Mengapa Kesan Regangan Kulit Terjadi semasa Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 16/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kesan regangan kulit tidak berbahaya dan menyakitkan, namun ia seringkali menjadi igauan ngeri buat wanita khususnya ibu hamil dan ibu baru bersalin. Kesan regangan kulit yang dialami tidak berisiko kepada ibu mahupun bayi, tetapi ia menimbulkan rasa ketidakselesaan buat ibu. Lazimnya, ibu akan mengalami gatal-gatal pada beberapa bahagian tubuh seperti abdomen. Ini berlaku disebabkan kulit menegang dan menjadi nipis.

Selalunya, kesan regangan kulit akan muncul pada trimester ketiga kehamilan iaitu antara minggu ke-29 dan minggu ke-40. Ibu hamil akan mengalami garisan pada beberapa bahagian tubuh seperti perut, payudara, paha, pinggul, belakang badan dan punggung.

Bagaimana kesan regangan kulit berlaku?

Kesan regangan kulit berlaku apabila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat daripada perubahan dan pengembangan tubuh ketika hamil. Pada kebiasaannya, kulit manusia boleh menyesuaikan dengan pergerakan badan, dengan cara mengembang dan mengecut apabila berat badan kita berubah. Bagaimanapun, semasa kehamilan, kulit kita mungkin tidak cukup kenyal untuk mengembang mengikut kadar perkembangan bayi, sehingga merosakkan bahagian dalam tisu kulit. Apabila kerosakan ini pulih dengan sendirinya, ia membentuk parut yang dikenali sebagai kesan regangan kulit.

Ada juga pakar berpendapat kesan regangan kulit terjadi disebabkan oleh perubahan hormon dalaman wanita hamil. Hormon ini dipercayai menyebabkan kulit menyerap lebih banyak air, serta meregangkan jalinan antara serat-serat kolagen di bawah kulit badan. Hal ini menyebabkan kelemahan tisu-tisu kulit, dan terbentuklah kesan regangan kulit.

Kaitan antara kenaikan berat badan semasa hamil dengan kesan regangan kulit

Setiap wanita hamil pasti akan mengalami kenaikan berat badan. Namun, anda akan lebih cenderung untuk mendapat kesan regangan kulit jika kenaikan berat badan anda melebihi daripada purata normal semasa kehamilan. Kebanyakan wanita hamil naik berat badan antara 10 kg dan 12.5 kg, bagaimanapun kenaikan berat badan adalah berbeza mengikut individu. Bagi mengelakkan berat badan anda berlebihan semasa hamil, anda disarankan untuk makan makanan yang seimbang dan sihat. Namun, jika anda risau tentang berat badan anda, berjumpalah dengan doktor anda bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sifilis adalah

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    tanda penyakit rabies

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan