
Tidak dapat dinafikan, ramai individu termasuk pakar yang mengatakan perbuatan melancap adalah satu perbuatan yang normal. Hakikatnya, ia dilakukan oleh kebanyakan lelaki atau wanita yang hidup di muka bumi ini.
Persoalannya, bagaimana pula jika seorang wanita itu sedang hamil? Adakah onani ketika hamil itu adalah satu perkara yang normal?
Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya!
Kehamilan akan mengubah segala-galanya
Buat wanita yang pernah mengandung, pasti anda akan bersetuju dengan kenyataan ini bukan?
Ini kerana memang benar kehamilan akan mengubah segala-galanya dalam kehidupan kaum Hawa.
Ketika perut sedang memboyot, kebanyakan wanita mungkin akan mengalami perubahan pada fizikal dan mental mereka.
Kondisi yang tidak menyenangkan seperti morning sickness, mood tidak menentu serta keletihan yang berlebihan adalah perkara biasa bagi ibu hamil.
Dalam pada itu, ada juga wanita yang akan mengalami peningkatan tahap libido semasa sedang hamil.
Ini berpunca daripada peningkatan hormon progesterone dan estrogen dalam tubuh badan.
Jika suami tidak larat atau tidak minat untuk melayan, maka mungkin ada yang pilih untuk beronani.
Namun, ramai yang tertanya-tanya adakah normal untuk melancap semasa mengandung?
Adakah onani ketika hamil itu normal?
Meskipun ia adalah perbuatan yang sudah terang lagi bersuluh salah di sisi ajaran agama Islam, kita tidak boleh menafikan memang ramai individu yang melakukan perbuatan ini.
Menurut ramai pakar, beronani semasa hamil adalah perbuatan yang normal.
Bukan sahaja normal, malahan juga ia dikatakan mempunyai pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan tubuh badan kita.
Antara kebaikan melancap semasa mengandung yang digembar-gemburkan adalah:
- Membantu mengurangkan stres
- Membantu melancarkan aliran dalam saluran darah
- Membantu meningkatkan kualiti tidur
- Rasa gembira ekoran pengeluaran hormon dalam tubuh badan
Pun begitu, sila berhenti dari melakukannya sekiranya anda mengalami perkara berikut sebagai langkah keselamatan ya?
- Air ketuban sudah pecah
- Faraj mengalami pendarahan
- Berisiko tinggi melahirkan bayi pramatang
- Anda mengalami kahamilan dengan uri berada di bawah
Jadi, adakah ia adalah satu perbuatan yang selamat untuk dilakukan?
Adakah perbuatan onani ketika hamil itu selamat?
Jawapannya ya, ia adalah satu perbuatan yang selamat untuk dilakukan meskipun terdapat beberapa ketika di mana anda perlu menghentikannya – seperti yang disenaraikan di atas.
Jika kalian bebas dari keadaan yang telah dinyatakan di atas tadi, maka melancap semasa mengandung adalah satu perbuatan yang normal untuk anda.
Namun, kalian harus mengikut beberapa petua yang penting.
- Pertama, sila pastikan kuku anda sentiasa pendek untuk mengelakkan risiko faraj tercedera semasa beronani
- Kedua, pastikan jari dan tangan yang digunakan bersih. Sila cuci jari dan tangan anda menggunakan air dan sabun setiap kali sebelum atau selepas beronani
- Ketiga, pastikan peralatan seks seperti dildo atau vibrator yang anda ingin gunakan adalah milik anda sendiri dan bukannya dipinjam dari orang lain. Ini kerana perkongsian sex toy mudah menyebarkan penyakit jangkitan kelamin (STD) antara manusia.
Untuk lebih kepastian, anda boleh gunakan kondom untuk disarungkan pada sex toy ini. Ia adalah satu tindakan yang sangat efektif dalam usaha mengelakkan STD.
Cuma, pastikan anda membuang dan menukar kondom ini selepas digunakan walaupun baru sekali.
Hak individu
Kesimpulannya, melancap semasa mengandung itu adalah normal dan selamat.
Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum mengambil keputusan untuk melakukannya.
Selain itu, ketahuilah ia adalah perbuatan yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam!
Adakah Anda Sedang Menambah Berat Semasa Hamil?
Jom semak pertambahan berat badan ibu yang normal sewaktu mengandung
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga:
- Fakta Menarik Mengenai Onani yang Anda Perlu Tahu
- Keliru Waktu Kesuburan Anda, Ini 8 Cara Untuk Mengira Masa Subur, No.3 Paling Mudah!
- Anda Stres Kerja Atau Ketika Memandu? Kajian Suruh Anda Dengar Lagu Adele!
- Opss! Rasa Ada Cecair Celah Paha, Apa Ibu Perlu Buat Bila Air Ketuban Bocor?
- Penyakit Kelamin (STD)
- Kesihatan Berada di Tangan Anda – Cuci Tangan Dengan Sabun Hari Ini!