backup og meta

Banyak Sangat Pantang Larang Ibu Hamil? Jangan Pening-pening! 3 Benda Ini BUKAN MITOS!

Banyak Sangat Pantang Larang Ibu Hamil? Jangan Pening-pening! 3 Benda Ini BUKAN MITOS!

Kepada wanita yang disahkan mengandung, tahniah! Dalam masa 9 bulan, jika tiada apa-apa kesulitan, anda akan bergelar ibu. Dalam menempuh tempoh kehamilan, pasti anda pernah terdengar pelbagai ura-ura yang berupa pantang larang ibu mengandung, kan?

Biasalah, apabila berbadan dua, jika tidak dijaga dengan baik, alamatnya teruklah tahap kesihatan si ibu kelak.

Kesihatan ibu akan mempengaruhi tahap tumbesaran si manja.

Maka, penting untuk mengetahui sama ada pantang larang ibu mengandung termasuk makanan ibu mengandung bercanggah dengan konsep sains (mitos) atau merupakan fakta yang telah terbukti oleh kajian.

Kita tidak mahu mengamalkan sesuatu pantang larang tanpa mengetahui sebab di sebaliknya, kan?

Baca artikel ini untuk tahu berkenaan dengan 3 pantang larang ibu mengandung termasuk makanan ibu mengandung yang telah terbukti oleh kajian sains.

Pantang larang ibu mengandung #1: Boleh ke pegang kucing sewaktu anda hamil? 

pantang larang ibu mengandung

Boleh, namun masa bersama dengan haiwan peliharaan tersebut perlu dipendekkan berikutan ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius.

Ini mungkin antara pantang larang ibu mengandung paling sukar diikuti tetapi ingat, kucing anda boleh menjadi sumber kepada mikroorganisma yang dikenali sebagai Toxoplasma gondhii.

Ia merupakan parasit yang boleh menyebabkan jangkitan toksoplasmosis melalui najis kucing, daging tidak dimasak dengan betul dan air tercemar.

Oleh sebab itulah, wanita mengandung tidak disarankan untuk membersihkan najis kucing. Mereka boleh dijangkiti dan kesannya boleh melarat kepada bayi di dalam kandungan.

Perkara yang lebih menakutkan adalah, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) kebanyakan individu yang dijangkiti dengan parasit ini tidak menunjukkan sebarang simptom.

Segelintir individu akan mengalami simptom seakan-akan selesema, bengkak kelenjar limfa dan sakit badan.

Kebanyakan bayi yang dijangkiti, lahir dalam keadaan bebas simptom namun mereka berisiko untuk mengalami gejala teruk kelak.

Antaranya kerosakan mata, otak dan organ lain serta terdedah kepada jangkitan mikroorganisma kesan daripada sistem pertahanan badan lemah.

Jika anda perlu menguruskan najis kucing dan tiada siapa boleh membantu, gunakan sarung tangan. 

Kafein, makanan ibu mengandung yang tidak boleh diambil?

pantang larang ibu mengandung

Jika anda merupakan peminum kopi tegar, ini mungkin berita buruk.

Kafein adalah bahan perlu dikurangkan pengambilannya berikutan ia merupakan sebahagian daripada pantang larang ibu mengandung yang seharusnya dituruti. 

American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) telah menyarankan pengambilan kafein tidak melebihi 200 mg sehari jika anda sedang hamil.

Bergantung kepada jenis minuman kopi (latte, mocha, americano), jumlahnya bersamaan dengan 1-2 cawan kopi sehari. 

Pengambilan minuman kopi melebihi had tersebut boleh melanggar pantang larang ibu mengandung seterusnya menyebabkan komplikasi kepada bayi yang dikandung.

Jika anda suka minum teh, berita buruk untuk anda juga. Minuman teh turut mengandungi kafein walaupun jumlahnya mungkin jauh lebih rendah berbanding dengan minuman kopi.

Menurut ACOG, anda dibenarkan untuk mengambil antara 2 hingga 4 cawan teh bergantung kepada jenisnya (teh halia, teh peppermint).

Kafein bukan sahaja terkandung di dalam minuman kopi dan teh. Ia juga terdapat dalam minuman soda dan minuman tenaga.

Berbanding dengan teh dan kopi, minuman soda dan minuman tenaga mempunyai jumlah gula yang tinggi. 

Leceh, kan? Oleh sebab itulah, jika boleh, jangan ambil sebarang minuman berkafein sepanjang tempoh kehamilan. Ia merupakan alternatif yang lebih selamat. Minum sahaja air kosong.

Jika anda masih ingin mengenakan secawan dua minuman berkafein, saranan pantang larang ibu mengandung ini wajar diambil serius.

Hal ini kerana, pengambilan minuman berkafein secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang, keguguran dan masalah bayi kurang berat badan semasa lahir.

Boleh ke buat prosedur pergigian semasa hamil?

pantang larang ibu mengandung

Perubahan hormon ketika tempoh kehamilan boleh menyebabkan gusi anda menjadi bengkak, berdarah dan mengalami iritasi kesan daripada makanan yang terperangkap pada celahan gigi.

Anda mungkin tertanya-tanya adakah rawatan gigi merupakan prosedur yang perlu dielakkan semasa hamil? 

Ia bukanlah satu bentuk pantang larang ibu mengandung yang definitif. Secara amnya, adalah lebih baik jika prosedur tersebut ditangguhkan sehingga selepas bersalin.

Namun buat sesetengah kes yang berisiko untuk menyebabkan jangkitan gusi, ia wajar dirawat dengan kadar segera. 

Para ibu kebiasaannya digalakkan untuk menjalani pemeriksaan dan prosedur pergigian pada trimester kedua fasa kehamilan.

Oleh sebab ubat tahan sakit dan antibiotik yang diberikan semasa rawatan tersebut berlangsung mempunyai keupayaan untuk menembusi dinding darah plasenta (blood-placenta barrier), kebanyakan ibu khuatir untuk melaksanakan prosedur gigi pada trimester pertama.

Setakat ini tiada bukti klinikal yang jelas menunjukkan bahawa terdapat kesan buruk yang dialami oleh wanita hamil yang mendapatkan rawatan pergigian pada trimester pertama.

Namun, bagi mengurangkan kerisauan si ibu dan jika prosedur pergigian tersebut bukanlah prosedur kecemasan, tidak salah untuk mereka menjalaninya pada trimester kedua.

Jika terdapat keperluan kepada wanita hamil untuk menjalani prosedur pergigian pada trimester ketiga, ia boleh dilakukan. Cuma si ibu mungkin akan merasa tidak selesa berbaring dengan perut yang membesar untuk satu tempoh masa lama.

Rawatan gigi elektif seperti pembersihan dan pemutihan gigi, sebaiknya ditangguhkan sehingga selepas bersalin bagi mengelakkan risiko kelahiran pramatang.

Konklusi

Jangan mudah percaya dengan ura-ura berkenaan dengan pantang larang ibu mengandung termasuk makanan ibu mengandung. Dapatkan pengesahan daripada pihak profesional.

Pastikan perkara yang anda ingin terapkan sepanjang pengalaman anda hamil tidak akan memberikan kemudaratan kepada anda ataupun bayi dalam kandungan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. CDC – Toxoplasmosis. (https://www.cdc.gov/parasites/toxoplasmosis/gen_info/faqs.html). Diakses pada 13 Januari 2020.
  2. Pregnancy and Dental Work. (https://americanpregnancy.org/is-it-safe/dental-work-and-pregnancy/). Diakses pada 13 Januari 2020.
  3. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/toxoplasmosis/symptoms-causes/syc-20356249
  4. https://kidshealth.org/en/parents/toxoplasmosis.html
  5. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/things-to-avoid-during-pregnancy
  6. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/common-myths-about-pregnancy
  7. https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/early-pregnancy/dos-and-donts-safer-pregnancy

Versi Terbaru

27/05/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 27/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan