Emosi bercampur menunggu hari untuk melahirkan anak? Pernah dengar tak, ada orang kata cara cepat bersalin 39 minggu adalah dengan melakukan seks, namun benarkah?
Setiap kali berbicara tentang seks ketika hamil, sudah pasti akan timbul pelbagai perkara yang merisaukan dan menakjubkan dalam masa yang sama.
Tidak kurang juga yang percaya bahawa seks semasa trimester ketiga akan mudahkan bersalin kelak.
Adakah ia merupakan fakta atau mitos? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Selamatkah seks ketika hamil trimester ketiga?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara penting ini terlebih dahulu.
Jawapannya adalah ya, seks semasa hamil trimester ketiga adalah selamat dan normal untuk anda dan pasangan.
Hakikatnya bukan sahaja semasa trimester terakhir, malah suami isteri boleh bersenggama sepanjang kehamilan.
Pun begitu, ada beberapa keadaan yang memerlukan kalian berhenti seketika daripada melakukan segala aktiviti seksual di ranjang termasuklah:
- Pendarahan pada faraj – Jika faraj keluar darah sebelum, semasa atau selepas seks, berhenti lakukannya dan berjumpa doktor segera
- Air ketuban telah pecah – Ini adalah ketika seks dilarang sama sekali kerana kandungan tidak lagi dilindungi oleh air ketuban
- Uri berada di bawah – Ibu dengan kondisi yang dinamakan sebagai plasenta previa ini perlu menjauhi seks sama sekali untuk mengelakkan isu yang lebih serius
- Hamil anak kembar – Pakar menyarankan anda untuk elak seks jika mengandung anak kembar kerana mereka cenderung lahir lebih awal
- Pernah mengandung bayi pramatang – Ini kerana hormon yang dirembeskan semasa akhir trimester boleh mengakibatkan ia berulang kembali
“Seks ketika hamil ini adalah selamat jika wanita tersebut tidak mempunyai sebarang komplikasi kehamilan”, jelas Dayna Salasche, Profesor Obstetrik dan Ginekologi dari Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat.
[embed-health-tool-due-date]
Benarkah seks adalah cara cepat bersalin 39 minggu?
Ini adalah satu kepercayaan yang sering sahaja berlegar dan bermain di dalam fikiran ramai individu termasuklah masyarakat kita juga.
Persoalannya, adakah benar seks merupakan salah satu dari cara cepat bersalin 39 minggu (trimester ketiga atau terakhir kehamilan)?
Menurut Terry Harper, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari University of Colorado Hospital, Amerika Syarikat, seks ketika hamil bukan sahaja dibolehkan malah turut digalakkan.
Ini kerana seks dipercayai akan merembeskan prostaglandins dalam tubuh badan – hormon yang digunakan sebagai ubatan untuk mendorong kelahiran bayi ketika proses bersalin.
Kenyataan ini juga telah disokong oleh Elizabeth Stein, jururawat kebidanan terlatih dari Amerika Syarikat, yang mengatakan seks adalah idea baik untuk mempercepatkan kelahiran.
Pun begitu, mereka berdua sepakat menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dipastikan terlebih dahulu seperti yang kami utarakan di atas tadi.
Dalam erti kata yang lebih mudah, seks mungkin merupakan antara cara cepat bersalin 39 minggu namun kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar pasti tentangnya.
Wujudkah petua lain sebagai cara cepat bersalin 39 minggu?
Ya, mungkin ada dan antara petua cepat melahirkan anak yang paling popular di seluruh dunia adalah menggunakan rawatan akupuntur.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan University of North Carolina di Amerika Syarikat, wanita yang menjalani rawatan ini berpeluang untuk melahirkan bayi lebih awal.
Dalam pada itu juga, bakal ibu yang menjalani rawatan akupuntur juga didapati lebih berpeluang untuk bersalin secara normal (39%) berbanding kaedah caesarean (17%).
- Berjalan jauh
- Mengambil makanan pedas
- Minyak castor
- Cohosh hitam
- Evening Primrose Oil (EPO)
Namun kesemua cara ini termasuklah akupuntur dan seks masih perlu kajian lanjutan untuk benar-benar memastikan kesahihannya.
‘Induce’ di hospital adalah jalan terbaik!
Daripada kalian terlalu sibuk memikirkan cara cepat bersalin 39 minggu, adalah lebih baik untuk anda merujuk kepada pakar sahaja.
Ini kerana mereka boleh memberikan kalian ubatan prostaglandins untuk memulakan kontraksi.
Jika masih kurang efektif, ubatan pitocin pula akan digunakan juga untuk memulakan kontraksi.
Mungkin ada yang tanya mengapa kesemua cara ini diperlukan? Bukankah lebih bagus jika kita tunggu sahaja untuk bersalin pada sekian waktu?
Ya, memang benar tapi kalian juga harus tahu bahawa ia sangat penting jika mempercepatkan kelahiran yang tertunda agar tidak berlaku sebarang komplikasi tidak diingini.