Walau bagaimanapun, kini masalah ini boleh diatasi dengan munculnya susu formula. Disebabkan teknologi yang kian berkembang, susu formula pada zaman sekarang juga menyerupai susu ibu.
Kandungan nutrisi yang seakan-akan sama juga dapat membantu bayi membesar dengan sihat walaupun tanpa susu ibu.
Anak disusukan wanita lain, apakah bahayanya?

Susu ibu merupakan sejenis cecair badan. Sekiranya ibu tidak berhati-hati, penyusuan oleh dua orang wanita yang berbeza boleh mencetuskan penyakit.
Sebagai contoh, penyakit seperti hepatitis, HIV dan banyak jenis STD boleh merebak melalui susu ibu.
Bukan itu sahaja, bayi juga mungkin akan mengalami kesan sampingan sekiranya ibu susuan sedang mengambil ubat-ubatan tertentu, minum minuman berkafein atau yang mengandungi alkohol.
Bahan-bahan dalam minuman ini juga boleh masuk ke dalam badan bayi melalui susu ibu.
Bukan itu sahaja, diet yang berbeza juga boleh memberikan impak negatif terhadap kesihatan anak.
Sebagai contoh, sekiranya wanita tersebut sering minum kopi, kandungan kafein dalam susu badannya boleh menyebabkan anak terjaga dan susah tidur malam!
Bayi yang disusukan orang lain juga boleh menjadi keliru dan mula ‘buat perangai’. Oleh sebab itu, mungkin sukar untuk ibu kandung kembali menyusukan anak setelah disusukan oleh orang lain.
Jangan lupa, ada juga kesan dari segi emosi, terutamanya terhadap ibu kandung. Dalam kes ini, nampak jelas bahawa ibu kandung rasa sangat tertekan dan sedih disebabkan tindakan rakan baiknya.
Sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang baharu. Menurut kajian yang dimuatkan di dalam Asian Journal of Transfusion Science, lebih banyak keluarga akan mengalami masalah tidak disangka-sangka setelah menerima susu yang ‘didermakan’ ahli keluarga sendiri.
Malah, ada risiko ahli keluarga tersebut mempunyai sejarah penyakit yang tidak diketahui!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen