backup og meta

Ini Yang Akan Berlaku Pada Janin Anda Sepanjang Minggu 1 hingga 12 Kehamilan

Ini Yang Akan Berlaku Pada Janin Anda Sepanjang Minggu 1 hingga 12 Kehamilan

Salah satu perkara yang membuatkan ibu hamil menjadi teruja ialah dengan mengetahui mengenai perkembangan kandungan. Kebanyakan ibu hamil pastinya mahu mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan mereka setiap minggu.

Bagi ibu hamil yang ingin mengetahui apa yang berlaku pada bayi mereka dalam trimester pertama, anda boleh lihat penerangan ringkas mengenai perkembangan janin minggu ke minggu dalam artikel kali ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Perkembangan kandungan: Minggu 1 & 2

Sebenarnya, pada minggu pertama dan kedua, anda belum lagi mengandung.

Persenyawaan hanya akan berlaku dalam tempoh dua minggu selepas kitaran haid terakhir anda bermula.

Jika anda mahu mengira tarikh jangkaan kelahiran bayi, anda boleh mengira tempoh 40 minggu daripada tarikh kitaran haid terakhir bermula.

Ini bermkana, tempoh kitaran haid terakhir itu dikira sebagai minggu pertama dan kedua kehamilan walaupun persenyawaan belum lagi berlaku pada waktu itu. 

[embed-health-tool-ovulation]

Perkembangan bayi dalam kandungan: Minggu 3

Pada minggu ketiga, persenyawaan akan berlaku di mana sperma lelaki dan telur wanita akan bertemu di tiub fallopio dan membentuk zigot.

Zigot biasanya mempunyai 46 kromosom di mana 23 berasal daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa.

Kromosom inilah yang akan menentukan jantina serta rupa bentuk bayi kelak.

Selepas disenyawakan, zigot ini akan pergi ke bahagian rahim daripada tiub fallopio.

Perkembangan kandungan: Minggu 4

perkembangan kandungan

Blastosista akan berlaku pada minggu keempat ini.

Blastosista adalah satu keadaan di mana bola sel membahagi dengan pantas dan melekat pada dinding rahim.

Proses ini dinamakan sebagai implantasi.

Ketika berlakunya blastosista, sel akan berubah menjadi embrio.

Bahagian luar sel akan membentuk plasenta yang menjadi pelindung kepada bayi anda sepanjang kehamilan berlangsung.

Perkembangan kandungan: Minggu 5

Pada minggu kelima kehamilan, hormon HCG yang dihasilkan oleh blastosista akan meningkat dengan cepat.

Ini kemudiannya memberikan isyarat kepada ovari untuk menghentikan pengeluaran telur dan menghasilkan lebih banyak hormon estrogen dan progesteron.

Peningkatan kedua-dua jenis hormon inilah yang menyebabkan kitaran haid anda terhenti yang sering menjadi tanda awal kehamilan

Perkembangan kandungan: Minggu 6

perkembangan bayi dalam kandungan

Pada minggu ini, perkembangan janin akan berlaku dengan pantas.

Selepas empat minggu tempoh persenyawaan, tiub saraf yang berada di sepanjang belakang janin akan mula tertutup.

Kemudian, bahagian otak dan saraf tunjang akan terbentuk daripada tiub saraf ini.

Selain itu, organ-organ lain janin juga akan mula terbentuk.

Degupan jantung juga akan mula berlaku pada waktu ini.

Struktur yang akan membentuk mata dan juga telinga akan mula wujud.

Janin anda akan mula terbentuk seperti huruf C. 

Perkembangan bayi dalam kandungan: Minggu 7

Jangan terkejut kerana pada masa ini, otak dan wajah bayi akan terus berkembang.

Struktur-struktur lain seperti lubang hidung dan retina mata juga akan mula terbentuk pada waktu ini.

Tunas anggota tubuh bahagian bawah yang akan membentuk kaki akan mula terhasil. 

Perkembangan kehamilan: Minggu 8

Pada minggu ke-8 ini, tunas anggota tubuh bawah akan mula membentuk seperti pengayuh atau pendayung.

Jari-jemari bayi juga akan mula terbentuk dengan lebih jelas.

Satu ketulan atau benjolan kecil akan mula terbentuk di kawasan tubuh di mana telinga akan terbentuk.

Selain itu, bahagian mata bayi juga akan mula terbentuk dengan lebih jelas.

Bahagian bibir atas dan juga hidung telah terbentuk manakala leher akan mula menjadi lebih lurus.

Pada minggu ini, perkembangan kandungan dan saiz bayi ialah sekitar 11 hingga 14 milimeter. 

Perkembangan bayi dalam kandungan: Minggu 9

perkembangan kandungan

Pada minggu kesembilan pula, bahagian lengan bayi akan mula berkembang dan siku mula jelas kelihatan.

Begitu juga dengan jari kaki serta kelopak mata.

Pada minggu kesembilan ini juga, kepala bayi mungkin akan kelihatan lebih besar daripada saiz tubuhnya.

Saiz bayi pula dianggarkan sekitar 16 hingga 18 milimeter iaitu sekitar saiz duit syiling 20 sen. 

Perkembangan kandungan: Minggu 10

Pada minggu kesepuluh, kepala bayi anda akan mula menjadi lebih bulat dengan sekata.

Siku bayi juga sudah mula boleh dibengkokkan pada fasa ini.

Jari tangan dan jari kaki pula akan mula terpisah antara satu sama lain dan menjadi lebih panjang.

Kelopak mata serta bahagian luar telinga masih lagi dalam proses perkembangan.

Tali pusat bayi yang bersambung dengan plasenta pula lebih jelas kelihatan pada masa ini.

Baca juga:

Perkembangan bayi dalam kandungan: Minggu 11

Pada minggu kesebelas, janin akan mula dikenali sebagai fetus.

Pada minggu ini, kemaluan bayi akan mula terbentuk sama ada menjadi kemaluan lelaki atau perempuan.

Selain itu, wajah bayi juga akan menjadi lebih lebar pada fasa ini.

Jarak antara mata juga menjadi semakin menjauh.

Tunas untuk pembentukan gigi juga sudah mula keluar. Sel darah merah pula sudah mula terbentuk dalam hati bayi.

Pada masa ini, saiz bayi adalah sekitar 50 milimeter atau 50 inci. Beratnya pula dianggarkan sekitar 8 gram. 

Perkembangan kehamilan: Minggu 12

Kini kandungan anda sudah masuk minggu ke-12.

Pada minggu ini, kuku bayi akan mula terbentuk pada jarinya.

Selain itu, wajah bayi akan mula berkembang dengan ciri yang lebih terperinci.

Pada masa ini, bayi anda berukuran sekitar 2 inci setengah dan mempunyai berat sekitar 14 gram. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fetal development: The 1st trimester. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/prenatal-care/art-20045302. Accessed on December 13, 2022.
  2. Stages of pregnancy. https://www.womenshealth.gov/pregnancy/youre-pregnant-now-what/stages-pregnancy. Accessed on December 13, 2022.
  3. How Your Fetus Grows During Pregnancy. https://www.acog.org/patient-resources/faqs/pregnancy/how-your-fetus-grows-during-pregnancy. Accessed on December 13, 2022.
  4. Fetal Development: Stages of Growth. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/7247-fetal-development-stages-of-growth. Accessed on December 13, 2022.
  5. Fetal development. https://medlineplus.gov/ency/article/002398.htm. Accessed on December 13, 2022.

Versi Terbaru

13/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Pertama Kali Hamil? Ini Senarai WAJIB Buat Masa Awal Kehamilan Trimester 1, Jangan Terlupa!

Dari Trimester 1 Hingga 3, Ini Perkembangan Janin & Ibu Hamil Yang WAJIB Diketahui


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan