backup og meta

Susu Badan Keluar Terlalu Banyak? Ini Langkah Pantas Yang Ibu Boleh Ambil

Susu Badan Keluar Terlalu Banyak? Ini Langkah Pantas Yang Ibu Boleh Ambil

Selalunya kita sering mendengar masalah susu badan tidak mencukupi. Tetapi bagaimana pula jika susu ibu banyak dan apakah masalah yang mungkin berlaku?

Mungkinkah ada cara untuk mengatasinya? Baca untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana susu ibu banyak boleh terjadi?

Terdapat beberapa sebab mengapa seorang ibu mungkin menghasilkan susu ibu banyak. 

Sesetengah ibu mempunyai badan yang bersedia dan menghasilkan susu berlebihan daripada mula.

Dalam kes yang lain pula, ini boleh berlaku disebabkan ketidakstabilan hormon atau pengurusan susu badan yang tidak betul yang memberi kesan kepada penghasilan susu.

Ini boleh berlaku jika si ibu mengepam susu dengan banyak sebelum menyusukan bayi untuk memperlahankan aliran susu kepada bayi.

susu ibu banyak

Sebab lain ialah kepercayaan bahawa si ibu mestilah memastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu.

Memindahkan bayi daripada satu payudara kepada yang lain boleh menyebabkan ransangan yang menyebabkan penghasilan susu yang lebih banyak.

Strategi untuk memperlahankan kadar penghasilan susu badan

Menyusukan bayi pada satu sisi

Jika bayi anda ingin menyusu lagi dalam masa 2 jam, cubalah untuk memberikan sisi payudara yang sama untuk melihat reaksinya.

Payudara anda akan mengurangkan kadar penghasilan susu memandangkan susu tersebut tidak dihabiskan dengan kerap kerana keperluan bayi anda.

Apabila anda memastikan bayi menyusu daripada sisi yang sama untuk tempoh masa yang lama, anda telah memastikan bayi anda telah mengosongkan payudara dan mendapat susu dengan lebih kalori.

Anda boleh menekan atau mengepam hanya untuk beberapa saat (20-30 saat) untuk mengurangkan sebarang rasa tidak selesa pada payudara yang lagi satu.

Jangan mengepam dengan berlebihan kerana ia akan mengeluarkan isyarat untuk menyuruh payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.

Menggunakan sage untuk atasi masalah susu ibu banyak

Sage, sejenis daun herba mempunyai kandungan estrogen semula jadi yang boleh mengurangkan hormon prolactin dan mengurangkan bekalan susu ibu banyak. 

Berhenti mengambil sage apabila penghasilan susu anda telah berkurang.

susu ibu banyak

Dermakan susu anda

Cara alternatif ialah dengan menjadi penderma susu ibu. Sebilangan ibu yang mengalami penghasilan susu ibu banyak memilih untuk mendermakan susu.

Susu badan yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa dan membaiki kesihatan bayi baru lahir yang ditinggalkan ibu bapa mereka.

Ia juga membantu bayi yang ibunya tidak dapat menyusu badan.

Dalam konteks penggunaan di hospital, petugas bertanggungjawab akan memastikan bayi mengambil susu badan daripada penderma berlainan dengan kuantiti sedikit daripada setiap satu supaya bayi tidak menjadi anak susuan kepada penderma.

Sementara itu, anda juga boleh memilih untuk menjadi ibu susuan bayi yang ibunya tidak dapat menyusukan badan.

Kebiasaannya, masalah bekalan susu berlebihan boleh selesai dengan sendiri apabila bayi membesar.

Akhirnya badan anda akan dapat menangani aliran susu tersebut dengan lebih baik dan menghasilkan susu cukup untuk bayi anda sahaja.

Bersabar dan bertenang. Sepertimana masalah berkaitan kehamilan yang lain, susu berlebihan boleh diselesaikan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Too much milk https://www.breastfeeding.asn.au/bf-info/common-concerns%E2%80%93mum/too-much-milk. Accessed November 23, 2016.
  2. Oversupply. http://www.llli.org/faq/oversupply.html Accessed November 23, 2016.
  3. Oversupply of breastmilk. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/oversupply. Accessed November 3, 2021.
  4. Oversupply: Symptoms, causes, and what to do if you have too much milk. https://breastfeedingusa.org/content/article/oversupply-symptoms-causes-and-what-do-if-you-have-too-much-milk, Accessed November 3, 2021.
  5. Oversupply of breast milk and how to reduce it. https://www.nct.org.uk/baby-toddler/feeding/common-concerns/oversupply-breast-milk-and-how-reduce-it, Accessed November 3, 2021.

Versi Terbaru

01/06/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

4 Mitos POPULAR Tentang Penyusuan Susu Ibu, No. 4 Khas Untuk Anda Yang Sangsi Nak Vaksin!

Sebelum Hukum Ibu Yang Tak Dapat Menyusu Anak, Fahami 4 Sebab Mengapa Mereka Tak Dapat Menyusu Ini Dulu!


Fakta Disemak oleh

Nurul Halifah


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 01/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan