Tahukah anda, tempat tidur bayi yang tidak sesuai dan tidur sekatil dengan ibu bapa, boleh meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS)?
Tahukah anda, tempat tidur bayi yang tidak sesuai dan tidur sekatil dengan ibu bapa, boleh meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS)?

Walaupun berkongsi katil sering dianggap sebagai cara untuk anda lebih dekat dengan bayi, ia sebenarnya boleh meningkatkan risiko bayi lemas, sukar bernafas dan tertindih secara tidak sengaja.
Jadi, bagaimana cara untuk memastikan tempat tidur bayi baru lahir anda benar-benar selamat? Teruskan membaca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
SIDS atau juga dikenali sebagai sindrom kematian bayi mengejut merujuk kepada kematian bayi secara tiba-tiba dan tidak dapat dijelaskan, biasanya semasa tidur dan terjadi pada bayi yang umurnya kurang dari 1 tahun.
Dalam kebanyakan kes, bayi kelihatan sihat sebelum tidur tetapi tidak bangun pada keesokan harinya.
Sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) boleh berlaku tanpa sebarang amaran dan penyebabnya sering kali melibatkan gabungan faktor fizikal dan persekitaran tidur yang mempengaruhi keadaan bayi.
Antara faktor yang menyumbang kepada risiko SIDS termasuklah:
Insiden bayi lemas dalam selimut ini menjadi peringatan penting bahawa setiap perincian dalam penyediaan tempat tidur bayi perlu diberi perhatian.
Apa yang kelihatan seperti selimut yang comel atau bantal bertekstur lembut sebenarnya boleh menjadi ancaman besar kepada nyawa bayi.
Untuk mengurangkan risiko SIDS, ibu bapa harus mengutamakan tip-tip berikut:
Pilih jenis tilam yang pejal dan sesuai dengan saiz tempat tidur bayi. Elakkan menggunakan tilam jenis lembut yang boleh menyebabkan bayi tenggelam dan sukar untuk bernafas.
Gunakan tilam yang pejal dan elak meletakkan bayi anda pada padding yang tebal, berbulu, seperti lambskin atau selimut bayi yang tebal.

Biarkan bayi tidur bersendirian dalam tempat tidur atau bassinet yang berasingan tetapi berada di bilik yang sama dengan anda selama sekurang-kurangnya 6 bulan pertama.
Jangan letakkan bayi di atas katil orang dewasa, kerana bayi boleh terperangkap dan sesak di celah tilam dan kepala katil atau ruang antara tilam dan dinding.
Sentiasa letakkan bayi tidur dalam posisi terlentang. Posisi ini mengurangkan tekanan pada saluran pernafasan mereka. Jangan sesekali biarkan si kecil anda tidur dalam keadaan meniarap atau mengiring ya?

Jangan letakkan bantal, mainan berbulu atau haiwan boneka di dalam katil bayi. Ini boleh mengganggu pernafasan jika wajah bayi anda menekan ke arah objek tersebut.
Jangan pakaikan bayi dengan pakaian atau selimut yang terlalu tebal. Gunakan sleep sack untuk memastikan bayi anda selesa tanpa risiko lemas dalam selimut. Jangan tutup kepala bayi anda semasa tidur.
Penyusuan susu ibu selama enam bulan hingga setahun dapat memberikan perlindungan tambahan terhadap jangkitan yang boleh meningkatkan risiko SIDS.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). https://kidshealth.org/en/parents/sids.html. Diakses Januari 2, 2025.
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sudden-infant-death-syndrome/symptoms-causes/syc-20352800. Diakses Januari 2, 2025.
SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/13646-sudden-infant-death-syndrome-sids. Diakses Januari 2, 2025.
Are some babies at higher risk for SIDS? https://www.healthychildren.org/English/tips-tools/ask-the-pediatrician/Pages/are-some-babies-at-higher-risk-for-sids.aspx. Diakses Januari 2, 2025.
What is SIDS? https://www.unicef.org/parenting/health/what-is-sids. Diakses Januari 2, 2025.
Versi Terbaru
02/07/2025
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa