backup og meta

Moody semasa Hamil: Ini Cara Tanganinya!

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    Moody semasa Hamil: Ini Cara Tanganinya!

    Muntah-muntah, sakit-sakit badan dan lesu sepanjang hari adalah antara penyebab mengapa ibu hamil rasa ‘berangin’ dan mudah naik marah. Faktor lain yang menyebabkan anda mengalami perubahan mood sepanjang kehamilan adalah kerana perubahan hormon yang berlaku semasa hamil. Malah, perasaan teruja bercampur takut dan tertekan sepanjang kehamilan juga boleh mempengaruhi mood bakal ibu. Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi perubahan emosi semasa hamil? Cubalah tips di bawah:

    1 Tenangkan diri

    Beritahu kepada diri anda bahawa perasaan tertekan atau moody adalah perkara yang biasa berlaku kepada wanita hamil. Malah, kebanyakan wanita hamil akan berperang dengan emosi sendiri disebabkan perubahan hormon kehamilan. Cari masa untuk diri sendiri dan terima perubahan yang ada. Jika anda tiba-tiba moody, asingkan diri sebentar untuk bertenang dan cuba untuk memotivasikan diri.

    2 Luahkan

    Salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan adalah bercakap dengan seseorang. Carilah sesiapa yang anda selesa untuk bercerita seperti pasangan, keluarga ataupun rakan terdekat. Luahkan apa yang anda pendam supaya anda berasa lega. Sekurang-kurangnya orang terdekat anda boleh mendengar ataupun mencadangkan jalan penyelesaian.

    3 Cukup rehat

    Salah satu punca perubahan mood anda adalah kerana tubuh anda letih dan lesu. Jadi, amat penting untuk setiap ibu hamil mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. Bukan sahaja tidur di malam hari penting, bahkan juga si ibu boleh menggunakan waktu siang untuk meridap.

    4 Masa bersama pasangan

    Hubungan sesetengah pasangan kadangkala sedikit goyah dek kerana perubahan emosi yang berlaku pada si isteri. Luangkan masa berkualiti bersama pasangan seperti pergi bercuti, menemankan si isteri ke kelas antenatal ataupun menonton wayang bersama.

    5 Lakukan perkara yang menggembirakan

    Buatlah apa sahaja yang boleh menggembirakan hati anda. Jika anda seorang yang suka bercantik-cantik, teruskan melawa dan bergaya biarpun semasa hamil. Anda juga boleh membuat aktiviti kegemaran namun pastikan ia tidak menjejaskan kandungan anda. Bersenam juga dapat membantu ibu melegakan tekanan. Senaman seperti berenang, berjalan ataupun yoga adalah baik untuk ibu hamil.

    6 Elakkan tekanan

    Cuba tangani perasaan tertekan anda sebaiknya. Dapatkan buku panduan mengenai cara mengatasi tekanan. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk menangani tekanan bukan sahaja semasa hamil tetapi juga dalam apa jua situasi.

    7 Makan makanan seimbang

    Ini salah satu faktor penting yang boleh mempengaruhi mood anda. Dengan mendapat makanan yang cukup dan seimbang membantu anda untuk kekal bertenaga sekali gus memberikan anda emosi yang stabil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan