Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit ain bayi? Tahukah anda, penyakit yang bersifat ghaib ini mungkin terjadi pada bayi anda yang baru lahir?
Adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa dalam penjagaan bayi baru lahir termasuklah berkaitan dengan penyakit ghaib ini yang mungkin terjadi kepada anak anda.
Dalam perkongsian artikel ini, anda akan diberikan penjelasan mengenainya. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apakah penyakit ain bayi?
Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib.
Ianya adalah satu pandangan manusia yang penuh dengan rasa takjub dan cemburu. Sehingga, ia boleh memberikan kesan buruk kepada individu yang dipandang.
Hadis nabi ada menyebut. “Penyakit ain tersebut benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim).
Penyakit ain terjadi apabila ada individu lain yang memandang kita dengan perasaan cemburu dan takjub sehingga menyebabkan kita jatuh sakit.
Adakah penyakit ain boleh mempengaruhi baby?
Menjadi kebiasaan kepada kita sebagai ibu bapa yang begitu teruja dengan kelahiran bayi baharu, berkongsikan kehadiran cahaya mata melalui cara memuatnaik gambar bayi kita ke platform-platform media sosial.
Sebagai contoh penyakit ain, ia adalah lebih jelas terjadi pada zaman teknologi kini!
Kenapa ibu bapa perlu lebih berwaspada jika ingin berkongsi gambar bayi di internet?
Kita risau sekiranya si kecil kita akan mendapat penyakit ain dan seharusnya, cuba elakkan memuatnaik gambar-gambar si comel ke platform media sosial. Ia boleh berlaku melalui penglihatan secara fizikal atau melalui gambar.
Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengelakkan penyakit ain bayi?
- Bagi individu yang berpotensi untuk memberikan penyakit ain kepada orang lain, adalah sebaiknya bagi individu tersebut untuk mendoakan keberkatan kepada individu lain yang dilihatnya sebagai pengganti kepada penglihatan secara cemburu dan iri hati yang boleh memberi kesan buruk kepada individu lain yang dilihatnya.
- Bagi kedua ibu bapa, usahakan untuk melindungi cahaya mata anda dengan membaca doa seperti yang dibacakan oleh Nabi kepada kedua cucunya, Hasan dan Husin yang bermaksud “ Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.” (HR Bukhari). Ucapan dan doa mudah seperti istiazah juga digalakkan untuk dibaca bagi melindungi si manja dari sebarang penyakit ain
- Adalah penting bagi ibu bapa untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang perkara syirik yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Ini untuk melindungi anak daripada penyakit ain bayi seperti meletakkan gunting atau memakaikan tangkal pada si kecil.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai perkara penyakit ain menurut Islam atau penyakit ain dalam Al Qur’an, disarankan untuk anda merujuk mereka yang lebih arif seperti pakar agama.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]