Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap ibu bapa pasti teruja menantikan perkembangan tumbesaran bayi mereka. Daripada reaksi mata, suara dan genggaman jari, semuanya ditunggu dengan penuh sabar. Begitu juga apabila si manja mula duduk atau merangkak.

Namun adakah anda tahu, bilakah waktu mula bayi merangkak dan bayi duduk?

Bayi belajar perkara baharu setiap hari

Bagi bulan-bulan pertama, ia adalah satu fasa di mana bayi anda membesar dengan begitu pantas. Fasa ini adalah fasa yang paling penting untuk anda melihat perkembangannya.

Kesemua perkembangan dan pergerakan bayi setiap hari adalah disebabkan perkembangan fizikal dan juga motor si manja. Kedua-duanya berfungsi mengembangkan potensi fizikal dan mental bayi bagi mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari. 

Fasa antara bulan ke-4 sehingga ke-10 dianggap sebagai antara fasa yang paling penting.

Ini kerana pada waktu inilah bayi sudah mula belajar menggerakkan kepala, duduk, berguling dan juga merangkak.

Jadi anda pasti tertanya-tanya, pada waktu bilakah bayi sudah mula pandai duduk dan juga merangkak? Ini jawapannya.

Waktu bilakah bayi duduk?

bayi duduk

Untuk membolehkan bayi duduk dengan sempurna, mereka mestilah berkemampuan untuk menyeimbangkan kepala tanpa sebarang sokongan.

Selain itu, si manja mestilah mempunyai kekuatan bahagian tubuh atas yang mencukupi bagi menyokong bayi duduk. 

Pada kebiasaannya, bayi akan mula berkemampuan untuk mengangkat kepala mereka sewaktu berusia sekitar 2 bulan.

Pada usia sekitar 4 bulan pula, biasanya bayi sudah mula pandai mengangkat kepala tanpa sebarang sokongan.

Pada usia ini juga, mereka sudah mampu untuk belajar duduk, tetapi masih memerlukan pertolongan.

Bayi melakukan kaedah duduk yang disebut sebagai tripod sit. Pada usia 12 bulan pula, bayi sudah mula mampu untuk duduk dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan.

Anda boleh membantu menguatkan bahagian tubuh bayi dan juga otot leher bayi anda bagi membolehkan mereka untuk duduk.

Anda boleh membantu si manja seawal umurnya 6 bulan dengan menggalakkannya untuk duduk.

Sediakan sebarang sokongan untuk bayi anda belajar duduk seperti dengan menyediakan bantal sebagai tempat bersandar. 

Waktu bilakah bayi mula berguling?

bayi merangkak

Untuk pengetahuan anda, bayi akan mula belajar menggulingkan dirinya seawal umur 4 bulan.

Mereka akan mula menggoyangkan tubuh ke kiri dan ke kanan bagi memudahkan mereka untuk belajar berguling selepas itu. Pada usia 6 bulan, bayi biasanya akan mula berguling ke arah kiri dan juga kanan.

Untuk membantu dan menggalakkan bayi anda berguling, letakkan si manja di atas kain selimut atas lantai.

Kemudian, letakkan alat permainan di sebelahnya. Kaedah ini akan menggalakkan bayi untuk berguling bagi mendapatkan permainan tersebut.

Waktu bila pula bayi merangkak?

bayi duduk

Bayi merangkak bermula sekitar umurnya 6 bulan. Pada umur 6 bulan, bayi akan mula belajar mengangkat badan ke atas dan ke bawah dengan menggunakan tangan dan lutut mereka.

Ini bertujuan sebagai asas kekuatan untuk mereka mula merangkak nanti. Pada ketika ini juga, bayi mungkin akan melakukan sedikit pergerakan merangkak ke belakang sebelum kembali ke hadapan.

Apabila usianya sudah mencecah 9 bulan, si kecil sudah mula belajar merangkak dengan sendiri. Untuk membantu dan menggalakkan bayi anda merangkak, biarkan mereka merangkak di kawasan lantai yang bersih dan selamat.

Cuba letakkan sebarang permainan di hadapan mereka sebagai umpan untuk bayi merangkak.

Galakkan bayi merangkak untuk mendapatkan permainan tersebut.

Sentiasa awasi bayi anda

Dalam keterujaan untuk melihat perkembangan dan pergerakan si manja, pastikan ibu bapa sentiasa menjaga keselamatan anak.

Pertama sekali, jangan sesekali membiarkan bayi anda ditinggalkan berseorangan walaupun anda rasa mereka akan selamat.

Kedua, jauhkan bayi anda daripada sebarang kawasan yang berbahaya seperti tangga, pintu, dapur dan barang-barang berbahaya bagi bayi.

Ketiga, sentiasa kunci pintu dan gunakan pagar keselamatan yang memisahkan kawasan ruang tamu dengan tempat lain agar bayi anda tidak bergerak sehingga ke kawasan yang berbahaya.

Jangan biarkan keterujaan kita melihat tumbesaran bayi berakhir dengan sebarang tragedi yang tidak diingini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak, kan? Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi, confirm cerdik selepas ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Bayi Menyusu Turut Berisiko Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Penyakit Kanak-Kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Komplikasi, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pergerakan bayi

Risau Bayi Kerap Menggigil? Relaks Ibu, Ini Cara Bezakan Pergerakan Normal & Abnormal Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 23/02/2021 . 3 minit bacaan
bahaya kencing manis

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
kemurungan selepas bersalin

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit mata kuning jaundis

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan