Kesan Jangka Masa Panjang Wanita Merokok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mutakhir ini, purata golongan wanita merokok kian melonjak ke tahap yang membimbangkan. Malahan di beberapa negara seperti Chile, Sweden, Uruguay, New Zealand dan Amerika Syarikat, bilangan golongan perokok wanita melebihi golongan perokok lelaki. Apakah punca sebenar wanita merokok dan apakah kesan jangka panjang yang akan mereka hadapi pada masa hadapan kelak?

Mengapakah wanita merokok?

Pengaruh rakan sebaya

Menurut laporan daripada National Institutes of Health pada tahun 2012, waktu yang paling kritikal bagi individu mula merokok adalah ketika gred ke 6 atau 9 di sekolah. Ini menunjukkan individu akan mula merokok disebabkan masalah sosial dan keinginan untuk nampak hebat atau matang. Remaja yang kurang keyakinan diri juga cenderung untuk mula merokok disebabkan pengaruh rakan sebaya ataupun keinginan mereka sendiri.

Tekanan

Sebuah kajian daripada British yang mengasaskan No Smoking Day peringkat kebangsaan menyatakan tekanan merupakan antara punca utama 1/3 daripada golongan perokok wanita mula merokok. Kajian ini dapat dibuktikan lagi dengan kenyataan bahawa lelaki mula merokok untuk menghiburkan diri sementara wanita pula mula merokok kerana menganggap merokok dapat mengawal dan melegakan tekanan.

Mengurangkan berat badan

Merokok seringkali dikaitkan dengan kekurangan berat badan. Ini kerana merokok dapat memberi kesan negatif terhadap proses metabolisme dalam badan individu sekaligus menyebabkan kekurangan berat badan. Ini merupakan antara punca utama wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan untuk mula merokok.

Keterbiasaan

Bagi golongan perokok tegar, merokok merupakan suatu gejala yang biasa dan normal bagi mereka. Kajin menunjukkan bahawa golongan perokok tegar menganggap tabiat merokok sebagai satu ritual seharian dan mereka sendiri tidak menyedari bila dan mengapa mereka mula merokok.

Antara punca lain yang mengundang kepada ketagihan tembakau adalah keinginan perokok wanita itu sendiri untuk menonjolkan diri dan melawan kongkongan daripada ibu bapa yang hanya menginginkan mereka untuk jadi lebih feminin.

Apakah kesan jangka masa janjang wanita merokok?

Masalah kesuburan

Menurut kajian, ketidaksuburan dalam kalangan wanita merokok adalah dua kali ganda berbanding wanita yang tidak merokok. Ini disebabkan oleh kerosakan pada tiub fallopio dan telur wanita selain berlakunya perubahan kondisi serviks. Sekalipun sudah mendapatkan rawatan kesuburan seperti IVF, perokok wanita hanya mempunyai peluang untuk hamil yang rendah iaitu sebanyak 30 peratus sahaja berbanding wanita yang tidak pernah merokok.

Keguguran dan pelbagai lagi komplikasi kehamilan

Tabiat merokok akan menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan anda. Jika anda masih merokok semasa sedang hamil, peluang untuk anda mengalami komplikasi kehamilan seperti keguguran, kandungan luar rahim, kelahiran bayi pramatang atau kandungan meninggal dunia sebelum dilahirkan. Bayi yang dilahirkan oleh ibu perokok juga berpotensi untuk mengalami risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

Kanser paru-paru

Menurut kajian yang dikeluarkan pada tahun 2013, wanita yang merokok mempunyai risiko sebanyak 17.8 kali lebih daripada wanita yangt tidak merokok untuk menghidapi kanser paru-paru. Manakala lelaki yang merokok pula mempunyai risiko sebanyak 14.6 kali lebih daripada lelaki yang tidak merokok. Kedua-dua kajian ini menunjukkan merokok akan mendatangkan penyakit yang sangat serius kepada kedua-dua jantina namun lebih memberi kesan kepada perokok wanita.

Antara masalah kesihatan yang akan timbul akibat merokok adalah osteoporosis, penyakit gusi, ulser, katarak, rheumatoid arthritis serta mengakibatkan menopaus awal. Selain itu, golongan perokok juga mempunyai sistem penyembuhan yang sangat lemah dan mempunyai kadar survival yang sangat rendah untuk sembuh daripada sebarang pembedahan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cepat Penat & Susah Tidur Waktu Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Masalah TAK Disangka Ini!

    Asyik berasa lesu, penat dan susah tidur? Apa kata anda periksa simptom anda dalam artikel ini. Mungkin anda mengalami keadaan ini, boleh memudaratkan anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Tidur Berkualiti 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Jika telinga anda kerap berdesing dan sukar mendengar, ia mungkin petanda penyakit glue ear. Jom klik untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    PTSD adalah masalah kesihatan mental yang boleh dialami sesiapa sahaja. Jom kenali pencetus gangguan serta cara untuk mengatasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan berkafein

    Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    siku dan lutut hitam

    Muka Putih Tapi Siku & Lutut Hitam? Petua Semula Jadi Ini Bantu Cerahkannya Kembali

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    conteng dinding

    Aduh, Panas Hati Bila Anak Suka Conteng Dinding! Bertenang, Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan