Persoalan bila boleh buka buku pink pastinya antara yang sering bermain di fikiran wanita yang pertama kali bergelar ibu, betul tak?
Jika anda salah seorang daripadanya, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kenapa kena buka buku pink?
Sebelum persoalan mengenai bila boleh buka buku pink atau buku pranatal terjawab, ayuh kita ketahui secara ringkas tujuan penggunaan buku ini.
Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.
Umumnya, seorang wanita yang sedang hamil memerlukan pengawasan, pemeriksaan rapi dan berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kesihatan yang baik. Ini kerana mereka akan banyak melalui perubahan pada badan serta fisiologi mereka.
Bukan sekadar itu sahaja, dalam masa yang sama kesihatan bayi dalam kandungan juga akan diperiksa.
Persoalannya, bila boleh buka buku pink?
Biasanya buku pink ini boleh dibuka sebaik sahaja ibu yakin bahawa dirinya hamil sehingga sebelum berakhirnya trimester pertama. Jika anda terlewat untuk membuat buku pink, anda akan dilabel sebagai ‘late booking’.
Bagaimana untuk yakin bahawa diri mengandung? Sudah tentulah dengan melakukan ujian menggunakan kit kehamilan di rumah.
Anda perlu mengenal pasti Klinik Kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal semasa.
Ataupun, anda mungkin boleh buat appointment buka buku pink atau buka buku pink online sahaja kini!
- Kad pengenalan diri
- Kad pengenalan pasangan
- Gambar ukuran passport anda dan pasangan
- Sijil nikah
- Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat
- Surat rujukan doktor atau klinik lain – jika ada
Bila boleh buka buku pink: Pemeriksaan pertama
Sebelum buku pink dibuka dan dikeluarkan oleh KKIA, terdapat prosedur pemeriksaan yang perlu bakal ibu jalani. Perlu diingatkan bahawa ia adalah proses yang agak memakan masa, jadi bersabar ya?
Mengukur tinggi & berat
Jururawat akan mengukur tinggi dan berat serta merekod kesihatan anda berdasarkan maklumat yang diperlukan – seperti kitaran haid, masalah serta sejarah perubatan lampau.
Tarikh jangkaan bersalin
Anda akan mengetahui tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang akan dikira berdasarkan tarikh hari pertama haid terakhir.
Ujian air kencing
Ujian ini perlu dilakukan bagi memeriksa kandungan protein dan gula dalam air kencing. Jika ini adalah kehamilan pertama, anda akan diberikan suntikan kancing gigi.
Bila boleh buka buku pink #Pemberian suplemen
Anda juga akan dibekalkan dengan vitamin pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi.
Ia merupakan makanan tambahan yang wajib diambil sekali sehari bagi menyokong tumbesaran janin.
Tarikh janji temu
Selepas selesai semuanya, tarikh janji temu seterusnya akan diberikan dan direkod di dalam buku pink untuk rujukan.
Bila boleh buka buku pink: Makna pelekat
Apabila mendapat buku pranatal ini, sudah tentu anda akan perasan pelekat berwarna yang ditampal pada bahagian atas bucu kanan buku.
Tetapi adakah anda tahu bila boleh buat buku pink berpelekat, kenapa dan apa maksud pelekat tersebut?
Untuk pengetahuan anda, setiap warna pelekat itu membawa maksud tahap kesihatan kehamilan, seperti:
Bila boleh buat buku pink: Pelekat Putih
Tidak berisiko dan boleh bersalin di mana-mana hospital termasuklah hospital daerah.
Bila boleh buat buku pink: Pelekat Hijau
Ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor di KKIA dan janji temu seterusnya bersama jururawat di bawah pengawasan doktor.
Pelekat ini biasanya diberikan untuk ibu hamil yang pertama kali mengandung (primid), mempunyai berat badan berlebihan, mengalami penyakit asma, sejarah kelahiran terdahulu melalui vakum dan lain-lain.
Kuning
Ibu hamil yang mendapat pelekat ini memerlukan pemantauan doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G).
Antara mereka yang berisiko untuk mendapat pelekat ini adalah ibu hamil dengan penyakit diabetes, darah tinggi, remaja hamil tanpa nikah dan lain-lain.
Merah
Mereka yang mendapat pelekat ini adalah ibu hamil berisiko tinggi dan memerlukan rujukan segera kepada pakar di hospital besar.
Antara keadaan yang berisiko tinggi adalah ibu hamil dengan penyakit jantung dan berlaku kontraksi pramatang.
[embed-health-tool-due-date]