backup og meta

Strok Pada Bayi Baru Lahir

Strok Pada Bayi Baru Lahir

Tidak seperti apa yang difikirkan oleh kebanyakan individu, angin ahmar atau lebih dikenali sebagai strok bukan sahaja berlaku pada individu yang berusia, tetapi ia juga boleh dialami oleh kanak-kanak dan bayi yang baru lahir. Sama seperti individu dewasa berusia, bayi juga mempunyai risiko yang sama tinggi untuk mendapat strok. Dalam 28 hari pertama, bayi biasanya mendapat strok, tetapi ia tidak disedari oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun, kebanyakan individu tidak mengenalinya atau tidak pergi untuk mendapatkan rawatan doktor untuk strok dalam kumpulan usia yang mentah ini.

Apa itu strok?

Strok – adalah situasi di mana aliran darah ke otak terhenti atau turun ke bawah, mendapatkan kesan kepada arteri utama serta dalam otak. Strok berlaku apabila bekalan darah ke bahagian otak terputus. Terdapat dua jenis strok. Strok Ischaemic biasanya berlaku berpunca daripada penyumbatan dalam bekalan darah ke otak. Strok Haemorrhagic berlaku apabila darah mengalir keluar daripada saluran darah yang pecah ke dalam otak. Untuk individu dewasa, 80% daripada strok disebabkan penyumbatan dan 20% disebabkan pendarahan dalam otak. Bagi kanak-kanak, kedua-dua jenis strok mempunyai tahap risiko yang sama.

Bagaimana strok pada bayi baru lahir berlaku?

Dalam tempoh kehamilan, protein yang datang dari ibu kepada janin melalui plasenta boleh membantu mengurangkan risiko pendarahan. Namun, ia meningkatkan risiko pendarahan dan strok kepada janin. Darah beku boleh berkembang dalam plasenta dan bergerak ke peredaran darah pada bayi. Malahan, ia mungkin bergerak ke bahagian otak dan menyebabkan strok.

Kebanyakan strok pada bayi baru lahir berlaku dalam wad bersalin dan ketika waktu kelahiran. Kepala bayi boleh mengalami ketegangan yang luar biasa dalam proses kelahiran. Tekanan pada arteri dan urat pada kepala bayi adalah penyebab berlakunya darah beku dan strok. Tambahan pula, bayi yang baru lahir boleh mendapat darah beku dengan sendiri, memandangkan ketika mereka lahir, mereka mempunyai darah yang lebih pekat berbanding kita semua. Dalam masa beberapa hari selepas dilahirkan, dehidrasi boleh menjadi satu masalah, yang turut menjadi punca kepada darah untuk membeku.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Ibu bapa biasanya tidak dapat mengenal pasti simptomnya sehingga bayi lebih berusia, kerana strok pada bayi yang baru lahir tidak menunjukkan sebarang simptom klinikal. Simptom sering muncul pada kanak-kanak dan individu dewasa lebih berusia, seperti kesukaran bercakap, kebas pada sebelah bahagian, ketidakseimbangan, yang mana sukar atau mustahil untuk dikesan pada bayi yang baru lahir.

Simptom strok pada bayi baru lahir

Simptom strok pada bayi baru lahir sering berlaku dengan sawan – antara simptom strok yang paling dikenali. Sawan tidak mudah dikenal pasti pada kumpulan usia ini. Ia termasuk:

  • Pergerakan raut muka yang berulang, termasuk menghisap, mengunyah atau pergerakan mata
  • Pergerakan berbasikal atau mengayuh basikal yang tidak biasa
  • Merenung
  • Apnea, atau berhenti sejenak dalam pernafasan yang mempunyai hubung kait dengan melambatkan jantung
  • Pergerakan berirama yang melibatkan otot muka, lidah, lengan, kaki, atau bahagian lain
  • Kumpulan otot mengeras atau mengetat
  • Pergerakan cepat, atau tunggal yang melibatkan sebelah lengan atau kaki atau seluruh badan

Walaupun simptom utama strok pada individu dewasa adalah sebelah badan menjadi lemah, simptom ini mungkin tidak berlaku pada kanak-kanak memandangkan otak mereka belum cukup matang. Simptom lemah sebelah ini mudah dikenal pasti dan ia berlaku dalam 15% strok pada bayi baru lahir.

“Handedness” – simptom strok yang sering berlaku selepas tempoh kelahiran baru, antara tempoh 6 minggu hingga 6 bulan. Bayi dengan simptom ini akan gemar dan hanya menyukai sebelah tangan untuk melakukan segala perkara. Ibu bapa melakukan kesilapan dengan menganggap ia satu kelebihan bagi bayi pada usia ini. Untuk kanak-kanak yang sihat, simptom ini tidak biasanya muncul sehingga usia 12 bulan.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko strok pada bayi baru lahir. Jika bayi baru lahir mempunyai kecacatan kelahiran yang melibatkan jantung berlubang, darah beku boleh bergerak ke bahagian lain dengan mudah seperti jantung dan naik ke otak. Jika terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah berkaitan darah beku, bayi akan lebih berisiko untuk mendapat strok. Jangkitan yang serius seperti sepsis dan meningitis juga cenderung menyebabkan darah beku. Faktor risiko lain adalah seperti yang dijelaskan di atas, seperti dehidrasi.

Adalah penting untuk ibu bapa berwaspada kepada strok pada tempoh selepas dilahirkan. Jika terdapat sebarang simptom yang dikenal pasti, sila bawa bayi anda untuk berjumpa doktor. Ia bukanlah satu tindak balas berlebihan dalam perihal mencegah bayi anda daripada sebarang penyakit. Jika doktor anda bersetuju bahawa bayi anda mungkin mengalami strok, dia akan merujuk bayi anda kepada pakar pediatrik untuk melakukan pemeriksaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stroke in Newborns http://www.aboutkidshealth.ca/En/HealthAZ/ConditionsandDiseases/BrainandNervousSystemDisorders/Pages/Stroke-in-newborns.aspx / Accessed September 25, 2016

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan