backup og meta

Normal Ke Faraj Berbau Ikan Busuk Selepas Bersalin? Ini Puncanya!

Normal Ke Faraj Berbau Ikan Busuk Selepas Bersalin? Ini Puncanya!

Masalah bau faraj selepas melahirkan anak adalah normal. Namun jika faraj berbau ikan busuk selepas bersalin, terdapat kemungkinan ia disebabkan jangkitan.

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Faraj berbau ikan busuk selepas bersalin, normal ke?

Sejujurnya, bau yang pelik atau kurang menyenangkan adalah perkara biasa selepas melahirkan anak. Ia bukan sahaja melibatkan bahagian kewanitaan anda, tetapi juga bau badan yang berbeza.

Semasa tempoh selepas bersalin, bau faraj anda berubah disebabkan beberapa faktor seperti pendarahan, kelembapan dan perubahan pada keseimbangan pH.

Sejurus selepas beranak, rahim akan melalui proses pembersihan kendiri. Proses pembersihan ini melibatkan rembesan lelehan darah yang dipanggil lochia atau darah nifas. Darah ini biasanya akan berlanjutan antara 2-6 minggu selepas kelahiran bayi.

Lochia mempunyai bau yang tersendiri. Kebanyakan individu menggambarkannya sebagai bau tanah atau logam. Pun begitu, sekiranya bau yang dialami itu kuat, ia boleh menjadi tanda jangkitan. 

faraj berbau ikan busuk selepas bersalin

Jika selepas pendarahan berakhir dan anda masih mengalami bau yang kuat dan tidak menyenangkan daripada alat sulit, lakukan pemeriksaan doktor segera untuk memastikan ia bukanlah jangkitan.

Endometritis selepas melahirkan anak

Postpartum endometritis adalah jangkitan pada lapisan rahim yang boleh berlaku kepada ibu selepas bayi dilahirkan.

Umumnya, postpartum bermaksud selepas bersalin, endometrium adalah lapisan dalam rahim, manakala endometritis merujuk kepada lapisan tersebut yang membengkak dan meradang.

Keadaan itu biasanya berpunca daripada satu atau lebih bakteria/ kuman yang masuk ke dalam rahim semasa proses bersalin

Sebarang bakteria boleh menyebabkan berlakunya endometritis selepas beranak. Walau bagaimanapun, penyebab paling biasa adalah Group B Streptococcus dan staphylococcus (staph).

Jangkitan ini boleh berlaku pada bila-bila masa sehingga tempoh 6 minggu selepas bayi dilahirkan dan ia paling biasa terjadi antara hari ke-2 dan ke-10.

Risiko mengalami masalah faraj berbau ikan busuk selepas bersalin 

Masalah endometritis selepas beranak ini berlaku dalam 1-3 daripada setiap 100 wanita yang bersalin normal (faraj) dan ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang menjalani pembedahan czer.

Faktor lain yang mungkin menyebabkan jangkitan endometritis selepas melahirkan anak adalah:

Tempoh kelahiran panjang

faraj berbau ikan busuk selepas bersalin

Proses bersalin panjang adalah di mana tempoh masa yang lama berlaku antara fasa membran janin pecah dan kelahiran bayi, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan.

[embed-health-tool-due-date]

Jangkitan pada ibu punca faraj berbau ikan busuk selepas bersalin

Jika ibu mengalami jangkitan semasa mengandung atau mempunyai jangkitan aktif ketika bersalin, mereka lebih berkemungkinan mendapat endometritis.

Antara contoh jangkitan adalah:

  • Sejarah silam penyakit radang pelvis (PID)
  • Vaginosis bakteria (BV)
  • Jangkitan dengan Group B streptococcus
  • HIV
Pemeriksaan dalaman

Sekiranya doktor atau jururawat melakukan banyak pemeriksaan dalaman semasa proses kelahiran bayi, ia secara tidak langsung meningkatkan risiko bakteria masuk ke dalam rahim dan berkembang menjadi endometritis selepas bersalin nanti.

Punca lain seperti:

  • Cecair ketuban dicemari dengan najis daripada bayi (meconium)
  • Kesukaran mengeluarkan plasenta selepas bersalin
  • Ibu obesiti 
  • Ibu alami diabetes
  • Ibu alami anemia
  • Proses beranak dalam persekitaran tidak bersih

Baca juga:

Selain faraj berbau ikan busuk selepas bersalin, ini gejala lain endometritis

Gejala endometritis selepas bersalin boleh berbeza-beza. Selain masalah faraj yang berbau hanyir, anda juga boleh mengalami:

  • Demam panas
  • Sakit bahagian bawah perut
  • Peningkatan pendarahan faraj. Jika mengalami jangkitan endometritis selepas bersalin, pendarahan akan secara tiba-tiba menjadi berat atau mungkin terdapat gumpalan darah beku
  • Rasa sakit semasa melakukan seks
  • Kesakitan semasa membuang air kecil
  • Berasa tidak sihat

Diagnosis dan rawatan untuk masalah faraj berbau ikan busuk selepas bersalin 

Jangkitan endometritis selepas bersalin pada mulanya didiagnosis melalui pemeriksaan fizikal dan pemerhatian gejala. Ini mungkin termasuk pemeriksaan faraj atau swab. Diagnosis boleh disahkan melalui ujian darah dan air kencing.

Jangkitan ini boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik. Sekiranya sihat dan berkemampuan menguruskan diri serta jangkitan yang dialami ringan, anda mungkin diberikan tablet antibiotik untuk meneruskan rawatan di rumah. 

Walau bagaimanapun, ramai wanita dimasukkan ke hospital untuk menerima antibiotik yang diberikan ke dalam vena – antibiotik intravena – bagi merawat jangkitan dengan segera.

faraj berbau ikan busuk selepas bersalin

Komplikasi endometriosis selepas bersalin

Selagi jangkitan endometritis dapat didiagnosis segera, ia boleh dirawat dengan berkesan tanpa sebarang implikasi kesihatan jangka panjang.

Sebaliknya jangkitan yang tidak dirawat boleh merebak ke bahagian lain dalam tubuh. Paling teruk, ia boleh berkembang menjadi sepsis – merupakan jangkitan dalam aliran darah yang selalunya boleh mengakibatkan kematian.

Ia juga boleh merebak ke luka pembedahan caesarean atau di dalam kawasan perut. Komplikasi biasanya jarang berlaku jika endometritis dirawat dengan antibiotik.

Ramai wanita yang dijangkiti endometritis selepas bersalin pulih dengan cepat selepas diberikan antibiotik. Biasanya dalam tempoh 2-3 hari selepas memulakan pengambilan antibiotik, anda akan berasa lebih baik.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, kebimbangan mahupun ketidakpastian mengenai keadaan diri selepas melahirkan anak, berjumpalah dengan pakar.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Postpartum Endometritis. https://www.birthinjuryhelpcenter.org/postpartum-endometritis.html, Accessed on Feb 12, 2022 
  2. Postpartum Endometritis. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=928910, Accessed on Feb 12, 2022 
  3. Postpartum Endometritis. https://patient.info/pregnancy/postpartum-endometritis-leaflet, Accessed on Feb 12, 2022
  4. In the Weeks After Birth. https://en.hesperian.org/hhg/New_Where_There_Is_No_Doctor:In_the_Weeks_After_Birth, Accessed on Feb 12, 2022
  5. Antibiotic regimens for postpartum endometritis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7050613/, Accessed on Feb 12, 2022 
  6. Birthing mothers: your body after birth. https://raisingchildren.net.au/grown-ups/looking-after-yourself/new-mums/new-mums-your-body, Accessed on Feb 12, 2022

Versi Terbaru

06/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Risau Miss V Berubah Lepas Beranak? Tenang Mama, Ada Cara Atasinya!

Rasa Faraj Longgar Selepas Lahirkan Anak? 3 Tip Ini Dapat Membantu Ibu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan