home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Pita Kinesiologi dan Kehamilan: Ibu Hamil Memerlukan Sokongan

Pita Kinesiologi dan Kehamilan: Ibu Hamil Memerlukan Sokongan

Kehamilan merupakan fasa yang sangat berharga dalam kehidupan seorang wanita. Anda mungkin mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, yang mana anda memerlukan bantuan sokongan daripada beberapa jenis alat. Adakah anda pernah mendengar tentang pita kinesiologi? Ia tidak hanya digunakan oleh atlet profesional, tetapi juga untuk wanita hamil.

Masalah ketika mengandung

Semasa hamil, badan anda akan mengalami beberapa perubahan, sesetengahnya menyebabkan kerengsaan dan ketidakselesaan. Masalah yang sering terjadi ialah sakit belakang, ia terjadi apabila tulang punggung anda bertemu dengan tulang belakang. Rasa sakit datang daripada:

  • Pertambahan berat badan. Tulang belakang anda perlu menyokong berat badan yang bertambah, yang mana akan menyebabkan ketegangan
  • Perubahan postur. Pusat graviti anda beralih, dan otot di belakang badan perlu menarik bayi anda
  • Perubahan hormon. Tubuh anda melepaskan hormon dipanggil relaxin yang membuatkan ligamen yang menyokong tulang belakang anda menjadi longgar, menyebabkan kepada kurangnya kestabilan dan rasa sakit
  • Perpisahan otot. Lapisan otot-otot mungkin terpisah menyebabkan kesakitan bertambah teruk
  • Tekanan adalah masalah emosi tetapi ia boleh menyebabkan ketegangan pada otot. Anda mungkin berasa sakit semakin bertambah apabila emosi anda tertekan

Masalah lain yang jarang terjadi semasa hamil ialah pendarahan, rasa pitam, sakit kepala, kegatalan, loya dan rasa tidak sihat, mengantuk, atau bengkak pergelangan kaki dan jari.

Masalah ini boleh menjadikan tempoh kehamilan tidak menyeronokkan dan mengganggu anda dan bayi.

Pita kinesiologi dan kehamilan

Masalah yang sering terjadi semasa hamil ialah sakit belakang. Sakit belakang boleh membuatkan kita sukar untuk tidur malam, sedangkan tidur dapat membantu anda untuk relaks. Jadi anda mahu mendapatkan sedikit kelegaan dari kesakitan. Tetapi apa yang telan akan menjejaskan anak anda, anda mungkin mahu mengelak dari mengambil ubat tahan sakit dari kaunter mahupun dari doktor.

Pita kineosologi adalah rawatan yang berkesan yang memberi sokongan kepada kandungan ketika hamil. Pita kineosologi adalah sejenis pita bebas ubat yang diperbuat daripada kapas dan akrilik gred perubatan. Ia adalah selamat dan membantu dalam melegakan sakit belakang mahupun kaki. Apabila pita ini ditampal, ia akan beransur-ansur meninggikan kulit, mengurangkan cecair berlebihan, bengkak dan kekejangan, rasa lemah, menyediakan sokongan kepada kawasan abdomen.

Pita kineosologi adalah mudah dan selesa digunakan. Ia juga kalis air, jadi anda tidak perlu membukanya untuk mandi atau berenang.

Si ibu perlu diperhati

Anda perlu berbincang dengan doktor atau pakar terapi anda sebelum anda memilih untuk menggunakan pita kinesiologi. Juga maklumkan kepada mereka jika anda mengalami kulit sensitif atau masalah kulit yang lain. Dinasihatkan untuk anda menguji sedikit pita tersebut pada kulit anda sebelum menampal ia sepenuhnya. Apabila anda menggunakannya, pakar terapi anda akan memberi nasihat dan arahan tentang apa yang perlu dilakukan apabila anda mandi atau berenang, dan juga bagaimana mahu mengenakan pakaian.

Si ibu memerlukan sokongan pita kinesiologi mungkin sesuai digunakan. Ia adalah rawatan pilihan yang bebas ubat, selamat dan berkesan yang boleh membantu melegakan sakit dan ketidakselesaan semasa hamil. Anda boleh berbincang dengan pakar terapi anda tentang cara ini untuk maklumat lanjut.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Common health problems in pregnancy. http://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/pages/common-pregnancy-problems.aspx. Accessed January 16, 2017.

Back Pain in Pregnancy.

http://www.webmd.com/baby/guide/back-pain-in-pregnancy#1. Accessed January 16, 2017.

Kaplan Ş, Alpayci M, Karaman E, et al. Short-Term Effects of Kinesio Taping in Women with Pregnancy-Related Low Back Pain: A Randomized Controlled Clinical Trial. Medical Science Monitor : International Medical Journal of Experimental and Clinical Research. 2016;22:1297-1301. doi:10.12659/MSM.898353.

Kinesiology athletic tape. http://www.webmd.boots.com/fitness-exercise/guide/kinesiology-athletic-tape. Accessed January 16, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 26/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel