Sedar tak sedar si ibu sudah pun berada pada kehamilan minggu ke 26. Namun begitu, tahukah anda bahawa anda sudah boleh melihat warna mata janin pada tempoh ini?
Apa lagi perkembangan dan posisi janin 26 minggu yang anda perlu ketahui? Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Perkembangan bayi semasa kehamilan minggu ke 26
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bayi anda sekarang bersaiz seperti panjang daun bawang daripada kepala ke tumit, iaitu 39 cm dan berat sekitar 750 g.
Walaupun mata bayi anda tertutup beberapa bulan yang lepas, tidak lama lagi matanya akan terbuka dan boleh berkelip. Bergantung kepada bangsa atau etnik, sesetengah bayi akan dilahirkan dengan mata hitam atau coklat kehitaman.
Mata mereka mungkin berubah warna dalam tahun pertama dan ada yang akan dilahirkan dengan mata coklat atau warna lain. Bulu kening dan rambut bayi juga sedang tumbuh.
Perubahan hidup & tubuh badan ketika kehamilan minggu ke 26
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Uterus anda adalah syurga bayi anda sebelum kelahiran. Tetapi, bayi anda akan berpindah ke rumah baru selepas kelahiran. Ambil masa untuk mempersiapkan rumah anda sebelum hari kelahiran bayi.
Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk keselamatan anak anda. Anda patut menutup sumber elektrik, barang yang boleh ditelan, memasang penggera kebakaran dan penghadang tangga.
Ambil setiap langkah berjaga-jaga yang boleh anda fikirkan tetapi ingatlah bahawa tidak ada langkah berjaga-jaga yang setanding dengan pengawasan sendiri.
Apa yang perlu saya beri perhatian?
Anda mungkin merasa tidak stabil atau mempunyai langkah kaki yang cemerkap semasa kehamilan minggu ke-26. Apabila berada dalam trimester ketiga, terdapat banyak sebab untuk anda terjatuh.
Perut anda semakin besar menyebabkan pusat graviti berubah yang membuat anda cenderung ke depan di samping sendi anda juga kian tidak stabil dan rasa penat menyebabkan anda tidak memberi perhatian dan leka.
Ini boleh menjejaskan tumpuan anda dan membuatkan anda mudah terjatuh.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor semasa kehamilan minggu ke 26?
Tanda regangan pada kulit dan kegatalan mula muncul lebih kerap. Ia boleh jadi tidak selesa tetapi anda harus optimis kerana hanya berbaki tiga bulan sahaja lagi sebelum kelahiran.
Kegatalan waktu hamil selalunya berlaku pada perut, punggung dan tangan. Doktor akan menyarankan ubat topikal dan antihistamin atau suntikan untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:
- Ukuran berat badan dan tekanan darah;
- Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
- Ujian darah untuk anemia;
- Vaksinasi terhadap difteria;
- Pemeriksaan degupan jantung janin;
- Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
- Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
- Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
- Simptom atau tanda yang tidak normal;
- Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.
Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Bengkak
Abdomen anda bukanlah satu-satunya bahagian yang akan membesar sewaktu kehamilan. Buku lali dan kaki anda akan membengkak, terutamanya di penghujung hari.
Bengkak ini tidak berbahaya tetapi mungkin menyebabkan rasa tidak selesa dalam rutin harian anda. Ia mungkin susah untuk anda memakai kasut.
Cincin anda mungkin semakin ketat dan sukar untuk ditanggalkan. Bengkak pada buku lali, kaki dan tangan adalah normal.
Ia berlaku disebabkan peningkatan cecair dalam badan sewaktu kehamilan. Bahkan 75% wanita mengalami masalah ini sewaktu kehamilan minggu ke 26.
Bengkak semasa kehamilan ini kian bertambah sewaktu cuaca panas atau selepas terlalu lama duduk atau berdiri. Ia boleh diredakan dengan cara berbaring semalaman atau beberapa jam.
Bagaimanakah pertumbuhan bayi anda pada minggu hadapan?
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]