Penderaan Kanak-kanak: Bagaimana Ingin Mengesan Anak Didera?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Lagi kes dera bayi sehingga menyebabkan kematian berlaku! Terbaru, bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal, maut akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh. Bayi malang ini disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang, selepas dua hari berada dalam keadaan tenat.

Kes penderaan bayi dan kanak-kanak yang melibatkan pengasuh ini seakan tidak pernah surut. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita akan berasa bimbang akan keselamatan anak yang dihantar ke rumah pengasuh ataupun di pusat jagaan kanak-kanak. Seperti semua ibu bapa lain, anda tentu tertanya-tanya sama ada layanan yang diberikan oleh pengasuh atau nurseri cukup baik untuk si kecil anda. Kadangkala ibu bapa lihat penjaga anak mereka kelihatan seperti normal dan berkelakuan baik, justeru mereka tidak menyimpan sebarang syak wasangka pada pengasuh/ nurseri.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu memastikan keselamatan anak anda dengan cara memeriksa keadaan bayi anda setiap hari selepas mengambilnya daripada rumah pengasuh atau nurseri. Artikel ini membantu ibu bapa untuk mengenal pasti tanda-tanda jika bayi anda mengalami penderaan baik dari segi fizikal, mental mahupun seksual.

Tanda-tanda yang perlu diperhatikan pada anak anda

Penderaan fizikal

Bayi dan kanak-kanak yang didera secara fizikal mungkin akan menunjukkan tanda-tanda di bawah:

  • Menangis dan meragam apabila ingin dihantar ke rumah pengasuh atau nurseri. Kadangkala anak anda akan menunjukkan ketakutan apabila berada dekat dengan pengasuh atau orang dewasa lain.
  • Menunjukkan perubahan mengejut pada tingkah laku atau prestasi mereka di pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah.
  • Pulang ke rumah dengan kesan lebam, bengkak, luka, patah tulang, tulang patah, mata lebam, kesan gigitan atau lain-lain kecederaan. Kecederaan berulang juga adalah salah satu tanda amaran yang perlu anda perhatikan. Jika bayi anda masih belum berjalan atau sedang bertatih untuk berjalan, anda perlu perhatikan sebarang kecederaan seperti patah tulang rusuk ataupun lebam kerana ini mungkin tanda-tanda dia didera.

Penderaan emosi

Kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi akan:

  • Menunjukkan masalah atau perubahan tingkah laku seperti mengelakkan perhatian ibu bapa atau melekap keterlaluan. Kanak-kanak yang didera selalunya menunjukkan tingkah laku yang melampau. Kanak-kanak yang biasanya aktif akan menjadi pasif, sementara yang selalu berkelakuan biasa mungkin akan bertindak agresif.
  • Kurang bercakap atau tidak mahu bercakap langsung, atau menunjukkan tanda-tanda masalah pertuturan, seperti gagap.
  • Mengadu sakit kepala atau sakit perut tanpa sebab. Dia mungkin akan hilang selera makan.
  • Menunjukkan ketakutan seperti mengalami mimpi ngeri atau sukar untuk tidur.

Penderaan seksual

Jika anak anda mengalami penderaan seksual, dia mungkin akan menunjukkan tanda-tanda seperti:

  • Kesakitan, kegatalan, pendarahan, atau kesan lebam dalam atau sekeliling bahagian kemaluan.
  • Mengalami kesukaran untuk berdiri atau duduk, berkemungkinan disebabkan sakit pada alat kelamin atau dubur.
  • Menunjukkan keinginan untuk tahu mengenai seksual atau kelakuan yang melampaui umurnya (sikap ingin tahu berlebihan tentang seks, atau menunjukkan tingkah laku menggoda terhadap rakan sebaya atau orang dewasa.)
  • Menjadi seorang yang perahsia atau suka bersendirian pada kebanyakan masa.

Sindrom Goncang Bayi (SBS)

Jika anak anda masih bayi, ketahui tanda-tanda Sindrom Goncang Bayi (SBS), iaitu keadaan di mana bayi digoncang dalam keadaan marah. Dalam kes yang lebih teruk, penderaan melibatkan kepala bayi dipukul atau dihentak menggunakan objek keras seperti di dinding atau di lantai. Bayi yang mengalami SBS, walaupun parah, kadangkala kesannya tidak boleh dilihat segera. Kecederaan goncang bayi selalunya berlaku pada bayi usia setahun ke bawah, dan adakalanya sindrom ini berlaku pada kanak-kanak sehingga usia 5 tahun.

Bayi yang mengalami SBS mungkin mengalami mata berkaca, tubuhnya kelihatan mengeras, lemah dan meragam. Selain itu, bayi SBS juga akan kehilangan selera makan, mengalami kesukaran untuk makan, atau muntah. Jika bayi anda mengalami simptom-simptom ini dengan kesan lebam yang sukar dijelaskan, ini adalah petunjuk yang kuat kepada tanda-tanda penderaan.

Dalam kes yang teruk, bayi anda mungkin tidak boleh fokus pada objek atau mengangkat kepala. Dan, bayi juga boleh jadi tidak sedarkan diri, sukar untuk bernafas, mengalami sawan ataupun mungkin mendapat koma.

Jika anda mengesyaki si kecil anda mengalami SBS, segera bawa anak anda ke hospital untuk rawatan. Langkah segera anda dapat membantu menyelamatkan si kecil. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Kajian menunjukkan aduan berkenaan dengan kaki panjang sebelah (atau kaki pendek sebelah) bukanlah sesuatu yang asing. Ia dialami oleh kira-kira...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Tulang Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Peningkatan jumlah kes bunuh diri sepanjang wabak virus korona baharu (COVID-19) yang berlaku di seluruh dunia amat membimbangkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Cegah Bunuh Diri 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Kesihatan wanita sering menjadi fokus perbincangan utama menjelang 8 Mac yang merupakan Hari Wanita Sedunia. Ikuti 4 cara wanita jaga kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Ujian & Pemeriksaan Untuk Wanita 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Bukan hanya konjunktivitis, terdapat beberapa lagi jenis sakit mata yang boleh berlaku pada kita semua. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara mengatasi obesiti

    Ini Cara Untuk Elak Gemuk Ikut Peringkat Umur: Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    penyebab kanser

    Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    penyebab sakit ulu hati

    Sering Terkena Serangan Pedih Ulu Hati? Mungkin Apa Yang Anda Makan Merupakan Puncanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    kebersihan telinga

    Ku Sangkakan Pekak, Rupanya Telinga Tersumbat! Apa Perlu Buat Jika Alaminya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan