Umur Dah 35 Baru Rancang Nak Mengandung? Ini 7 Risiko Jika Hamil Lewat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 06/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Sejak tahun 1950, kehamilan lewat yang sering dikaitkan dengan peningkatan pada usia ibu mempunyai nilai umur yang berbeza. Ada kalanya 35 tahun digunakan sebagai nilai atas dan kadangkala, kehamilan lewat didefinisikan sebagai kehamilan yang berlaku selepas umur 40 tahun.

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2014 oleh Mathews and Hamilton, sejak tahun 1970, jumlah kehamilan pertama yang berlaku selepas usia 35 tahun semakin meningkat. 

Pada tahun 2016, kira-kira 15% kehamilan berlaku dalam kalangan ibu yang berusia 35 tahun ke atas di Amerika Syarikat. Ini merupakan peningkatan jumlah berbanding dengan tahun 2002 (pada kadar 11%).

Jadi mengapa perkara ini penting?

Kehamilan pada usia yang dianggap lanjut untuk para ibu boleh menyebabkan peningkatan risiko tertentu.

Artikel ini akan mengupas 7 risiko yang ibu perlu tahu sekiranya merancang untuk hamil pada usia 35 tahun dan ke atas.

ibu mengandung

1. Pada usia 35 tahun dan ke atas, peluang untuk ibu mengandung rendah

Dalam kitaran haid wanita, terdapat 6 hari di mana wanita mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil.

5 hari berlaku sebelum ovulasi manakala 1 hari lagi adalah semasa ovulasi berlaku.

Ovum hanya boleh hidup selama 24 jam manakala sperma pula boleh hidup selama 5 hari maksimum di dalam saluran reproduktif wanita.

Fakta ini sering digunakan oleh pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan seks tanpa menggunakan sebarang alat mencegah kehamilan dan dalam masa yang sama tidak ingin mempunyai anak.

Walaupun cara ini dikira tidak sempurna seperti apa yang ditunjukkan oleh kajian di Universiti Duke, tapi mereka yang berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang rendah untuk hamil.

Dalam kajian tersebut yang diterajui oleh David Dunson yang melibatkan 768 pasangan, sebanyak 433 pasangan hamil.

Mereka yang berusia 35 tahun ke atas mempunyai 25% peluang untuk hamil. Jika dibandingkan dengan mereka yang berusia 25 tahun, peluang ini boleh dianggap sangat rendah.

2. Hubungan seks seharusnya dilakukan 1-2 hari sebelum ovulasi

Kajian menunjukkan, mereka yang mengira waktu subur dan melakukan hubungan seks 1-2 hari sebelumnya mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk hamil.

Namun jika dibandingkan dengan mereka yang berusia 34 tahun dan ke bawah, peluang ibu mengandung bagi wanita berusia 35 tahun dan ke atas sangat rendah.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Boston yang melibatkan 2,820 pasangan telah menunjukkan 72% daripada jumlah subjek yang berusia 35 tahun ke atas hamil setelah setahun mencuba.

Mereka yang berusia 34 tahun ke bawah pula mempunyai kebarangkalian setinggi 87%.

Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian-kajian lain yang pernah dilakukan berkenaan dengan pemalar yang sama (masa melakukan hubungan seks dan kehamilan).

35 tahun

3. Sukar untuk ibu mengandung jika usia melebihi 35 tahun

Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Mohamed Hassan dan Stephen Killick pada tahun 2006 melibatkan 1,976 wanita, 72% subjek yang berusia 35 tahun ke atas hamil manakala bagi mereka yang berusia 25 tahun ke bawah, 90% daripada mereka hamil.

Secara puratanya mereka yang berusia 35 tahun ke atas hamil setelah 11 bulan mencuba.

Bagi mereka yang berusia 25 tahun ke bawah pula, mereka hanya perlu mencuba untuk 5-6 bulan.

Apa yang lebih menakutkan lagi adalah, pakar menjangkakan peratusan tersebut sebagai nilai yang lebih rendah daripada nilai sebenar.

Ini berikutan pengkaji utama hanya menemu ramah mereka yang sudah hamil, bukan mereka yang masih mencuba untuk hamil.

4. Setelah berusia 35 tahun ke atas, risiko keguguran meningkat sehingga 60%

Ada sebabnya kenapa mereka yang berusia 35 tahun dan ke atas dianggap sebagai kehamilan berisiko tinggi.

Kajian mengenai risiko keguguran pada ibu mengandung yang berusia 35 tahun ke atas dilakukan pada wanita yang menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilization (IVF).

Mungkin ada berpendapat bahawa dapatan tersebut tidak tepat. Walau bagaimanapun kajian yang hampir sama pada mereka yang subur menunjukkan dapatan yang serupa.

Bagi mereka yang menjalani rawatan IVF risiko keguguran meningkat setinggi 60% pada usia 45 tahun.

ibu mengandung

5. Mereka yang pernah melahirkan anak mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil kelak

Mereka yang pernah melahirkan anak pada usia muda kelihatan tidak mempunyai masalah kesuburan sehingga mereka mencapai usia 38 tahun.

Bagi mereka yang tidak pernah melahirkan anak pula, masalah ketidaksuburan kebiasaannya berlaku lebih awal, pada usia 33-34 tahun.

Terdapat dua sebab yang diberikan oleh pakar:

  • Kelahiran melaras semula tahap kesuburan wanita namun mekanisme di sebalik fenomena ini tidak diketahui
  • Fenomena bias pemilihan. Mereka yang pernah melahirkan anak adalah lebih subur berbanding mereka yang tidak melahirkan anak pada usia muda.

Hipotesis ini telah dibuktikan melalui kajian terhadap 2,820 yang telah dijalankan oleh Dr Kenneth J Rothman, Profesor Epidemiologi dari Universiti Boston.

6. Usia pasangan anda (suami) penting terutamanya jika mereka berusia 40 tahun dan ke atas

Perkara ini telah dibuktikan melalui kaji selidik yang dilakukan oleh Hassan dan Killick.

Wanita yang mempunyai pasangan berusia 45 tahun dan ke atas mempunyai purata masa 19 bulan untuk hamil. Bagi lelaki yang berusia 50 tahun pula, masa untuk wanita hamil berada pada purata 32 bulan, hampir dua kali ganda daripada mereka yang berusia 45 tahun!

Oleh sebab itulah kehamilan bukan satu perkara yang menjadi kesalahan wanita apabila ia tidak menjadi.

Boleh jadi, ada masalah dengan tahap kesuburan suami.

35 tahun

7. Gaya hidup penting bagi menentukan peluang ibu mengandung

Mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, merokok terutamanya, boleh memberikan kesan buruk kepada tahap kesuburan wanita.

Mereka yang merokok mempunyai risiko 2 kali ganda untuk tidak mempunyai anak selepas 5 tahun mencuba.

Begitu juga dengan rawatan kesuburan, pasangan yang menjalani rawatan IVF mempunyai risiko kegagalan yang tinggi sekiranya mempunyai tabiat merokok.

Mereka yang merokok mempunyai risiko keguguran 30% lebih tinggi berbanding dengan wanita lain pada usia yang sama.

Namun, kesan ini boleh dielakkan dengan cara berhenti merokok.

Konklusi

Jika anda ingin merancang kehamilan, pastikan anda mempertimbangkan sebaiknya berkenaan dengan usia hamil.

Lebih baik jika anda berbincang dengan pakar bagi mendapatkan nasihat perubatan dan pemeriksaan fizikal sekiranya perlu. 

Kehamilan pada usia 35 tahun ke atas mempunyai risiko tertentu namun itu tidak bermakna mereka yang mencecah usia tersebut tidak boleh mempunyai anak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan menjadi pilihan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat serta meningkatkan peluang untuk hamil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Anda mungkin pernah mendengar istilah 'jam biologi wanita' yang dikaitkan dengan telur wanita, tetapi apakah maksudnya dan pada usia berapa ia bermula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    libido wanita hamil

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    koyakan faraj

    Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit kepala ketika hamil

    Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit punggung ketika hamil

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan