home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Fakta Penting Tentang Kesuburan

5 Fakta Penting Tentang Kesuburan

Kesuburan adalah merupakan faktor yang sangat penting dalam kelangsungan sesuatu generasi. Ia juga menjadi salah satu faktor kepada kebahagian sesuatu hubungan dalam rumah tangga.

Mari lihat 5 fakta tentang kesuburan yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini.

1. Apakah itu ketidaksuburan?

Ketidaksuburan adalah kegagalan satu pasangan untuk memiliki anak. Dalam perubatan, doktor akan mengatakan anda tidak subur apabila gagal mendapatkan anak selepas setahun mencuba dengan hubungan seksual tanpa perlindungan secara berkala.

Jadi, jika anda baru 6 bulan berkahwin, jangan tergesa-gesa untuk berjumpa doktor. Masih terlalu awal untuk anda risau. Tunggu sekurang-kurangnya setahun sebelum mendapatkan bantuan perubatan.

2. Adakah ketidaksuburan hanya disebabkan oleh wanita?

Ini adalah mitos yang salah sama sekali. Perlu diingat bahawa ia bukanlah semata-mata masalah wanita, tetapi lelaki juga mungkin bertanggungjawab ke atas kegagalan mendapatkan anak. Malah, masalah dari lelaki menyumbang hampir separuh daripada punca ketidaksuburan.

Jangan hanya menyalahkan wanita dalam masalah ini, lelaki juga perlu menjalani ujian kesuburan.

3. Apakah punca ketidaksuburan?

Puncanya sangat banyak dan ia melibatkan lelaki dan wanita.

Bagi lelaki, punca utama adalah kualiti sperma yang rendah. Ia boleh disebabkan buah zakar terdedah kepada radiasi atau haba atau keadaan di mana saluran darah di skrotum kembang yang dinamakan sebagai varicocele.

Bagi wanita pula, puncanya lebih luas. Antara yang kerap berlaku ialah masalah fizikal pada rahim, saluran fallopian tersumbat disebabkan keradanagan atau ketumbuhan bukan kanser pada rahim yang disebut sebagai fibroid.

4. Apakah rawatan bagi ketidaksuburan?

Rawatan bergantung kepada puncanya. Dalam kebanyakan kes, punca sebenar tidak dapat dikesan dan doktor kebiasaannya akan meminta pasangan untuk tunggu dalam beberapa tempoh lagi sebelum pergi kepada rawatan yang lebih invasif. Kes seperti ini mungkin disebabkan oleh masalah teknikal seperti waktu hubungan seksual tidak tepat atau pasangan tinggal berjauhan.

Namun, jika puncanya dikenal pasti, rawatan akan diberikan berpandukan punca tersebut. Antara rawatan yang adalah adalah:

  • Permanian beradas (IUI). air mani lelaki akan dilepaskan menggunakan alatan tertentu ke dalam rahim wanita.
  • Kaedah bantuan pensenyawaan. Doktor akan mengambil ovum dari wanita untuk disenyawakan dengan sperma di luar badan. Selepas pensenyawaan berlaku, ia akan dimasukkan ke dalam rahim wanita.

5. Adakah umur menjejaskan kesuburan?

Umur terbukti menjejaskan kesuburan dan ia melibatkan kedua-dua lelaki dan wanita.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Women’s Health (22 Mei 2018). Infertility. Dimuat turun daripada https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/infertility.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 31/05/2018
x