Siapa Yang Patut Ambil Suntikan Kontraseptif? Ada 9 Golongan Yang Ditekankan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 06/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pada masa ini, anda mungkin merancang untuk tidak hamil.

Tetapi anda dan pasangan anda tidak menyukai kondom, pembedahan, atau alat kontraseptif yang diletakkan dalam badan.

Dalam keadaan ini, anda berdua boleh mempertimbangkan suntikan kontraseptif.

Walau bagaimanapun, sebelum mencuba kaedah kawalan kelahiran ini, baca artikel ini dengan untuk mendapatkan beberapa maklumat asas.

Apa itu suntikan perancang keluarga?

Suntikan kontraseptif, yang juga dikenali sebagai Depo, atau suntikan Medroxyprogesterone, mengandungi hormon progestogen versi sintetik.

Terdapat dua jenis suntikan kontraseptif: Depo-Provera dan Depo-Ralovera.

Bagaimana suntikan kontraseptif berfungsi?

Apabila ubat disuntik ke dalam badan anda, ia berfungsi seperti implan.

Anda boleh mendapatkan suntikan pada bila-bila masa sepanjang tempoh haid selagi mana doktor mengesahkan bahawa anda tidak hamil.

Kesan suntikan berlangsung daripada 12 hingga 14 minggu.

Suntikan kontraseptif berfungsi dengan:

  • Mencegah ovari anda daripada mengeluarkan telur setiap bulan (menghentikan ovulasi)
  • Menebalkan lendir pada pembukaan rahim untuk menghentikan sperma daripada melalui rahim untuk bertemu telur
  • Membuat lapisan rahim menjadi lebih nipis untuk mencegah implantasi telur yang disenyawakan

Jika anda mendapat suntikan semasa 5 hari pertama haid anda, ia boleh berfungsi dengan serta-merta dan anda boleh mencegah kehamilan dengan segera.

suntikan

Siapa yang boleh menggunakan suntikan kontraseptif?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengambil suntikan kontraseptif.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai keadaan berikut, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk anda:

  • Anda mengesyaki bahawa anda mengandung
  • Anda tidak mahu terlepas haid
  • Anda mengalami pendarahan selepas seks
  • Anda mempunyai penyakit jantung atau strok
  • Anda mempunyai darah bergumpal
  • Anda mempunyai penyakit hati
  • Anda mempunyai kanser payudara
  • Anda mempunyai diabetes dan sedang mengalami komplikasi
  • Anda mempunyai risiko osteoporosis yang lebih tinggi

Bagaimana anda boleh mendapatkan suntikan?

Suntikan diberikan ke bahagian punggung atau lengan atas. Anda perlu disuntik setiap 3 bulan.

Apakah kelebihan suntikan perancang keluarga?

Suntikan kontraseptif mempunyai beberapa kelebihan, termasuklah:

  • Cara ini sangat berkesan
  • Cara ini mudah dengan satu suntikan berkesan selama 3 bulan
  • Suntikan kontraseptif selamat semasa menyusu badan
  • Ia tidak terjejas oleh ubat-ubatan lain
  • Ia boleh membantu anda mencegah haid. Sesetengah wanita menyukai ciri ini
  • Ia berguna jika anda sukar mengingati untuk mengambil pil kontraseptif setiap hari
  • Ia boleh membantu menghalang kanser rahim tertentu dan penyakit pelvis
  • Ia boleh membantu merawat beberapa masalah dengan haid anda
  • Ini tidak menjejaskan kehidupan seks anda

suntikan perancang keluarga

Apakah risiko kesan sampingan yang mungkin berlaku?

Walaupun kaedah ini selamat, kesan sampingan mungkin berlaku:

  • Ia boleh menyebabkan penyusutan tulang jika anda menggunakan kaedah ini untuk tempoh yang lama
  • Oleh itu, tulang anda lebih cenderung untuk rapuh pada satu ketika dalam hidup anda
  • Ia boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur
  • Anda mungkin mengalami simptom yang tidak menyenangkan seperti sakit kepala dan jerawat
  • Berat badan anda boleh mungkin meningkat
  • Anda sering merasa gugup
  • Anda merasa tidak selesa pada perut

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

Ramai yang fikir kita boleh ambil pil morning after tanpa had. Persoalannya, berapa kali boleh ambil pil perancang kecemasan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

Selain pengambilan pil perancang keluarga, anda dan pasangan juga boleh menggunakan metode NFP untuk merancang keluarga. Sila baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 02/07/2020 . 4 minit bacaan

Alah Kepada Kondom Getah? Cuba Guna Kondom Plastik! Ada Kelebihan Menarik MESTI TAHU

Kondom adalah kaedah kontraseptif yang paling popular dan efektif namun ada yang alah kepadanya. Apa kelebihan kondom plastik berbanding kondom getah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/06/2020 . 3 minit bacaan

Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

Ada isteri yang akan mengadu sakit ketika melakukan seks dengan kondom. Apa sebabnya? Apa yang suami perlu buat? Klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pil perancang

Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
masalah senggugut

Kaum Hawa Jangan Buat Main Jika Sakit Datang Bulan! Senggugut Boleh Jejas Sistem Peranakan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
saiz payudara

Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
kaedah perancang keluarga

Cara Mudah Rancang Keluarga- Tampal Perancang Patch, Tapi Bukan Semua Wanita Boleh Pakai Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan