backup og meta

Haid Datang Lewat, Tapi Ada Sedikit Darah Yang Keluar? Ia Mungkin Pendarahan Implantasi

Haid Datang Lewat, Tapi Ada Sedikit Darah Yang Keluar? Ia Mungkin Pendarahan Implantasi

Menunggu kedatangan haid bagi membolehkan anda melakukan ujian kehamilan umpama satu penderitaan. Apatah lagi jika anda benar-benar berharap untuk segera hamil. Bahagian yang paling mengecewakan apabila lewat didatangi haid, dan kemudian mendapati ada sedikit darah pada seluar dalam anda. Jadi, adakah itu pendarahan implantasi? Apakah itu darah implantasi?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu pendarahan implantasi?

pendarahan implantasi

Jika anda lihat pendarahan ringan, tompok kecil berwarna merah jambu ataupun coklat pada seluar dalam anda, ia mungkin merupakan pendarahan implantasi.

Pendarahan ini selalu terjadi pada 6 hingga 12 hari selepas konsepsi, dan anda mungkin tersilap menganggapnya sebagai haid biasa anda. Ini juga sebenarnya adalah petanda awal kehamilan.

Anda tidak perlu risau kerana ia tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan.

Pendarahan banyak (lebih daripada pendarahan normal) adalah yang perlu dibimbangkan.

Hubungi doktor anda jika anda mengalaminya (pendarahan banyak) atau berserta dengan demam, seram sejuk, dan kekejangan yang boleh menjadi lebih teruk.

Punca pendarahan implantasi

pendarahan implantasi

Selepas sperma disenyawakan dengan telur anda, ia akan berubah menjadi embrio. Kemudian, embrio akan menuju ke uterus dan menempel (implan) pada dinding uterus.

Ada kalanya, semasa penempelan embrio, ia boleh menyebabkan sedikit pendarahan. Perkara ini tidak menimbulkan sebarang masalah untuk bayi berkembang dalam rahim.

Wanita hamil boleh mengalami pendarahan disebabkan punca lain selain daripada implantasi. Jika pendarahan berat berlaku berserta atau tanpa rasa sakit atau kejang, hubungi doktor anda segera.

Jika anda sudah hamil dan mengalami pendarahan, ia mungkin disebabkan oleh:

  • Hubungan seks: Ia boleh berlaku pada bila-bila masa semasa kehamilan anda. Perubahan hormon dalam tubuh juga boleh berkait. Ia sepatutnya berhenti sendiri.
  • Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila embrio menempel di luar rahim. Anda mungkin akan mengalami pendarahan dengan rasa sakit dan kejang. Ia juga berbahaya dan anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
  • Keguguran: Lebih kurang 15% kehamilan berakhir dengan keguguran semasa beberapa minggu terawal. Kebanyakan wanita akan mengalami pendarahan dan kekejangan perut jika keguguran berlaku. Segera hubungi doktor anda jika anda tahu anda hamil dan mengalami simptom tersebut.

Bagaimana untuk saya tahu ianya darah implantasi dan bukannya darah haid?

pendarahan implantasi

Pendarahan jenis ini boleh menyerupai pendarahan haid, terutama semasa beberapa hari terawal waktu haid anda (di mana anda mengalami sedikit pendarahan).

Oleh itu, anda mungkin akan berasa keliru semasa berlakunya tompok darah. Berikut adalah cara untuk mengenali perbezaan antara pendarahan jenis ini dan pendarahan haid:

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Color Is Implantation Bleeding?. https://www.memorialcare.org/blog/what-color-implantation-bleeding. Accessed on December 7, 2018.

What are some common signs of pregnancy?. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/pregnancy/conditioninfo/signs. Accessed on December 7, 2018.

Bleeding during pregnancy. https://www.mayoclinic.org/symptoms/bleeding-during-pregnancy/basics/definition/sym-20050636. Accessed on December 7, 2018.

What is Implantation Bleeding?. https://americanpregnancy.org/pregnancy-symptoms/what-is-implantation-bleeding/. Accessed on December 7, 2018.

Bloody Show. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21605-bloody-show#:~:text=The%20bloody%20show%20should%20not,experience%20heavy%20bleeding%20during%20pregnancy. Accessed on December 7, 2018.

Versi Terbaru

01/09/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Hati-Hati, Ini Antara 6 Punca Pendarahan Semasa Hamil

Pendarahan Semasa Hamil


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 01/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan