backup og meta

Perlukah Vitamin Tambahan Diberikan kepada Bayi Anda?

Perlukah Vitamin Tambahan Diberikan kepada Bayi Anda?

Tahukah anda bahawa bayi anda sebenarnya memerlukan vitamin tambahan yang secukupnya untuk tumbesaran yang sempurna? Mereka tidak akan mendapat vitamin yang secukupnya hanya melalui pemakanan sahaja.

Pakar pediatrik mengesyorkan bayi yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun diberi suplemen yang mengandungi vitamin A, C dan D setiap hari.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebaikan vitamin tambahan tersebut kepada si manja anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Di manakah vitamin tambahan ini boleh diperoleh?

Suplemen-suplemen ini boleh diperolehi di farmasi ataupun pusat-pusat kesihatan yang telah diiktiraf. Namun harus diingatkan supaya anda berunding terlebih dahulu dengan pakar pediatrik sebelum memberi anak anda apa-apa vitamin tambahan bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Sesetengah produk mempunyai kandungan yang lain selain daripada vitamin. Oleh itu anda perlu lebih berhati-hati dan berhubung dengan pakar sebelum membeli.

Selain itu juga, jangan beri anak anda dua suplemen sekaligus kerana boleh mendatangkan bahaya. Sebaliknya beri satu jenis vitamin sahaja kepada anak anda pada satu masa.

Vitamin yang perlu diambil oleh bayi anda juga mempunyai kategori dan khasiatnya yang tersendiri.

Berikut merupakan vitamin-vitamin yang diperlukan bagi menjamin tumbesaran bayi yang sempurna:

#1. Vitamin tambahan A

suplemen untuk anak

Vitamin A penting untuk bayi yang sedang membesar dan kanak-kanak. Vitamin ini menguatkan sistem imun selain bagus untuk kulit dan penglihatan yang baik.

Suplemen yang mengandungi vitamin ini disyorkan untuk diambil oleh bayi dan kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun kecuali jika mereka minum susu formula yang sudah mengandungi pelbagai nutrien yang mereka perlukan.

Selain suplemen, vitamin jenis ini juga terdapat di dalam sumber makanan seperti berikut:

  • Produk tenusu
  • Sayur-sayuran seperti lobak, bayam dan kubis
  • Buah-buahan seperti mangga, tembikai dan betik

#2. Vitamin C

Vitamin C penting untuk kesihatan umum bayi dan sistem umum mereka. Vitamin ini juga membantu badan mereka meresap zat-zat besi yang terdapat dalam menu makanan mereka. 

Sama seperti vitamin A, suplemen yang mengandungi vitamin C ini juga disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun kecuali jika mereka minum susu formula yang sudah mengandungi pelbagai nutrien yang mereka perlukan.

Vitamin jenis ini juga terdapat dalam sumber makanan seperti berikut:

#3. Vitamin D

Vitamin D penting untuk pertumbuhan tulang, gigi serta otot. Vitamin ini seringkali dikaitkan dengan cahaya matahari kerana antara sumber utama vitamin ini adalah cahaya matahari yang meresap ke dalam kulit.

Namun suplemen juga perlu diambil kerana bergantung kepada sinaran cahaya matahari sahaja tidak mencukupi untuk memastikan anak anda dapat membesar dengan tulang, gigi serta otot yang kuat.

Bayi yang berumur 1 tahun ke bawah yang menyusu badan seharusnya diberikan suplemen yang mengandungi 8.5 ke 10 mg vitamin D pada setiap hari.

vitamin tambahan

Bayi yang diberi susu formula pula tidak perlu diberikan suplemen vitamin D kerana vitamin D dan nutrien lain yang diperlukan terdapat di dalam susu formula tersebut. Kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 4 tahun pula perlu diberi 10 mg suplemen vitamin D setiap hari.

Sebelum memberi apa-apa suplemen untuk bayi anda, harus diingatkan untuk berhubung dan berbincang terlebih dahulu dengan pakar perubatan anda.

Ini bertujuan untuk mengelakkan pengambilan suplemen dalam dos yang terlebih yang akan mendatangkan kemudaratan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Does My Baby Need A Vitamin D Supplement? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/vitamin-d-for-babies/faq-20058161. Diakses pada November 21, 2023.

Children, vitamins and minerals. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/children-and-vitamins. Diakses pada November 21, 2023.

Do Babies Really Need Vitamin D Supplements? https://health.clevelandclinic.org/do-babies-really-need-vitamin-d-supplements/. Diakses pada November 21, 2023.

Do Kids Need Vitamin Supplements? https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/do-kids-need-vitamin-supplements. Diakses pada November 21, 2023.

Why Your Breastfed Baby Needs Vitamin D. https://intermountainhealthcare.org/blogs/why-your-breastfed-baby-needs-vitamin-d. Diakses pada November 21, 2023.

Versi Terbaru

22/11/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Nak Tahu Cara Menghilangkan Kahak Bayi? Cuba 4 Tip Ini Di Rumah!

Batuk Anak Bunyi 'Pelik'? Mama, Ia Mungkin Sebab Penyakit Kroup!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan