backup og meta

Seks selepas Bersalin: Berapa Lama Perlu Tunggu?

Seks selepas Bersalin: Berapa Lama Perlu Tunggu?

Antara persoalan yang sering bermain di fikiran bakal ibu adalah bila boleh bersama selepas bersalin, betul tak?

Selepas melahirkan anak, penjagaan bayi pasti membuatkan anda kerap berasa letih dan lesu. Apatah lagi, kini anda sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru.

Walau bagaimanapun, selain daripada menjaga bayi baru lahir, seks adalah bahagian yang paling penting dalam mana-mana ikatan perkahwinan. Ini penjelasannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Bila boleh bersama selepas bersalin? Fahami tempoh selamat

Setiap ibu yang baru sahaja melahirkan bayi disarankan untuk menunggu sehingga pendarahan selepas bersalin (juga dikenali sebagai lochia) berhenti.

Pendarahan ini selalunya berlangsung kira-kira tiga minggu selepas anda melahirkan bayi.

Ini adalah bagi memberi tempoh rahim sembuh selepas bersalin (atau dikenali sebagai uterus) dengan tempat plasenta keluar.

Hubungan seks yang dilakukan sebelum luka benar-benar sembuh boleh menjurus kepada jangkitan.

Baca juga:

Bilakah mood untuk melakukan seks akan muncul selepas saya bersalin?

Perkara ini berbeza untuk setiap individu tentang perasaan mereka untuk kembali melakukan hubungan seks.

Tidak ada norma, atau masa yang ditetapkan untuk anda mula kembali melakukan hubungan kelamin.

Perkara paling penting adalah untuk menunggu sehingga anda bersedia dari segi mental dan fizikal.

Sesetengah pasangan akan mula melakukan hubungan seks kembali dalam tempoh sebulan selepas wanita bersalin.

Walau bagaimanapun, separuh daripada golongan wanita selepas bersalin yang mendapat koyakan atau episiotomi akan menanti sehingga sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan seks.

Sebelum tempoh 3 bulan, lazimnya kebanyakan pasangan sudah kembali melakukan hubungan intim, sementara sesetengah yang lain akan menunggu sehingga tempoh enam bulan.

bila boleh bersama selepas bersalin

Jika anda dan pasangan anda mahu melakukan seks sebelum pemeriksaan postnatal iaitu pada kira-kira 6 minggu selepas bersalin, anda boleh mencuba jika mahu.

Sebaliknya, jika anda masih belum bersedia untuk melakukan seks, anda boleh bermula bermesra dengan cara berciuman dan menyentuh pasangan serta rapat secara fizikal.

Cuba lakukan perkara ini perlahan-lahan walaupun jika anda berasa letih kerana menjaga bayi baru lahir.

Bila boleh bersama selepas bersalin jika diri belum bersedia?

Berborak dengan pasangan dapat membantu anda berdua mengetahui perasaan masing-masing.

Walaupun pasangan anda mungkin akan terasa seperti ditolak jika anda masih belum bersedia untuk hubungan intim, namun anda tidak perlu tergesa-gesa untuk melakukannya hanya kerana ingin memuaskan pasangan anda.

Seks sepatutnya menyeronokkan untuk anda berdua.

bila boleh bersama selepas bersalin

Apakah perkara yang perlu saya perhatikan?

Jika anda kerap berasa sakit semasa melakukan hubungan seks, walaupun pasangan anda sudah berhati-hati dan lembut semasa ‘bersama’, bercakaplah dengan doktor anda tentang perkara ini.

Dalam sesetengah kes, koyakan atau episiotomi boleh membawa kepada ketidakselesaan jangka panjang. Walau bagaimanapun, pembedahan boleh meletakkan semuanya dengan selesa.

Untuk dapatkan lebih kepastian mengenai bila boleh bersama selepas bersalin, berundinglah dengan doktor.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sex after birth: 10 questions, answered by experts. http://www.netdoctor.co.uk/healthy-living/sexual-health/a9103/sex-after-giving-birth/, Accessed November 30, 2016.
  2. Sex after pregnancy: what you need to know. https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/postpartum/sex-after-pregnancy-what-you-need-to-know#, Accessed on May 26, 2023
  3. Sex after pregnancy: Set your own timeline. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/sex-after-pregnancy/art-20045669, Accessed on May 26, 2023
  4. Sex After Birth: How Long To Wait and What To Expect. https://health.clevelandclinic.org/sex-after-birth/, Accessed on May 26, 2023
  5. Sex After Birth. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/first-year-of-life/sex-after-birth/, Accessed on May 26, 2023

Versi Terbaru

29/05/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Nak Luka Bedah Cepat Sembuh? Ini 7 Makanan Berpantang Untuk Ibu Caesarean!

Ikut Cara Berpantang Selepas Keguguran Ini Jika Ibu Nak Cepat Hamil Kembali!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan