backup og meta

Perubahan Rutin Tidur semasa Mengandung

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    Perubahan Rutin Tidur semasa Mengandung

    Kehamilan boleh jadi tempoh yang memenatkan memandangkan anda akan mengalami pelbagai jenis perubahan pada tubuh, termasuklah ketidakselesaan fizikal dan tekanan emosi. Walau bagaimanapun, dalam tempoh jangka panjang, ini akan menjejaskan rutin tidur anda dan menyebabkan masalah tidur.

    Rutin tidur semasa trimester pertama

    Pada tempoh ini, anda akan berhadapan dengan banyak masalah seperti loya, pedih hulu hati, dan kekerapan urin meningkat. Tahap progesteron yang tinggi – hormon yang membantu mengawal kitaran reproduktif seseorang wanita, membuatkan anda berasa lali (mengantuk) dan akan membuatkan anda rasa sering ingin meridap (tidur siang). Selain itu, hormon ini juga boleh membuatkan hari normal anda seperti hari maraton, terutama apabila anda rasa amat letih dan tidak mahu melakukan apa-apa.

    Di samping itu, anda akan dapati sukar untuk tidur dengan selesa kerana rasa sakit pada payudara anda. Oleh itu, cuba latih diri anda untuk tidur mengiring di sebelah kiri untuk menggalakkan aliran darah dan nutrien ke uterus dan janin anda. Alasan lain adalah anda akan cenderung untuk kencing dengan lebih kerap berbanding normal. Ini kerana uterus yang sedang membesar akan meletakkan tekanan pada pundi kencing anda. Bagi menanganinya, elakkan daripada minum banyak air pada lewat petang atau malam sebelum tidur. Apa yang perlu anda lakukan semasa trimester pertama adalah untuk berehat sebanyak mungkin.

    Tidur semasa trimester kedua

    Semasa trimester kedua, anda akan rasa lebih baik berbanding dengan semasa trimester pertama. Rutin tidur anda akan lebih meningkat kerana tahap hormon kini meningkat sedikit. Jadi, anda boleh mula mewujudkan tabiat tidur baru, termasuklah melakukan urutan sebelum masuk tidur, menetapkan jadual tidur yang tetap atau mengelakkan beberapa barang teknologi (seperti televisyen, laptop, dll) jauh daripada bilik tidur anda.

    Selain itu, anda juga boleh bertanyakan kepada doktor anda untuk cadangan senaman yang boleh dilakukan oleh wanita mengandung bagi membantu anda tidur lebih lena. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang anda akan hadapi semasa tempoh ini. Ini termasuklah kejang kaki, berdengkur, pedih hulu hati, dan apnea tidur. Berjumpa dengan doktor jika anda rasa simptom-simptom ini mengganggu rutin tidur anda. Doktor mungkin akan menyarankan beberapa rawatan yang selamat semasa kehamilan.

    Tidur semasa trimester ketiga

    Semasa trimester terakhir ini, wanita hamil akan mempunyai lebih masalah untuk tidur berbanding dengan trimester pertama dan kedua. Anda akan mengalami kurang tidur lena di malam hari dan selalunya akan terjaga pada awal pagi. Dan, saiz perut anda juga akan meningkat dan janin semakin membesar dan lebih aktif. Berbanding baring menelentang semasa tidur, yang boleh menjejaskan saraf dalam spina dan vena utama, doktor mengesyorkan bahawa wanita mengandung perlu tidur mengiring ke sebelah kiri dengan bantal diletakkan atau dikapit di antara dua kaki, di bawah perut, dan juga di belakang badan. Sesetengah ibu hamil mungkin akan mengalami pedih hulu hati, urin meningkat, berdengkur, kejang kaki, atau juga sindrom kaki gelisah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan