backup og meta

Baru Hamil 3 Hari Sudah Dapat Lihat Tanda? Fahami 5 Simptom PENTING Ini!

Baru Hamil 3 Hari Sudah Dapat Lihat Tanda? Fahami 5 Simptom PENTING Ini!

Betul ke ada tanda-tanda orang hamil 3 hari? Bukankah terlalu awal tempoh tersebut untuk dapat melihat sebarang simptom kehamilan?

Tidak dinafikan tempoh menunggu selepas ovulasi boleh menjadi terlalu lama jika kalian sedang merancang kehamilan.

3 hari selepas tempoh ovulasi atau singkatannya 3 DPO (3 days past-ovulation), berkemungkinan berlaku perbezaan kecil menunjukkan anda hamil atau sebaliknya.

Keadaan ini kerana berlaku perubahan hormon, tidak kira sama ada telur berjaya disenyawakan mahupun tidak.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, pastikan anda teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

3 DPO: Perubahan pada badan

Sebelum pergi lebih mendalam mengenai simptom kehamilan 3 hari, ayuh kita fahami secara ringkas apa yang berlaku pada tubuh jika persenyawaan telur berjaya ketika tempoh ovulasi.

Apabila ovulasi, anda akan memulakan fasa luteal kitaran haid. Ia merupakan fasa kedua kitaran haid iaitu selepas berlakunya ovulasi. 

Pada fasa ini terbentuknya korpus luteum yang menghasilkan hormon progesteron. Fasa ini penting dalam membuat persediaan ke atas selaput endometrium untuk tumbesaran embrio (janin).

Fasa ini berterusan sehingga pendarahan haid atau implantasi telur yang disenyawakan dalam lapisan rahim berlaku.

Biasanya 3 hari selepas ovulasi, telur matang akan dikeluarkan oleh ovari melalui tiub rahim. Ia akan kekal dalam tiub ini selama 12-24 jam pertama selepas dilepaskan sehingga sama ada disenyawakan atau disingkirkan.

Ketika ini juga, berlaku perubahan hormon sebagai persediaan kemungkinan telur disenyawakan. Tahap progesteron akan meningkat selepas ovulasi dan memuncak pada 6-8 hari kemudian.

Hormon inilah yang bertanggungjawab untuk segala kemungkinan perubahan pada badan dan emosi.

3 DPO: Tanda-tanda orang hamil 3 hari

Apa tanda hamil 2 hari atau 3 hari? Gejala awal hamil berapa hari?

Semasa 3 DPO, badan mengalami perubahan secara langsung sebagai simptom kehamilan. Ia menyebabkan gejala yang dikaitkan dengan PMS (pramenstruasi) dan kehamilan awal. Amat sukar sebenarnya untuk membezakan antara kedua-dua keadaan ini.

Pun begitu, terdapat beberapa gejala dirujuk sebagai sekunder ovulasi. Ini kerana simptom kehamilan tersebut tidak semestinya berlaku kepada setiap individu semasa kitaran haid.

Keletihan, antara tanda-tanda orang hamil 3 hari

Kerap letih juga antara tanda awal kehamilan.
Kerap letih juga antara tanda awal kehamilan.

Keletihan selalunya merupakan salah satu simptom terawal kehamilan. Namun terdapat ramai wanita turut mengalaminya setiap kali kitaran haid. Gejala keletihan yang dialami ini dianggap sebagai 3 DPO biasa ketika fasa luteal.

Pun begitu, jika anda kerap keletihan setiap hari, tidak kira semasa kitaran haid atau ketika hamil, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai keadaan diri.

Ini kerana dalam sesetengah kes, keletihan berterusan boleh disebabkan keadaan perubatan berbeza seperti:

Salah satu tanda-tanda orang hamil 3 hari #Kembung perut

Fasa ovulasi selalunya berlaku kira-kira separuh perjalanan kitaran haid. Ini juga masanya anda mungkin mengalami masalah kembung perut.

Menjelang 3 DPO, berkemungkinan besar anda mungkin masih mengalami keadaan perut kembung ini. Ini kerana sebelum ovulasi, terdapat peningkatan dalam hormon estrogen dan peluteinan (luteinizing).

Sakit belakang

Terdapat ramai wanita melaporkan rasa sakit belakang semasa pendarahan haid berlaku, ada juga mengalaminya sebelum period. Kebanyakan rasa sakit ini mereda sebaik sahaja haid bermula. Umumnya, ia adalah situasi biasa dan boleh berbeza tahap keterukannya.

Selain itu, kesakitan ini berkemungkinan besar berlaku disebabkan oleh pengecutan otot licin dinding rahim. Ini disebabkan oleh perubahan dalam tahap hormon dan prostaglandin. Ia juga berkemungkinan tanda awal kehamilan.

Sakit belakang juga menjadi tanda awal hamil.
Sakit belakang juga menjadi tanda awal hamil.

Loya 

Mual selalunya merupakan tanda awal kehamilan. Jika anda sedang mencuba untuk hamil dan berasa loya sekitar 3 DPO, sebaiknya jangan ambil ringan gejala ini okay?

Payudara sensitif, tanda-tanda orang hamil 3 hari

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor, termasuk pengambilan kafein, bra yang tidak sesuai dan perubahan hormon semasa kitaran haid atau kehamilan. 

Ada wanita mula mengalami keadaan ini semasa ovulasi dan kesakitan berterusan sehingga permulaan haid. 

Tidak kira bila anda mengalami situasi payudara sensitif, gejala ini boleh diredakan dengan mengurangkan pengambilan kafein dan memakai pakaian lebih longgar.

3 DPO & tanda-tanda orang hamil 3 hari: Adakah anda mengandung?

Kekejangan yang berlaku pada 3 DPO mungkin boleh dianggap sebagai tanda kehamilan awal. Tetapi keadaan ini jarang berlaku. 

Ini kerana telur yang disenyawakan hanya akan ditanam di dalam lapisan rahim antara 6-10 hari selepas ovulasi. 

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda orang hamil 3 hari, ia berkemungkinan dipengaruhi oleh perubahan hormon bulanan biasa.

Walau bagaimanapun, sekiranya gejala itu baharu atau jika ia berterusan melebihi masa anda biasanya mendapat haid, itu mungkin simptom kehamilan.

Biasanya doktor akan menyarankan menunggu sehingga haid terlewat 2-3 hari sebelum melakukan ujian kehamilan. Ini akan memastikan tahap hormon yang menunjukkan kehamilan positif cukup tinggi untuk diuji.

Kesimpulan

Jika belum ada rezeki, usah bersedih. Anda boleh menggunakan kalkulator kesuburan Hello Doktor untuk meramalkan tarikh ovulasi bagi kitaran seterusnya.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. Ziomkiewicz, A., Pawlowski, B., Ellison, P. T., Lipson, S. F., Thune, I., & Jasienska, G. (2012). Higher luteal progesterone is associated with low levels of premenstrual aggressive behavior and fatigue. Biological psychology, 91(3), 376–382. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22906865/#:, Accessed on Aug 25, 2022 
  2. Sokongan fasa luteal. http://www.myhealth.gov.my/sokongan-fasa-luteal/, Accessed on Aug 25, 2022
  3. Am I Pregnant? https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9709-pregnancy-am-i-pregnant, Accessed on Aug 25, 2022
  4. Symptoms of pregnancy: What happens first. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853, Accessed on Aug 25, 2022
  5. Early signs of pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/early-signs-of-pregnancy, Accessed on Aug 25, 2022
  6. Earliest signs and early symptoms of pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/early-pregnancy/early-signs-and-symptoms-pregnancy, Accessed on Aug 25, 2022
  7. Early pregnancy symptoms: 7 signs you could be pregnant. https://carafem.org/early-pregnancy-symptoms/, Accessed on Aug 25, 2022

Versi Terbaru

14/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Nak Kehamilan Sihat, Kena Tahu Bacaan BSP Yang Normal Untuk Ibu Mengandung!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan