backup og meta

6 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beri Anak Makan Makanan Pejal

6 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beri Anak Makan Makanan Pejal

Memberi makanan pejal untuk anak anda adalah salah satu pencapaian penting dalam perkembangan mereka. Setiap ibu bapa pasti akan berasa teruja untuk memberi makanan pejal kepada anak mereka sebaik sahaja usia bayi sudah memasuki umur enam bulan.

Bagi mereka yang baru pertama kali menjadi ibu bapa, mungkin ada sesetengah lagi yang masih berasa keliru atau teragak-agak untuk memilih jenis makanan yang sesuai untuk bayi anda.

Khas buat anda, dalam artikel ini, kami akan membincangkan beberapa tips untuk memulakan makanan jenis ini pada anak anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Pilih masa yang tepat untuk mula beri makanan pejal

Pakar menyarankan supaya ibu bapa mula memberi makanan pejal kepada bayi semasa usia mereka 4-6 bulan.

Bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak berkembang pada tempoh yang sama.

Sesetengah kanak-kanak mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mula makan makanan pejal.

Petunjuk terbaik untuk mula berikan makanan pejal untuk anak anda adalah apabila bayi sudah boleh duduk tegak sendiri tanpa bantuan orang dewasa, ataupun jika dia sudah boleh memusingkan kepalanya atau mengunyah makanan.

Anda masih perlu memberi susu ibu pada bayi

Bertukar terus kepada makanan pejal boleh menjejaskan penghadaman anak anda. Berbanding melakukan perubahan mendadak, anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal untuk anak secara perlahan-lahan dahulu.

makanan pejal untuk anak

Jangan terus menggantikan susu ibu dengan makanan pejal pada peringkat awal pengenalan.

Mulakan dengan bijirin bayi

Anda boleh mulakan pemberian makanan pejal dengan menawarkan si manja bijirin bayi. Anak anda akan merasai banyak perisa baru daripada pelbagai pilihan bijirin yang terdapat di pasaran.

Bagaimanapun, carilah bijirin yang diperkuat dengan zat besi. Zat besi dan zink adalah nutrien penting dalam tempoh separuh kedua pada tahun pertama kelahiran bayi anda.

Beri masa kepada bayi untuk menyesuaikan perubahan

Makanan pejal akan memberikan rasa aneh pada bayi. Bayi anda mungkin tidak suka pada makanan tersebut dan mungkin menolak untuk makan semasa ditawarkan pertama kali.

Tidak mengapa jika anak anda hanya makan sesudu ataupun dua sudu makanan pejal tersebut. Bersabarlah apabila memperkenalkan makanan baru kepada anak anda.

Pilih tekstur makanan pejal untuk anak dengan betul

makanan sesuai untuk bayi

Memilih tekstur makanan yang betul boleh membantu anak anda lebih menikmati makanan pejal mereka. Berikan anak anda makanan puri apabila mereka memasuki usia 6 bulan, kemudian tawarkannya makanan lecek, makanan cincang dan makanan yang dipotong.

Anda boleh menjadikan masa makan anak anda lebih menyeronokkan dengan memperkenalkannya kepada makanan ringan/ kudapan (finger food) apabila dia memasuki usia lapan bulan.

Tunggu sehingga bayi anda lapar

Bayi akan lebih berminat untuk makan semasa mereka tengah lapar. Namun, ini tidak bermakna yang anda perlu membiarkan anak kelaparan! Bayi yang telah kenyang tidak akan berminat kepada makanan. Anda boleh lihat jika anak lapar, mereka akan teruja melihat anda menyediakan makanan, atau mereka akan cenderung ke arah anda semasa berada pada kerusi makan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Starting Solid Foods. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/feeding-nutrition/Pages/Starting-Solid-Foods.aspx. Diakses pada November 15, 2023.

Solid foods: How to get your baby started. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/healthy-baby/art-20046200. Diakses pada November 15, 2023.

Feeding Your Baby: When To Start With Solid Foods. https://www.unicef.org/parenting/food-nutrition/feeding-your-baby-when-to-start-solid-foods. Diakses pada November 15, 2023.

Do’s And Dont’s For Baby’s First Food. https://www.eatright.org/health/pregnancy/babys-first-foods/dos-and-donts-for-babys-first-foods. Diakses pada November 15, 2023.

Feeding Your Baby Solid Food. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/feeding-your-baby-solid-food. Diakses pada November 15, 2023.

Versi Terbaru

16/11/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bahaya Biarkan Cirit-Birit Anak Berlarutan, Parents Perlu Peka Dengan Kesihatan Usus Anak!

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan