Tekanan Darah Tinggi dan Kehamilan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Mempunyai tekanan darah tinggi – sama ada sebelum atau semasa kehamilan, memerlukan perhatian khusus kerana ia memberi kesan kepada kedua-dua ibu dan anak. Inilah antara apa yang anda perlu tahu mengenai keadaan ini.

Jenis keadaan darah tinggi yang berbeza semasa kehamilan

Beberapa kes tekanan darah tinggi yang ada mungkin terbentuk sebelum kehamilan. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes di mana keadaan ini berlaku semasa mengandung. Berikut adalah beberapa jenis tekanan darah tinggi:

  • Hipertensi semasa kehamilan: Wanita hamil biasanya mendapat keadaan ini kira-kira selepas 20 minggu kehamilan. Tiada tanda kerosakan organ atau protein berlebihan dalam air kencing dikesan. Wanita dengan hipertensi semasa kehamilan pastinya akan menyebabkan pra-eklampsia pada akhir kehamilan.
  • Hipertensi kronik: Ini adalah keadaan tekanan darah tinggi yang sudah wujud sebelum mengandung atau terhasil sebelum 20 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun, oleh kerana ia tidak menunjukkan simptom yang jelas, mungkin sukar untuk menentukan ketika mana ia sebenarnya bermula.
  • Hipertensi kronik dengan pertindihan bersama pra-eklampsia: Keadaan ini berlaku untuk wanita yang mengalami hipertensi kronik sebelum kehamilan yang kemudiannya akan memburukkan tekanan darah tinggi atau membentuk komplikasi lanjut semasa mengandung.
  • Pra-eklampsia: Ini adalah komplikasi kehamilan yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada organ lain. Ini boleh berlaku kepada wanita dengan hipertensi kronik atau hipertensi semasa kehamilan selepas 20 minggu kehamilan. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesan yang teruk kepada ibu dan anak.

Potensi risiko daripada tekanan darah tinggi semasa kehamilan

Terdapat banyak risiko yang dijangka bagi wanita hamil dengan tekanan darah tinggi, seperti:

  • Penurunan aliran darah ke plasenta: ini diterjemahkan kepada kurang oksigen dan bekalan nutrien kepada bayi, yang akhirnya mengakibatkan pertumbuhan yang perlahan, berat lahir rendah, bahkan juga kelahiran pramatang.
  • Gangguan plasenta: Ibu yang mengalami pra-eklampsia mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap keadaan ini. Gangguan yang teruk membawa kepada pendarahan yang berlebihan dan kerosakan pada plasenta, yang meletakkan risiko kepada kedua-dua hayat bayi dan ibu.
  • Kelahiran pramatang: Bersalin awal mungkin penting dalam beberapa kes untuk mengelakkan komplikasi yang membawa maut.
  • Penyakit kardiovaskular pada masa depan: Ibu yang mengalami pra-eklampsia mempunyai risiko penyakit kardiovaskular pada masa depan. Risiko boleh menjadi lebih tinggi jika ibu mengalami banyak pra-eklampsia atau kelahiran pramatang.

Penggunaan ubatan bagi tekanan darah tinggi semasa kehamilan

Rawatan hipertensi adalah penting untuk anda dan bayi anda memandangkan tekanan darah tinggi boleh menimbulkan komplikasi kesihatan yang serius. Walau bagaimanapun, ubat perlu diambil dengan berhati-hati semasa mengandung kerana mereka boleh mencecah dan menjejaskan bayi anda. Walaupun beberapa ubat untuk rawatan hipertensi dianggap selamat untuk wanita hamil, terdapat beberapa yang lain, seperti ubat perencat aktiviti enzim penukar angiotensin (ACE) dan ubat perencat reseptor angiotensin (ARB) harus dielakkan untuk wanita hamil. Anda mesti berunding dengan doktor anda mengenai penggunaan ubat. Patuhi arahan doktor anda dan jangan menghentikan pengambilan ubat atau mengubah dos tanpa kebenaran doktor.

Bersalin dan kelahiran

Doktor anda mungkin mengesyorkan untuk mengawalkan tarikh bersalin anda untuk mencegah komplikasi. Dalam sesetengah kes, pembedahan Caesarian mungkin diperlukan.

Perihal pasca kelahiran

Anda perlu memantau tekanan darah anda dengan kerap selepas bersalin. Sekiranya bacaannya adalah normal sebelum kehamilan, bacaan anda mungkin akan kembali normal selepas bersalin. Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa anda terdedah untuk mendapat tekanan darah tinggi bagi kehamilan seterusnya ataupun kemudiannya dalam kehidupan. Sekiranya bacaan anda tidak normal, anda mungkin mempunyai hipertensi kronik dan bukan hipertensi semasa kehamilan. Dalam kes ini, rawatan adalah penting untuk memastikan tekanan darah anda pada paras yang baik.

Penyusuan badan oleh ibu sangat disyorkan untuk kebanyakan wanita, walaupun bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan mengambil ubat. Walau bagaimanapun, berbincanglah dengan doktor supaya mereka boleh mengesyorkan dos yang selamat atau ubatan alternatif. Dalam sesetengah kes, doktor anda juga mungkin menasihatkan anda supaya tidak menyusu sejurus selepas anda mengambil ubat tersebut.

Mendapat tekanan darah tinggi semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius untuk anda dan bayi anda. Ambil langkah aktif untuk mengawal tekanan darah anda sekarang, dan berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang keadaan semasa anda bagi mendapatkan nasihat terbaik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Yang Ambil Pil Perancang Berisiko Alami KECUT OTAK? Ini Kesan Pada Mental Kaum Hawa!

    Ya, jangan terkejut dengan kenyataan di mana memang wujud kesan ambil pil perancang! Apakah ia? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kontrasepsi 03/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Ada Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Anda Patut Cuba Amalkan DIET Jenis Ini!

    Khas buat penderita tekanan darah tinggi, anda mungkin perlu mengamalkan diet DASH ini! Kenapa? Jom klik artikel untuk tahu tentangnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diet Sihat, Pemakanan Sihat 29/01/2021 . 3 minit bacaan

    Selain Muka, 4 Bahagian Tubuh Ini Juga Berisiko Jadi GELAP Ketika Hamil! Ini Cara Nak Rawat

    Kondisi kulit gelap ketika hamil sebenarnya adalah perkara yang normal. Namun tahukah anda di mana ia akan muncul lagi selain muka? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ada Cara Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi, Cuba 7 Herba Yang Diperakui Oleh Sains Ini

    Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan sejenis penyakit kronik yang lazim dialami oleh rakyat Malaysia. Jika tidak dirawat, ini yang terjadi..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Jantung, Tekanan Darah Tinggi 22/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya kencing manis

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
    cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

    Nak Tahu Cara Atasi Pedih Ulu Hati? Jom Cuba 6 Kaedah Ini, Barulah Lega!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
    apa itu gdm

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
    berapa hari selepas bersama boleh mengandung

    Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan