Bagi kebanyakan wanita, mabuk hamil adalah salah satu petanda pertama yang menunjukkan seseorang itu hamil. Muntah teruk semasa mengandung bukan sahaja akan membawa mudarat kepada ibu, ia juga mungkin mempunyai kesan negatif tersendiri terhadap anak dalam kandungan.
Walaupun digelar mabuk hamil atau bahasa Inggerisnya, morning sickness, namun lebih daripada separuh kes loya dan muntah teruk semasa mengandung tidak berlaku hanya pada waktu pagi.
Simptom-simptom ini selalunya terjadi pada awal kehamilan sehinggalah usia kandungan 14 minggu. Bagaimanapun, sesetengah wanita hamil mungkin mengalami muntah dan loya lebih lama daripada tempoh tersebut.
Bagi ibu hamil yang mengalami gejala ini, mereka mungkin akan berasa letih kerana perlu berulang-alik ke tandas banyak kali dan sukar untuk makan atau minum, sekali gus menyebabkan kesan negatif pada kesihatan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Mengapakah ibu muntah teruk semasa mengandung?
Apabila seseorang wanita hamil rasa loya dan muntah berlebihan, dia dianggap mempunyai hyperemesis gravidarum (HG). Disebabkan HG boleh menjurus kepada komplikasi kehamilan lain, jadi wanita hamil yang mengalami gejala seperti ini sering memerlukan rawatan hospital.
Berikut adalah tanda-tanda dan gejala lazim HG:
- Anda mengalami loya dan muntah teruk semasa mengandung. Kebanyakan wanita hamil boleh mengalami gejala ini sehingga 50 kali sehari.
- Tubuh anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Disebabkan muntah berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi, jadi jika anda minum kurang daripada 500 ml air sehari, kesihatan anda akan terjejas teruk.
- Anda berkemungkinan mendapat ketosis. Jika anda muntah berterusan, keton akan dihasilkan kerana lemak badan sudah terurai menggantikan glukos yang menyediakan tenaga. Ketosis adalah masalah kesihatan yang serius yang membentuk kimia asid dalam darah dan urin anda.
- Anda mengalami penurunan berat badan. Apabila mendapat muntah berlebihan, anda akan rasa sukar untuk makan atau minum. Jadi, anda akan kehilangan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan anda pada kadar normal.
Baca juga:
- Ujian Kehamilan Positif Tapi Tidak Hamil? Ini 7 Puncanya!
- Cari Cara Elak Morning Sickness? Ini Khasiat Durian Belanda Untuk Ibu Hamil
Sementara wanita hamil yang mengalami gejala loya dan muntah akan beransur pulih selepas usia kandungan 14 minggu, namun berbeza dengan mereka yang mengalami HG, yang akan merasai gejala ini lebih lama.
Beberapa simptom mungkin akan pulih dengan sendiri selepas minggu ke-20 tanpa rawatan. Bagaimanapun, wanita hamil dengan HG masih akan mengalami muntah berlebihan walaupun selepas bayi dilahirkan.
Anda mengalami mabuk hamil yang teruk? Kongsikan pengalaman anda di Komuniti Kehamilan Hello Doktor. Tukar pendapat dengan ibu lain dan dapatkan jawapan daripada pakar mengenai sebarang persoalan yang anda alami.
Bagaimana untuk merawat HG?
Untuk melegakan simptom HG, doktor anda akan mempreskripsi ubat yang sesuai untuk ibu hamil, walaupun ketika itu anda berada dalam trimester pertama. Perubatan ini termasuklah ubat anti-muntah atau ubat anti-sakit, steroid, vitamin B6 dan B12 atau gabungan perubatan tersebut.
Dalam kes yang lebih teruk di mana anda muntah teruk semasa mengandung, doktor anda perlu memeriksa keadaan anda lebih rapi sebelum memberikan rawatan yang betul untuk anda.
Anda mungkin akan diberikan suntikan terus cecair intravena ke dalam pembuluh darah anda. Ubat anti-sakit dalam bentuk suntikan juga akan diberikan untuk menghentikan muntah teruk.
Anda juga mungkin perlu mencuba beberapa jenis ubat sehinggalah doktor menemukan perubatan yang terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-ovulation]