backup og meta

Manfaat Madu Buat Ibu Hamil yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2020

    Manfaat Madu Buat Ibu Hamil yang Anda Perlu Tahu

    Umum mengetahui bahawa madu sememangnya merupakan “superfood’’ yang sangat bagus untuk tubuh badan manusia. Madu juga sebenarnya sangat bermanfaat jika ia diambil oleh ibu yang sedang hamil. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai manfaat madu buat ibu hamil dengan lebih lanjut.

    Adakah madu boleh diambil oleh ibu hamil?

    Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu jika ia selamat diambil oleh ibu hamil atau tidak. Ini ekoran ada pendapat yang mengatakan ia sebenarnya tidak selamat untuk mereka. Sebenarnya, ia adalah selamat untuk ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. Namun begitu, anda masih perlu berhati-hati kerana madu masih boleh mengandungi bakteria yang boleh mengakibatkan botulisme kepada bayi.

    Oleh itu, anda perlu lebih peka dan berhati-hati sebelum mengambil madu. Caranya, anda perlu memastikan bahawa madu tersebut telah melalui proses pempasteuran sama seperti susu. Proses ini dilakukan dengan memanaskan madu sehingga 161 darjah F untuk 15 hingga 30 saat dan kemudian disejukkan serta mata untuk membunuh bakteria yang terdapat dalam madu.

    Apakah manfaat madu buat ibu hamil?

    1. Meningkatkan sistem imun

    Antibakteria dan antioksidan yang terdapat dalam madu mampu meningkatkan sistem imun badan. Ia juga sangat membantu dalam merawat luka kemalangan atau kebakaran yang tidak serius dengan meneutralkan asid perut.

    2. Mengatasi imsomnia

    Sama seperti susu, madu juga dapat membantu memberikan hipnotik untuk mengatasi imsomnia. Caranya, hanya minum satu sudu madu sebelum waktu tidur dan lihat kesannya.

    3. Melegakan penyakit

    Madu mengandungi antivirus yang berupaya melawan virus penyebab kepada penyakit seperti demam dan batuk. Selain melawannya, ia juga dapat membantu merawat sakit tekak dan ulser mulut yang berlaku disebabkan jangkitan virus. Disebabkan ibu hamil adalah lebih lemah ketika hamil, mengambil madu merupakan salah satu cara untuk melindungi diri secara semula jadi.

    4. Memperbaiki kondisi kulit kepala

    Selain melawan penyakit, madu juga mampu membantu memperbaiki kondisi kulit kepala yang berminyak dan mempunyai masalah kelemumur. Caranya, hanya sapukan ia pada kulit kepala dan rambut kemudian bilaskan dengan air.

    5. Mengurangkan alahan

    Ibu yang sedang hamil pasti akan mengalami alahan yang spesifik seperti alahan debunga. Menurut kajian, madu mampu membantu ibu hamil mengurangkan alahan kerana ia juga mengandungi debunga. Jika diambil dengan kerap, tubuh badan akan menghasilkan imunisasi terhadapnya.

    Namun begitu, terdapat juga beberapa mudarat di sebalik manfaat madu yang telah disenaraikan. Anda perlu tahu bahawa mengambil madu semasa hamil mungkin akan mendatangkan kesan sampingan jangka masa panjang yang tidak disedari. Antaranya:

    • Mengganggu ritma jantung sama ada melajukan atau memperlahankannya
    • Memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah
    • Meningkatkan risiko botulisme kepada bayi dalam kandungan

    Oleh itu, anda sebagai ibu yang sedang hamil perlu lebih berhati-hati ketika mengambil madu. Paling penting, jika anda masih mahu mengambil madu pastikan ia adalah asli dan bukannya tiruan kerana yang tiruan mengandungi pelbagai bahan kimia yang mampu menjejaskan anda dan bayi dalam kandungan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan