backup og meta

Ini Tanda Jika Anak Anda Alami Alahan Telur, Bahaya Jika Tersalah Makan!

Ini Tanda Jika Anak Anda Alami Alahan Telur, Bahaya Jika Tersalah Makan!

Telur merupakan satu bahan dalam kebanyakan makanan, dari makanan savuri ke manis, dari hidangan pembuka hinggalah ke pencuci mulut. Tetapi bagaimana jika anak alergi telur?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Keadaan anak alergi telur

Alergi atau alahan telur adalah satu keadaan hipersensitiviti kepada bahan makanan daripada kuning atau putih telur, yang membawa kepada reaksi sistem imun dan menyebabkan simptom fizikal yang serius.

Reaksi alergi yang paling teruk disebut anafilaksis dan merupakan kecemasan yang memerlukan perhatian dan rawatan segera dengan epinefrin.

Sistem imunisasi badan, yang biasanya melindungi badan daripada kuman dan masalah lain, menggunakan antibodi untuk melawan protein telur seperti ia adalah penceroboh berbahaya.

Reaksi alahan ini boleh berlaku dengan pantas atau mengambil masa beberapa jam.

anak alergi telur

Simptom si kecil tidak boleh makan telur

Anak alergi telur ayam juga mungkin akan alah kepada telur lain, seperti itik, atau puyuh.

Dalam tempoh masa singkat selepas makan (atau menyentuh) telur, mereka mungkin akan mengalami simptom seperti:

Diagnosis si kecil tidak boleh makan telur

Jika anak anda atau anda mengalami sebarang simptom di atas, sila berjumpa pakar.

Beberapa ujian mungkin akan dilakukan, seperti ujian darah atau ujian kulit untuk mendiagnosis alahan dihadapi.

Untuk ujian kulit, sedikit cecair yang mengandungi protein telur akan diletakkan di belakang belakang atau di lengan, dan kemudian akan dicucuk probe yang disteril untuk membolehkan cecair meresap masuk ke dalam kulit.

Jika bahagian tersebut membengkak, muncul tompokan merah dalam tempoh 15-20 minit, ia boleh dianggap sebagai alahan.

Bergantung kepada jenis protein dalam cecair, ujian ini boleh menentukan sama ada anda alahan kepada protein kuning atau putih telur.

Alahan kepada protein putih telur adalah yang paling biasa.

anak alergi telur

Bagi ujian darah, sampel darah akan dihantar ke makmal untuk menguji kehadiran antibodi immunoglobin E kepada protein telur.

Jika hasil keputusan tidak dapat diputuskan, pakar boleh mengarahkan ujian makanan lisan.

Di bawah pengawasan perubatan, anak perlu memakan sejumlah kecil telur untuk melihat tindak balas yang terjadi.

Oleh kerana tindak balas yang berlaku mungkin teruk, ujian ini akan dilakukan di bahagian alahan atau pusat ujian makanan yang dilengkapi peralatan kecemasan dan ubat-ubatan.

Diet penyingkiran makanan juga mungkin digunakan untuk menentukan jenis alahan yang dihidapi.

Sekiranya simptom hilang apabila telur dikeluarkan dari diet, dan muncul kembali apabila telur dimakan semula, ia mungkin disebabkan alahan.

Baca juga:

Merawat anak alergi telur

Kanak-kanak yang mempunyai alergi telur perlu mengetahui apa yang patut dilakukan jika termakan telur.

Ia mungkin memerlukan mereka untuk sentiasa mempunyai ubat di tangan seperti antihistamin, atau dalam kes yang teruk, epinefrin.

Telur dalam vaksin

Beberapa jenis vaksin selsema (influenza) mengandungi sejumlah kecil protein telur.

Vaksin selesema burung yang diberikan melalui suntikan adalah selamat untuk kebanyakan anak alergi telur sekiranya ia diberikan di pejabat perubatan yang lengkap dengan kemudahan untuk menangani kesan buruk yang mungkin berlaku, termasuk anafilaksis.

Sekiranya anak menghidapi alahan kepada telur, mereka tidak boleh mendapatkan suntikan di kedai ubat atau farmasi atau sebahagian daripada program vaksinasi di sekolah.

Elakkan makanan ini

Cara terbaik untuk mengatasi anak alergi telur adalah untuk mengelakkan memakannya.

Malangnya telur adalah bahan yang terdapat dalam kebanyakan makanan.

Malah beberapa bahan pengganti telur tetap mengandungi protein telur.

Ini membuatkan parents dengan anak alergi telur perlu berhati-hati dengan membaca label dan bertanyakan tentang kandungan dan ramuan sesuatu makanan.

Sesiapa yang didiagnosis dengan alahan sama ada putih telur atau kuning telur, harus mengelakkan daripada memakan telur langsung, kerana ia adalah mustahil untuk mengasingkan sepenuhnya putih telur daripada kuning telur.

anak alergi telur

Olah resipi untuk elak anak alergi makanan ini

Banyak resipi boleh diubah suai tanpa menggunakan telur.

Apabila resepi memerlukan 3 biji telur atau kurang daripada itu, ia boleh ditukar bagi setiap biji telur dengan campuran 1 sudu air, 1 sudu minyak dan 1 sudu teh serbuk penaik.

Pengganti alternatif adalah 1 paket gelatin tanpa perisa yang dicampurkan dengan 2 sudu air suam (campurkan hanya bila hendak digunakan), atau 1 sudu teh yis yang dicampur ke dalam secawan air suam.

Jika anak anda mempunyai lebih daripada satu alergi makanan, anda mungkin perlu membawanya untuk berjumpa dengan pakar pemakanan.

Tetapi jika hanya telur yang perlu dielakkan, anda boleh membantunya untuk memilih makanan dan makan dengan betul.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Common Food Allergies, https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/Common-Food-Allergies.aspx, Accessed Jul 27 2021.
  2. Egg Allergy, https://kidshealth.org/en/parents/egg-allergy.html, Accessed Jul 27 2021.
  3. Egg Allergy, https://kidshealth.org/en/kids/egg-allergy.html, Accessed Jul 27 2021.
  4. Egg Allergy in Children , https://www.ruh.nhs.uk/patients/services/clinical_depts/paediatrics/documents/patient_info/PAE029_Egg_allergy_info_sheet.pdf, Accessed Jul 27 2021.
  5. Egg Allergy, https://www.foodallergy.org/living-food-allergies/food-allergy-essentials/common-allergens/egg, Accessed Jul 27 2021.
  6. Egg allergy, http://www.allergy.org.nz/A-Z+Allergies/Food+allergy/Egg+allergy.html, Accessed Jul 27 2021.

Versi Terbaru

07/09/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Sakit Sampai Tak Mahu Menyusu Atau Makan? Aduh, Risau! Ini 5 Cara Anda Boleh Atasinya

Anak Sakit Lengan Selepas Jatuh? AWAS! Si Kecil Berisiko Alami 4 Masalah Tulang Retak Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan