Risau Berat Janin Dalam Kandungan Rendah? Ini Pilihan Makanan Untuk Membantu Si Ibu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 09/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Antara parameter utama untuk menilai kehamilan yang sihat adalah ukuran berat badan janin. Setiap kali imbasan ultrabunyi dilakukan, perkembangan berat janin diukur dan direkodkan untuk rujukan. Jika anda diberitahu bahawa berat janin anda kurang daripada apa yang sepatutnya semasa trimester terakhir kehamilan, berikut merupakan beberapa makanan penting yang mungkin boleh membantu anda meningkatkan berat badan janin dalam kandungan:

Berat janin rendah, ini makanan yang boleh bantu ibu 

1. Produk tenusu

Kajian mendapati bahawa pengambilan minimum 200-500 ml susu sehari mungkin mempunyai kesan positif pada berat janin. Susu bukan sahaja menyediakan protein berkualiti tetapi merupakan sumber kalsium yang baik; nutrien yang sama penting untuk bayi anda. Jika anda tidak gemar meminum susu, anda boleh mengambilnya sebagai milkshake atau makan bersama bijirin atau oat.

Menambah semangkuk yogurt ke makanan anda bukan sahaja memberikan anda sumber kalsium dan memastikan anda mendapat sumber tenusu yang kaya dengan protein tetapi juga membantu menjaga usus anda dengan pengambilan sumber bakteria baik.

Pengambilan 40-50 gram keju juga boleh dikira seperti mengambil segelas susu. Pun begitu, elakkan keju jika anda mengalami tekanan darah tinggi semasa kehamilan.

2. Kekacang

Satu lagi kumpulan makanan penting adalah kekacang yang bukan sahaja kaya dengan protein (terutamanya jika anda seorang vegetarian atau vegan) tetapi turut juga menyediakan zat besi yang diperlukan, asid folik dan nutrien lain seperti serat. Masukkan dua hidangan ini dalam diet harian anda untuk menjaga pengambilan protein anda.

Anda boleh mengambil kacang soya dalam bentuk tauhu, susu soya atau tepung kacang soya. Kacang soya kaya dengan zat besi dan jika dimakan dalam bentuk tauhu membekalkan sumber kalsium yang baik juga. Ini kerana susu soya ditambah dengan garam kalsium.

Kacang peas hijau menyediakan protein, vitamin B kompleks, asid folik dan mineral seperti zat Besi, Magnesium, Fosforus dan Kalium. Semua ini sesuai untuk ibu mengandung untuk mengekalkan diet seimbang. Selain itu ia mempunyai serat yang membantu masalah sembelit yang biasa berlaku semasa kehamilan.

3. Kacang

Kacang seperti badam boleh ditambah kepada diet anda untuk menyediakan mikronutrien seperti zink, besi, tembaga, asid folik. Anda boleh menjadikan kacang sebagai makanan ringan yang sangat sesuai untuk dikunyah. Selain memberikan sumber protein yang baik dan lemak sihat, janin anda akan mendapat bekalan nutrien yang diperlukan walaupun dengan makanan ringan tetapi sihat ini.

4. Ayam

Jika anda bukan vegetarian, pengambilan daging kurang lemak seperti ayam atau ikan rendah lemak pastilah tidak bermasalah buat anda. Daging ayam membekalkan protein yang diperlukan untuk perkembangan sel dan otot bayi. Selain protein, makanan ini juga menyediakan zat besi yang membantu ibu hamil yang mengalami anemia.

5. Ikan

Ikan juga mempunyai kelebihan menyediakan lemak penting dalam bentuk asid lemak omega-3 yang diperlukan perkembangan otak dan keseluruhan bayi. Ayam dan ikan adalah sumber protein tinggi dan rendah lemak berbanding daging lembu.

6. Telur

makan telur

Bagi ibu vegetarian pilihan lain untuk sumber protein yang sama baik daripada ayam dan ikan adalah telur. Telur adalah sumber protein yang baik dan kaya vitamin A, D dan mineral seperti zat besi, asid folik dan kolin.

Malah telur mempunyai profil asid amino yang terbaik yang dianggap sebagai protein rujukan. Ini bermakna kualiti protein makanan lain dibandingkan dengan protein telur. Mineral di dalam telur membantu memastikan membran amniotik kuat dan membantu dalam mencegah kecacatan kelahiran pada janin

7. Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran berdaun hijau membantu membekalkan keperluan zat besi yang tinggi semasa kehamilan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan janin & tisu ibu.

Bayam pula selain menyediakan zat besi turut menjadi sumber asid folik yang baik. Asid folik adalah penting untuk perkembangan otak janin. Ia melindungi bayi daripada masalah dalam perkembangan sistem saraf bayi. Pastikan anda mengambil sayur-sayuran berdaun hijau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mendapatkan banyak vitamin, mineral & antioksidan.

8. Brokoli

Jika sayuran berdaun hijau biasa bukanlah kegemaran anda, anda boleh mencuba brokoli. Dianggap sangat terkait dengan sayuran berdaun hijau, brokoli juga turut menyediakan zat besi, di samping beta karotena, vitamin E dan Vitamin K.

9. Lobak, Labu, Keledek

Ini adalah satu lagi set sayur-sayuran untuk dimasukkan ke dalam diet anda. Sayuran ini kaya dengan beta-karotena; satu bentuk vitamin A. Vitamin A adalah penting untuk perkembangan mata, paru-paru dan kulit bayi yang sihat.

10. Buah-buahan sitrus

Terutamanya oren kaya dengan vitamin C dan asid folik. Ini juga merupakan sumber yang baik untuk Thiamin dan Potassium, dan sumber serat makanan yang sangat baik, yang membantu menghindari sembelit yang biasa terjadi pada kehamilan. Satu lagi peranan penting vitamin C adalah untuk membantu penyerapan zat besi terutama dari diet vegetarian. Selain buah sitrus, anda juga boleh memasukkan amla, sayur-sayuran seperti kapsikum merah, hijau dan kuning, untuk mendapatkan sumber vitamin C.

11. Makanan Tambahan

Suplemen zat besi dan asid folik yang biasa diberikan kepada wanita hamil juga boleh meningkatkan berat janin dalam kandungan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

Ya, mungkin ramai sudah tahu akan manfaat diet mediterranean. Namun tahukah anda ia juga bagus untuk bantu lawan depresi? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diet Sihat, Pemakanan Sihat 07/01/2021 . 3 minit bacaan

10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sistem pencernaan manusia mempunyai peranan penting dalam menguraikan makanan dan minuman yang diambil kepada khasiat nutrien.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 31/12/2020 . 4 minit bacaan

Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

Jangan tak tahu, ada diet untuk kulit cantik khas jika anda berhasrat menjaga kecantikan kulit. Jom klik artikel ini untuk tahu 5 jenis diet tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Dalam tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan adalah penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

manfaat posisi tidur

Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
makanan tidak berkhasiat

Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
kalori per hari untuk diet

Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
makanan diet eat clean

Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan