Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Keputihan Tiba-Tiba Berubah? Mungkin Tanda Awal Hamil, Ini Cara Pastikan
Ramai wanita tidak mengetahui bahawa cecair putih keluar dari faraj tanda hamil. Dalam artikel ini kami akan kongsikan bagaimana untuk mengenal pasti keputihan biasa pada awal kehamilan. Adakah keputihan tanda hamil? Kenapa cecair putih keluar dari faraj?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Adakah keputihan tanda awal kehamilan?
Adakah keputihan tanda hamil? Kenapa cecair putih keluar dari faraj?
Keputihan adalah lendir normal yang keluar daripada faraj. Ia adalah istilah umum merangkumi sebarang cecair – selain darah haid atau air kencing – yang dirembeskan oleh faraj, sama ada yang sihat atau tidak.
Secara khususnya, keputihan yang dikeluarkan oleh serviks disebut sebagai lendir serviks (cervical mucus) – cecair jernih seperti gel. Ia dihasilkan sepanjang kitaran haid.
Kenapa cecair putih keluar dari faraj? Fahami keputihan sihat vs tidak sihat
Keputihan yang sihat biasanya nipis dan jernih atau putih susu dengan bau ringan yang tidak keterlaluan.
Pada awal kehamilan, anda mungkin akan mengalami peningkatan keputihan.
Ini kerana kehamilan menyebabkan badan mengalami peningkatan estrogen dan menghasilkan lebih banyak cecair serta meningkatkan aliran darah ke rahim dan faraj.
Sepanjang tempoh kehamilan, seorang wanita hamil akan terus mengalami peningkatan pengeluaran keputihan.
Jenis cecair keluar dari faraj tanda hamil
Tanda-tanda keputihan hamil adalah ia berwarna seakan putih susu. Jenis keputihan ini dikenali sebagai leukorea.
Walaupun istilah ini digunakan secara meluas semasa kehamilan, tetapi ia juga boleh hadir semasa anda tidak mengandung. Leukorea juga boleh digunakan untuk menggambarkan keputihan yang tidak normal.
Jumlah lendir serviks yang meningkat semasa kehamilan ini, secara perlahan-lahan akan bertukar menjadi palam lendir tebal (mucus plug). Ia berfungsi melindungi janin daripada jangkitan.
Walau bagaimanapun selain cecair putih keluar dari faraj tanda hamil, ia juga boleh menjadi petanda awal jangkitan buat bakal ibu.
Cecair tertentu boleh menyebabkan faraj berbau.
Kandidiasis adalah salah satu jangkitan paling biasa semasa mengandung. Ia lebih dikenali dengan panggilan jangkitan yis.
Jangkitan penyakit kelamin juga boleh mengakibatkan keputihan tidak normal dan ketidakselesaan faraj.
Sekiranya haid anda lewat beberapa hari, ujian kehamilan boleh mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.
Bergantung semata-mata pada cecair servis bukanlah cara yang tepat untuk menentukan diri hamil atau tidak.
Adakah loya tanda hamil? Ini simptom selain cecair putih keluar dari faraj tanda hamil
Tip penjagaan cecair putih keluar dari faraj tanda hamil
Ada wanita yang mungkin mengalami keputihan berlebihan semasa kehamilan.
Namun jika anda antara wanita yang mengalami pengeluaran lendir serviks yang banyak, berikut merupakan beberapa tip yang boleh diamalkan:
Penggunaan panty liner adalah selamat untuk mengawal keputihan dan memberikan keselesaan
Elakkan penggunaan tampon semasa hamil kerana ia mendedahkan faraj kepada kuman
Jangan meruang (douche) kerana ia boleh mengganggu keseimbangan normal bakteria baik dalam faraj
Jika ada perubahan melibatkan warna, bau atau tekstur keputihan tersebut, lakukan pemeriksaan doktor untuk merawatnya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Cervical Mucus. https://my.clevelandclinic.org/health/body/21957-cervical-mucus, Accessed on Feb 12, 2023
Pregnancy test. https://medlineplus.gov/lab-tests/pregnancy-test/, Accessed on Feb 12, 2023
Vaginal discharge in pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/vaginal-discharge/#close, Accessed on Feb 12, 2023
Vaginal discharge during pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/vaginal-discharge-during-pregnancy, Accessed on Feb 12, 2023
Vaginal Discharge During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/vaginal-discharge-during-pregnancy/, Accessed on Feb 12, 2023
Versi Terbaru
08/04/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim