Sebagai ibu bapa pasti berasa teruja jika mengetahui mengandung kembar. Bagaimana nak ketahui tanda hamil kembar? Ini penjelasannya.
Berita kehamilan
Tanda mengandung bagi setiap kehamilan adalah pengalaman indah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Kebanyakan individu menjangkakan akan diberitahu mengenai keadaan bayi mereka sewaktu janji temu ultrasound dengan doktor.
Jadi, bagaimana pula jika doktor memaklumkan mereka bakal memiliki bukannya satu, tetapi dua bayi – atau kembar!
Bagi segelintir ibu bapa, ia mungkin bukanlah berita yang mereka harapkan – disebabkan kekangan kewangan atau sebab-sebab lain, mungkin mereka hanya mahukan seorang.
Tetapi bagi kebanyakan ibu bapa, mereka mungkin akan berasa terkejut dan teruja dalam masa yang sama.
Mempunyai dua bayi pada masa yang sama memang sukar – dari proses kehamilan, kelahiran, dan membesarkan anak pastinya akan anda alami secara berganda.
Tetapi ini akan menjadi pengalaman yang sangat menakjubkan, bahkan adakala mempunyai anak kembar adalah lebih mengujakan anda suami isteri.
Ketahui ciri kembar
Sekiranya anda hamil anak kembar, anda mungkin akan mengalami tanda mengandung seperti berikut:
- Mual dan muntah-muntah yang awal dan berlebihan pada trimester pertama anda
- Pertambahan berat badan yang berlebihan
- Sakit belakang
- Saiz rahim lebih besar dari yang sepatutnya ketika tarikh kelahiran
- Berlaku pergerakan janin yang lebih banyak dari yang sepatutnya pada trimester kedua dan seterusnya
Apakah yang menyebabkan kehamilan anak kembar?
Anda berpotensi untuk mempunyai ciri hamil kembar sekiranya:
- Anda berusia 35 tahun ke atas
- Anda mempunyai keturunan Afrika
- Anda pernah hamil anak kembar sebelum ini
- Ahli keluarga sebelah ibu anda mempunyai anak kembar
Kemungkinan komplikasi kehamilan anak kembar
Komplikasi yang mungkin berlaku sekiranya anda mempunyai tanda mengandung bagi kehamilan anak kembar termasuklah:
- Pra-eklampsia dan tekanan darah tinggi
- Masalah plasenta seperti placenta abruption atau placenta previa
- Anemia
- Terlalu banyak air ketuban di dalam rahim (polyhydramnios)
- Jangkitan saluran air kencing (UTI)
- Kehilangan darah yang banyak selepas bersalin (postpartum hemorrhage)
- Perlu melakukan pembedahan caesarean (C-section)
Diagnosis ciri hamil kembar
Ujian ultrasound boleh dilakukan untuk memastikan anda mempunyai tanda mengandung anak kembar sekiranya rahim anda lebih besar daripada normal atau terdapat lebih daripada satu degupan jantung janin.
Ketika melakukan ujian ini, gelombang bunyi akan digunakan untuk memperlihatkan imej rahim dan bayi anda.
Penjagaan kehamilan anak kembar
Jika anda hamil anak kembar, anda disarankan untuk:
- Mengambil kalori bernutrisi, asid folik, zat besi dan kalsium secukupnya untuk perkembangan anda dan bayi
- Mengehadkan aktiviti fizikal anda selepas minggu ke-24 kehamilan atas nasihat doktor
- Berehat secukupnya terutama selepas minggu ke-24 kehamilan
- Atur jadual kerja dan aktiviti anda berdasarkan perkembangan kehamilan anda
- Berjumpa pakar perubatan dengan kerap bagi melihat perkembangan kehamilan anda pada setiap minggu
Selain itu, anda juga perlu mengelakkan perkara-perkara yang mampu memudaratkan kandungan seperti:
- Minum alkohol
- Merokok
- Mengambil kafein dalam kadar yang banyak
- Mengambil ubat-ubatan tanpa preskipsi doktor
- Terdedah kepada bahan kimia, produk kosmetik dan X-ray
- Terdedah kepada cuaca yang terlalu panas
Penjagaan diri harus diutamakan
Tidak kira anda mengandung kembar atau tidak, perkara paling utama adalah untuk menjaga aspek kesihatan diri ibu mengandung.
Jika boleh lakukan sedikit aktiviti fizikal secara berkala setiap hari dan menjaga pemakanan.
[embed-health-tool-due-date]