Bila dah nak dekat dengan Ramadan, topik penyusuan bayi pasti akan berlegar di dalam fikiran ibu kerana risaukan keadaan anak. “Cukup ke susu untuk anak aku ni? ” Anda jangan risau, puasa tidak akan menjejaskan kandungan air susu ibu asalkan mengikut teknik penyusuan ibu berpuasa dengan betul.
Kilang susu berperanan menghasilkan air susu ibu mengikut keadaan ibu. Maka, penyusuan bayi dapat diberikan dalam keadaan baik dan memuaskan.
Bila si ibu puasa, hormon prolaktin dan hormon oksitosin masih bekerja seperti biasa dan menyamaratakan kandungan susu ibu ketika ibu itu berpuasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang perlu anda tahu bagi meneruskan penyusuan bayi sepanjang Ramadan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Tip puasa bagi ibu menyusu
Tip penyusuan bayi #1. Makan 3 kali sehari
Ibu menyusu sebaiknya makan 3 kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan selepas tarawih dengan komposisi nutrisi terdiri daripada 20% lemak, 30% protein, dan 50% karbohidrat.
Hal ini kerana, ibu menyusu memerlukan tambahan kalori kira-kira 700 kalori sehari yang mana 500 kalori daripada sumber makanan dan 200 kalori daripada lemak tubuh untuk penyusuan eksklusif kepada si manja anda.
Sediakan buah-buahan dan sayuran ketika berbuka dan sahur bagi mendapatkan pemakanan yang seimbang seperti makanan mengandungi protein, vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi penting untuk tubuh.
Antaranya, buah kurma, buah avokado, buah betik, sayuran hijau seperti bayam, sawi dan brokoli.
Tip penyusuan bayi #2. Banyakkan minum air
Si ibu jugak digalakkan untuk minum air yang diperbuat daripada jus buah dan susu. Tidak semestinya anda hanya boleh minum air masak saja. Pastikan anda minum segelas susu semasa sahur boleh mengurangkan risiko anemia bagi ibu hamil dan menyusu.
Antara cara lain, anda boleh buat air susu kurma ataupun minum milk booster agar penyusuan eksklusif dapat diteruskan.
Tip penyusuan bayi #3. Rehat yang mencukupi
Menyusukan bayi ketika puasa boleh menyebabkan keletihan. Si ibu seharusnya membuat jadual rehat khusus supaya tubuh tidak berasa lemas dan lesu. Dari sini anda boleh dapatkantidur dan rehat buat seketika. Ini kerana rehat yang mencukupi membantu pengeluaran susu ibu baik dan lancar.
Dikesempatan ini, anda boleh gunakan masa yang ada untuk menguruskan diri seperti syampoo dan mandi menggunakan wangian yang wangi, menukar pakaian yang selesa dan mempersiapkan diri sebelum meneruskan tugas anda sebagai ibu!
Tip penyusuan bayi #4. Makan kurma dan madu
Kurma sangat sinonim pada bulan puasa. Bagi ibu menyusu berpuasa, pengambilan kurma dan madu membantu menjaga kuantiti dan kualiti susu ibu kerana ia adalah vitamin semula jadi yang lengkap dan milkbooster.
Jus kurma juga baik untuk ibu menyusu kerana ia pemanis semula jadi dan sangat mudah dicerna yang boleh mengembalikan tenaga pada tubuh.
Tip penyusuan bayi #5. Teruskan mengepam atau memerah susu
Pengeluaran susu ibu pada waktu siang mungkin berkurang. Oleh itu, anda perlu memanfaatkan waktu malam untuk mengepam atau memerah susu semaksimum yang mungkin kerana ia boleh dijadikan stok pada waktu siang.
Oleh itu, anda digalakkan untuk belajar memerah susu dan ketahui cara untuk menyimpannya dengan betul agar tidak terbazir.
Bagaimanapun, sekiranya puasa boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu menyusu atau bayi, sebaiknya ibu tidak meneruskan puasa. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.

Kesimpulan
Semoga artikel ini bermanfaat untuk digunakan dan selamat menyusu ya para ibu! Diharapkan anda tidak berputus asa dan kekal semangat untuk menyusukan bayi anda.
[embed-health-tool-ovulation]