Merancang melakukan penyusuan eksklusif dengan memberikan si manja sepenuhnya susu badan, tetapi selepas ini akan mula bekerja kembali. Bertenang, Hello Doktor ada panduan menyusu ibu bekerja yang boleh dicuba!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Susu badan vs kembali bekerja
Selepas tamat tempoh cuti bersalin yang diberikan majikan, ibu berkerjaya pasti berdepan dengan dilema untuk meneruskan kerja ataupun berhenti kerja.
Ditambah pula dengan kerisauan memikirkan panduan menyusu ibu bekerja yang boleh dicuba apabila kembali masuk ke pejabat nanti.
Mana tidaknya, rutin sepanjang tempoh dua hingga tiga bulan selepas bersalin pastinya banyak diisi dengan menyusukan bayi.
Jadi, jika sudah memulakan kerja di pejabat, bagaimana ibu baharu ingin meneruskan penyusuan susu ibu?
Ada ke panduang menyusu ibu bekerja yang sesuai dicuba, pastinya antara pertanyaan kerap bermain di minda.
Di samping itu, wujud cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu berkerjaya untuk meneruskan penyusuan susu badan, antaranya adalah seperti:
- Sukar mengikuti rutin penyusuan.
- Tiada masa atau tidak pandai membahagikan waktu menyusu dengan waktu berkerja.
- Tempat kerja dan rumah jauh, jadi sukar untuk berulang-alik.
- Susu menjadi sedikit apabila mula berkerja.
- Bayi keliru puting.
- Anak tidak mahu menyusu botol.
- Kurang pengetahuan tentang persediaan penyusuan bagi ibu berkerjaya.
Bagi membantu para ibu berkerjaya meneruskan penyusuan susu badan, ketahui persediaan dan panduan menyusu ibu bekerja yang boleh diamalkan.
Panduan menyusu ibu bekerja
1. Selepas bayi lahir, atur jadual penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan jika anda sudah mula berkerja.
2. Sediakan barangan penyusuan secukupnya seperti pam susu, botol, pemanas susu dan beg simpanan penyusuan.
3. Dapatkan pam susu yang betul dan selesa dengan anda bagi memudahkan anda mengeluarkan susu dengan lancar.
Antara pam susu yang terdapat di pasaran adalah pam susu manual, pam susu elektrik dan dwi pam susu.
4. Pelajari cara menggunakan pam susu seperti bagaimana untuk meletakkan pam susu pada payudara dan teknik yang perlu dibuat bagi melancarkan pengeluaran susu badan.
5. Sediakan susu yang diperah beberapa minggu lebih awal sebelum anda memulakan kerja.
Pelajari cara menyimpan susu yang sudah diperah, kemudian tandakan masa dan tarikh susu anda dipam.
Ketahui bagaimana untuk mengenal pasti sama ada susu tersebut masih elok ataupun tidak.
6. Sebagai panduan menyusu ibu bekerja, beberapa minggu sebelum kembali memulakan kerja, sesekali berikan si manja susu ibu yang diletakkan dalam botol dan lihat penerimaannya.
Pilih botol yang sesuai dengan bayi anda dan pelajari tips supaya bayi tidak keliru puting.