan bijian dihidangkan bersama buah kering – pastikan ia dicincang jika diberikan kepada anak di bawah usia 4 tahun bagi elakkan risiko tercekik
  • Smoothie dibuat dengan susu penuh krim, Greek yogurt dan mentega kacang
  • Bar granola atau mufin
  • Kerepek tortila atau kraker dengan hummus atau guacamole
Snek yang berkhasiat boleh menarik perhatian anak anda untuk makan.
Snek yang berkhasiat boleh menarik perhatian anak anda untuk makan.

Tambah lemak dan minyak dalam makanan

  • Tambah mentega atau marjerin tidak terhidrogenasi (tidak mengandungi lemak trans), minyak sayuran seperti kanola atau minyak zaitun bersama nasi, pasta dan bijirin lain
  • Tambah mentega kacang atau badam pada roti, kraker dan penkek – pastikan sapuan nipis kerana mentega kacang tebal boleh menjadi bahaya tercekik untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
  • Tambah krim atau krim putar ke dalam susu kocak atau smoothie
  • Tambah sos keju buatan sendiri atau keju yang dicincang pada sayur-sayuran dan buah-buahan

Cipta masa makan santai & teratur 

  • Jangan paksa anak untuk makan. Kanak-kanak akan makan apabila berasa lapar. Anda tentukan apa dan di mana anak makan. Manakala anak akan memutuskan bila dan jumlah yang akan dimakan
  • Benarkan anak makan sendiri dan jangan marah jika bersepah. Tetapi pastikan anda menetapkan syarat dan had tingkah laku semasa makan
  • Makan bersama keluarga
  • Tetapkan tempoh makan yang tidak terlalu pendek atau lama
  • Pastikan masa makan tiada gangguan

Perlu ke menambah berat badan anak secara cepat dengan suplemen?

Pengambilan suplemen makanan atau vitamin memberikan kalori dan nutrien tambahan bagi menyokong penambahan berat badan dan menggalakkan pertumbuhan si kecil.

Pemberian vitamin wajar diberikan untuk anak-anak anda.
Pemberian vitamin wajar diberikan untuk anak-anak anda.

Vitamin untuk menaikkan berat badan anak mungkin akan disyorkan pakar pemakanan kanak-kanak bergantung kepada usia si kecil.

Pastikan anak mengambil sebarang hidangan makan terlebih dahulu sebelum diberikan suplemen.

Kesimpulan

Berikan si kecil makanan dan minuman yang berkhasiat, bertenaga tinggi untuk menggalakkan tumbesaran dan membantu anak menambah berat badan.

Jika terdapat sebarang kebimbangan tentang berat badan anak, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How can I help my child gain weight? https://www.unlockfood.ca/en/Articles/Childrens-Nutrition/Children%E2%80%99s-Nutrition-Raising-Healthy-Kids/How-Can-I-Help-My-Child-Gain-Weight.aspx, Accessed on Feb 7, 2023
  2. Underweight children aged 2 to 5. https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/childrens-weight/underweight-children-2-5-advice-for-parents/,  Accessed on Feb 7, 2023
  3. Safe Weight Gain Tips for Underweight Kids. https://www.eatright.org/health/wellness/weight-and-body-positivity/safe-weight-gain-tips-for-underweight-kids,  Accessed on Feb 7, 2023
  4. Underweight children aged 6 to 12. https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/childrens-weight/underweight-children-6-12-advice-for-parents/#, Accessed on Feb 7, 2023
  5. A Dietitian’s Best Advice If Your Child Is Underweight. https://health.clevelandclinic.org/dietitians-best-advice-child-underweight/, Accessed on Feb 7, 2023 
  6. Failure to Thrive (for Parents). https://kidshealth.org/en/parents/failure-thrive.html, Accessed on Feb 7, 2023 

Versi Terbaru

24/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Makan 3x Sehari, Cukup Ke Untuk Anak Membesar? Ini Jadual Makan Anak Kecil-Remaja

Ibu, Jangan Paksa Anak Makan! Jika Tidak Si Kecil Akan Terima KESAN Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan