Pernah dengar mengenai hernia atau masalah angin pasang? Keadaan ini sebenarnya boleh berlaku pada si manja. Jom kita ketahui apakah tanda angin pasang bayi lelaki dan perempuan dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apakah hernia?
Sebelum kita dapat mengenal pasti tanda angin pasang bayi lelaki dan perempuan, berikut adalah penjelasan ringkas mengenai keadaan hernia ini.
Hernia atau lebih dikenali dengan jolokan angin pasang, adalah gangguan masalah kesihatan melibatkan penonjolan keluar organ atau tisu lembut melalui bukaan otot lemah pada bahagian abdomen.
Hernia – berasal daripada perkataan Latin – kelihatan seperti benjolan kecil pada kulit. Keadaan ini berlaku kerana kelemahan otot perut dan boleh berkembang dalam beberapa bulan selepas bayi dilahirkan.
Tanda angin pasang bayi lelaki & perempuan: Fahami jenisnya
Hernia yang paling biasa pada bayi dan kanak-kanak adalah hernia inguinal dan umbilical.
Hernia inguinal
Terjadi pada bahagian pangkal paha. Ia boleh berkembang sebagai benjolan kecil pada pangkal paha atau memanjang dalam skrotum atau labia.
Selalunya bayi dan kanak-kanak akan mengalami hernia jenis ini, terutamanya bayi pramatang. Tanda angin pasang bayi lelaki ini lebih kerap terjadi berbanding kepada bayi perempuan.
Hernia umbilikal
Hernia pada pusat ini berlaku kerana kelemahan atau bukaan pada bahagian otot abdomen sekitar pusat di bawah kulit. Usus kecil mungkin menjulur keluar melaluinya,
Biasanya benjolan ini akan jelas kelihatan apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.
Faktor risiko
Mana-mana bayi berisiko mengalami angin pasang ini. Pun begitu keadaan ini biasanya lebih kerap dialami pada:
Bayi pramatang
Ini kerana dinding otot dalam perut belum berkembang sepenuhnya.
Bayi lelaki
Ini kerana hernia mudah terbentuk pada ruang di mana testis turun. Benjolan pada skrotum merupakan paling biasa terjadi.
Ia terjadi jika laluan antara skrotum dan perut tidak tertutup semasa tumbesaran bayi di dalam rahim.
Anda mungkin tidak melihat benjolan ini sepanjang masa sebaliknya hanya apabila si manja meneran, menangis, menyusu atau membuang air besar.
Menghidap penyakit paru-paru
Bayi yang mengalami masalah penyakit paru-paru lebih cenderung mengalami angin pasang kerana sering berdepan kesukaran untuk bernafas.
Tanda angin pasang bayi lelaki & perempuan
Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk anda mengenal pasti gejala dan tanda-tanda jika anak mengalami hernia.
Antara simptom angin pasang pada bayi adalah:
- Benjolan atau bengkak berhampiran pangkal paha atau pusat
- Sakit atau kelembutan (tenderness) sekitar pangkal paha
- Tangisan atau meragam yang tidak dapat dikenal pasti puncanya
- Benjolan yang kelihatan semakin besar semasa meneran, menangis atau batuk
Dalam kebanyakan kes, masalah angin pasang yang dialami bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Apakah angin pasang merupakan kondisi yang berbahaya?
Baca juga: