Setiap wanita pasti akan berasa bimbang mengenai keadaan faraj selepas melahirkan anak. Bertenang, Hello Doktor akan kongsikan cara mengetatkan faraj selepas bersalin untuk diamalkan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Bagaimana keadaan faraj selepas bersalin?
Tidak dinafikan ramai wanita mempunyai kebimbangan mengenai keadaan faraj yang longgar selepas kelahiran bayi.
Bahkan keadaan tersebut menyebabkan ramai bakal ibu memilih kelahiran secara pembedahan bagi mengelakkan terjadinya masalah miss V longgar.
Tetapi benarkan faraj akan longgar selepas beranak?
Miss V mungkin kelihatan lebih lebar berbanding sebelum anda hamil. Ia boleh terasa lebih longgar, lebih lembut dan lebih terbuka. Malah anda mungkin melihatnya seperti bengkak atau lebam.
Ia perkara biasa. Pembengkakan dan keterbukaan ini akan mula berkurang beberapa hari selepas bayi dilahirkan.
Yang pastinya faraj anda tidak akan kembali sepenuhnya kepada bentuk sebelum bersalin. Tetapi ia bukanlah 1 masalah besar.
Umumnya, faraj anda sememangnya akan berubah seiring peredaran masa disebabkan beranak dan pertambahan usia.
Jika kekerapan anda bersalin secara normal lebih kerap, otot faraj akan cenderung kehilangan sedikit keanjalan.
Namun, penuaan boleh menyebabkan faraj sedikit meregang, tidak kira sama ada anda mempunyai anak atau tidak.
Sekiranya berasa tidak selesa dengan keadaan ini, terdapat senaman untuk menguatkan otot lantai faraj sebelum, semasa dan selepas kehamilan.
Jom ketahui cara ketatkan faraj selepas bersalin melalui kaedah mudah ini.
Cara mengetatkan faraj selepas bersalin
Apabila otot lantai pelvis kuat, organ akan disokong dengan baik dan kukuh di tempatnya.
Bahagian tersebut biasanya kuat ketika masih muda dan akan menjadi lebih lemah apabila kerap beranak serta semakin berusia.
Apa yang boleh anda lakukan:
1. Elakkan tekanan
Menjaga lantai pelvis agar kekal kuat amat mudah jika anda dapat mengawal tekanan. Berikut amalan pencegahan stres yang boleh dicuba:
Pemakanan seimbang
Amalkan pemakanan sihat tinggi serat untuk merendahkan kecenderungan sembelit.
Squat
Sebaiknya mencangkung semasa melakukan pergerakan usus.
Anda boleh melakukan ini dengan meletakkan kerusi kecil pada tandas duduk anda untuk membantu membengkokkan lutut.
Kedudukan mencangkung ini juga membolehkan otot yang mengawal kawalan usus – puborectalis – berehat sepenuhnya.
Apabila lutut dalam keadaan 90°, otot akan terlibat secara separa. Berada dalam posisi squatting ini dapat meminimumkan ketegangan.
Cara mengangkat barang
Belajar dan amalkan cara untuk mengangkat barang dengan betul.
Berat badan
Mengekalkan berat badan seimbang juga membantu dalam merendahkan tekanan sekali gus mengurangkan kesan perubahan miss V selepas beranak.
Baca juga: