backup og meta

Penjagaan Bayi Minggu Ke-22

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda.

Bayi anda mu ngkin mula menunjukkan tanda-tanda emosi: taku kepada orang yang tidak dikenali. Bayi mendekati anda dan cemas ketia dikelilingi orang yang tidak dikenali. Mereka juga mungkin menangis jika orang yang tidak dikenali secara tiba-tiba menyentuhnya. Walau bagaimanapun, ketakutan bayi anda terhadap dengan orang asing tidak bermakna anda tidak perlu mendedahkan bayi kepada mereka. Ia sangat bermanfaat untuk anda, pasangan anda atau ahli keluarga. Ingat kanak-kanak memerlukan kesabaran dan kefahaman daripada anda untuk melepasi perkembangan penting ini dengan berjaya.

Pada minggi ke-22, bayi anda boleh:

  • Berguling dalam satu arah;
  • Berdiri;
  • Berkata-kata dengan menggabungkan beberapa konsonan dan vokal;
  • Berlawak (mengeluarkan bunyi bergurau dengan percikan air liur);
  • Pergi ke arah bunyi.

Sokongan bayi anda.

Waktu makan bersama keluarga untuk berkomunikasi dengan anak. Bayi anda akan seronok melihat anda makan dan bayi juga akan makan banyak. Pada bulan seterusnya, mereka akan mudah duduk dan ambil makanan menggunakan tangan. Ini akan meningkatkan keupayaan bayu anda semasa makan.

Ketika ini, bayi boleh duduk dari kedudukan terlentang dengan menolak kedua-dua tangannya. Jika bayi anda boleh duduk, anda perlu berada berdekatan dengannya untuk menyokong walaupun anda meletakkan bantal  sekiranya mereka akan jatuh. Mereka mungkin sudah menguasai kemahiran semasa duduk tetapi mereka mungkin akan hilang minat duduk menegak dan terjatuh.

Apabila anda bersama orang yang anak anda tidak kenali, anda tidak sepatutnya tidak malu atau berasa malu apabila bayi menangis di tangan orang lain. Ambil bayi dekat dengan anda dan tenangkannya dengan memegangnya. Beritahu rakan dan keluarga anda untuk mendekati bayi anda cara perlahan-lahan dan lembut.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor?

Kebanyakan doktor tidak akan aturkan pemeriksaan bayi anda pada bulan ini. Dari sudut positif, ini bermakna mereka sepatutunya tidak mempunyai apa-apa masalah serius; dari sudut negatif, anda tidak dapat mengetahui bagimana perkembangan bayi anda. Anda perlu sediakan beberapa soalan untuk pemeriksaan pada bulan seterusnya, tetapi jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda sekiranya ada masalah yang tidak boleh tunggu hingga pemeriksaan susulan berikutnya.

Apa yang patut saya tahu?

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu:

Sembelit

Seberapa kerap bayi anda mengalami sembelit mungkin bergantung kepada masa dan apa yang mereka makan, tahap aktiviti, berapa cepat tubuh bayi mencerna makanan. Sembelit berlaku apabila najis ada dalam usu bayi atau bayi anda cuba menahan membuang najis. Mereka mungkin mengalami sembelit jika anda perasan bayi anda mengalami simptom berikut:

  • Najis bayi anda keras dan kering atau berdarah;
  • Tiga hari atau lebih berlalu sejak pembuangan najis terakhir;
  • Mereka menunjukkan ketidakselesaan ketika membuang najis.

Jika bayi anda diberi susu ibu, sembelit jarang berlaku. Bincang dengan doktor jika bayi anda mempuyai najis yang keras, kering atau pembuangan najis yang menyakitkan.  Apabila digabungkan dengan simptom seperti mual atau kembuung perut, bayi anda mungkin mengalami keadaaln yang lebih teruk, seperti ganguan usus.

Jika mereka hanya minnum susu tepung, sembelit boleh berlaku kerana sesetengan jenama susu yang tidak sesuai dengan atopic bayi anda. Tanya doktor anda mengenai penukaran susu jenama lain untuk bayi.

Jika anda berikan bayi bijirin, kemungkinan besar ia adalah penyebab kerana ia kurang serat. Cuba tambahkan pure buah-buahan seperti pir atau prun atau sayur-sayuran dengan bijirin. Anda juga boleh bealih kepada makan oat atau bijirin barli.

Sembelit juga boleh disebabkan kekurangan atau dihidrasi, jadi anda perlu berikan bayi minum lebih banyak air untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Jika bayi anda dalam tempoh bercerai susu, cuba makan lebih banyak plum atau minum jus pir. Sebagai tambahan, anda boleh tambah 30ml air atau jus kedalam susu formula atau susu ibu.

Selain mengubah diet bayi anda, berikut adalah beberapa tips untuk membantu bayi menjadi sihat:

  • Gerakkan pedal kaki bayi secara perlahan ketika mereka berbaring;
  • Urut perlahan-lahan tetapi tegas pa abdomen di bawah pusat. Jika anda rasa perut bayi sukar siurut, tekan dengan mantap pada kedudukan itu seketika;
  • Jika anda melihat bayi tegang ketika membuang najis, bawa bayi mandi dengan air sua untuk merehatkan otot.

Anda boleh merangsang gliserin supositori dubur atau ransangan rektum bayi dengan termometer pelincir rektum dengan minyak sebagai langkah sementara, tetapi ia mesti diluluskan oleh  doktor anda. Sekiranya sembelit tiada perubahan, doktor mungkin mencadangkan anda mengambil ubat julap untk bayi anda.

Bayi berpura-pura batuk

Dari bulan ke-5, kebanyakan bayi menyedari bahawa seluruh dunia adalah pantas dan anda peminat yang gemarkannya. Jadi apabila mereka melakukan batuk kecil akan menarik perhatian anda, bayi anda kerap melakukannya untuk menrik perhatian anda. Selagi bayi sihat dan batuk masih terkawal, anda tidak perlu terlalu risaukannya. Mereka akan menghentikannya apabila sudah bosan.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan?

Terdapat beberapa perkara yang mungkin merisaukan anda:

Diet bayi anda

Diet bayi anda perlu mengandungi komponen berikut:

  •         Protein;
  •         Makanan mengandungi kalsium;
  •         Sayuran berdaun hijau dan buah-buahan kuning;
  •         Makanan mengandungi vitamin C;
  •         Jenis sayuran dan buahan lain
  •         Makanan tinggi lemak;
  •         Makanan mengandungi iron;
  •         Makanan mengandungi garam;
  •         Air;
  •         Vitamin tambahan.

Tidur bayi anda

Walaupun bayi anda kira-kira lima bulan, rutin tidur mereka tiga atau empat kali selama satu jam setiap hari, bayi akan tidur kira-kira 20 minit pada satu masa, sementara yang lain dua kali tetapi tidur lebih lama, masing-masing kira-kira 1.5 hingga 2 jam. Walau bagaimana pun, bilangan dan panjang bayi tidur adalah tidak penting dalam tempoh tidurnya (purata 14 jam 30 minit sehari ketika mereka berusia 5 bulan). Bayi tidur lebih lama juga bermakna anda ada banyak masa untuk melakukan sesuatu. Di samping itu, kanak-kanak yang sering tidur waktu siang juga cenderung tidur waktu malam. Anda boleh cuba menggalakkan bayi tidur lama dengan:

  • Menyediakan tempat tidur bayi yang selesa. Jika bayi tidur di bahu anda, ia boleh mejadikannya sukar bukan sahaja anda tetapi bayi juga tidak tidur lena dan lama.
  • Pastikan suhu bilik selesa, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, dan pastikan anak berpakaian sepatutnya.
  • Tidur pada waktunya. Jangan tidurkan bayi sebelum makan bila perutnya kosong atau bila bayi perlu menukar lampin (bayi anda tidak tidur lama dengan lampin yang basah), apabila tetamu datang, atau apabila bunyi bising atau bila-bila masa anda percaya ia boleh menghalang bayi tidur lama.

Walaupun ramai kanak-kanak boleh menyesuaikan diri dengan tidur dengan cukup baik, bayi tidak dapat tidur yang cukup juga boleh tidur mengikut kehendaknya. Jika ianya kerap, mungkin bayi tidak tidur dengan nyenyak. Sekiranya mereka kurang tidut tetapi mereka gembira, anada perlu terima hakikat bahawa anak anda seorang yang tidak memerlukan masa tidur yang banyak. Hibungi doktor anda jika ada sebarang pertanyaan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Murkoff, Heidi. What to Expect, The First Year. New York: Workman Publishing Company, 2009. Print version. Page 311-344.

Versi Terbaru

01/08/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan