Tanda-Tanda Bersalin Yang Perlu Diketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 8 minit bacaan
Share now

Tanda tanda bersalin akan mula mengambil tempat sekitar bermulanya minggu ke-37 perkembangan janin. Pada minggu ke-37, tanda tanda bersalin akan mula berlaku sedikit demi sedikit kepada wanita hamil yang mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan sehinggalah tarikh kelahiran bayi. Ikuti maklumat di bawah berkenaan tanda bersalin yang perlu anda ketahui.

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Semakin dekat anda dengan tarikh kelahiran, anda akan mula merasai kontraksi Braxton Hicks, atau kontraksi palsu yang mungkin sedang anda alami sekarang. Ini adalah normal, anda tidak patut risau dan hanya perlu mengawasi jika kontraksi menjadi lebih seragam. Ia mungkin berlaku lebih lama dan menyebabkan anda merasa tidak selesa.

Anda mungkin lebih sukar tidur pada waktu ini. Jika boleh, dapatkan waktu tidur sebentar di siang hari. Ini akan membantu anda mengekalkan tenaga. Anda bukan sahaja sukar tidur, malah mungkin akan bermimpi ngeri. Ini adalah normal. Hidup anda bakal berubah dengan dramatik. Kerisauan tentang apa yang bakal berlaku sewaktu kelahiran dan menjadi seorang ibu boleh menyebabkan mimpi yang meresahkan.

Dengan segala perubahan pada badan anda, pastikan anda tetap mengawasi pergerakan bayi. Maklumkan doktor jika anda menyedari pergerakan berkurang. Bayi anda sedang mengambil semua ruang dalam uterus yang boleh membuatkannya susah untuk menggerakkan kaki. Tapi, anda masih boleh merasai pergerakan menggeliat, berpusing dan pergerakan kecil.

Pada minggu-39, kontraksi Braxton Hicks, juga dikenali sebagai “kelahiran palsu”, mungkin akan semakin terasa kepada anda. Walaupun sakit dan sekuat kontraksi sewaktu kelahiran, ia tidak seragam atau bertambah kekerapan seperti kontraksi sebenar sewaktu kelahiran.

Tanda tanda bersalin yang lain, kantung amnion pecah mungkin berlaku bila-bila masa sekarang. Apabila air ketuban pecah, anda mungkin merasa air keluar mendadak dan titisan air yang berterusan. Tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami pecah air ketuban hinggalah benar-benar pada waktu kelahiran. Doktor mungkin perlu memecahkan air ketuban untuk memulakan proses kelahiran atau mempercepatkannya. Jika anda rasa air ketuban anda telah pecah atau anda mengalami kontraksi yang seragam, hubungi doktor anda.

Anda pasti berasa cemas apabila bayi masih lagi belum mahu keluar sungguhpun tarikh jangkaan bersalin anda sudah lepas. Apatah lagi jika keluarga dan rakan anda asyik bertanyakan tentang keadaan anda. Jangan risau – anda tidak akan selamanya hamil. Ini juga peluang baik untuk anda pergi sendiri ke hospital pada minggu ini, dan jika anda masih belum boleh bersalin, anda akan diinduksi bersalin sebelum minggu ke 42, atau lebih awal jika anda atau bayi mengalami sebarang masalah.

Pada minggu ke-42 kehamilan pula, anda akan mengalami simptom kehamilan yang sama seperti minggu-minggu sebelumnya. Simptom-simptom ini termasuklah kejang kaki, sukar tidur, sakit belakang, tekanan pelviks, buasir, kerap kencing, dan kontraksi. Anda juga mungkin mengalami tekanan psikologi. Jadi, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mencuba untuk relaks dan biarkan bayi anda keluar pada masa yang dia mahukan.

Ingat bahawa bayi anda mungkin tiba pada akhir minggu ini, jadi anda perlu perhatikan tanda tanda bersalin. Antaranya termasuklah:

  • Lelehan mukus (mungkin berserta darah)
  • Air ketuban pecah
  • Kontraksi pada jarak waktu yang dekat

Apakah tanda tanda bersalin yang perlu diberi perhatian?

tanda tanda bersalin

Sewaktu bulan terakhir kehamilan, anda patut memberikan perhatian lebih kepada sebarang tanda amaran dan mengetahui tanda tanda bersalin. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami simptom berikut:

  • Jika anda mengalami titisan pendarahan pada bila-bila masa sewaktu bulan ini, maklumkan doktor anda dengan segera. Ini mungkin disebabkan pengeluaran plug mukus, mukus tebal yang menutup laluan serviks menuju ke uterus. Ini juga turut dikenali sebagai “bloody show.” Ini merupakan petanda bahawa proses kelahiran akan bermula dalam masa beberapa hari atau minggu.
  • Jika anda mengalami rasa sakit yang teruk dan berulang, hubungi doktor anda dengan segera. Walaupun jarang berlaku, ini mungkin merupakan tanda plasenta lekang (placental abruption). Tanda lain ialah demam, lendiran dari faraj dan jangkitan.
  • Kontraksi menjadi lebih seragam dan kuat. Ia juga mungkin akan berlaku pada jarak yang lebih pendek. Jika anda mendapati kontraksi masih berterusan sewaktu anda berhenti atau melakukan sebarang aktiviti atau mengubah posisi, ini mungkin kontraksi sebenar.
  • Air ketuban pecah. Ini berlaku apabila kantung amnion yang melindungi bayi anda mula pecah. Air mungkin keluar dengan cepat atau menitis sedikit demi sedikit pada kaki anda. Kontraksi mungkin berlaku sebelum atau selepas air ketuban pecah. Apabila ini berlaku, hubungi doktor anda secepat mungkin. Anda bakal melahirkan tidak lama lagi.

Pada minggu ke-40, anda akan mengalami saat yang telah anda nantikan- berjumpa dengan bayi anda! Sebelum bertemu dengan bayi anda, anda perlu melalui proses kelahiran. Anda mungkin telah mempelajari 3 peringkat kelahiran dalam kelas pranatal. Peringkat pertama bertindak menipiskan dan meregangkan serviks anda melalui kontraksi uterus pada jarak waktu yang seragam. Peringkat kedua adalah apabila anda meneran bayi keluar melalui laluan vagina ke luar badan anda. Sementara peringkat ketiga dan terakhir adalah apabila anda mengeluarkan plasenta.

Jika anda masih belum melahirkan, doktor anda mungkin menggunakan teknik tertentu untuk membantu atau menyebabkan kelahiran. Terdapat juga ubat yang dapat melembutkan dan meluaskan pembukaan serviks. Doktor juga mungkin memecahkan kantung amnion menggunakan cangkuk plastik untuk mencipta lubang dalam kantung amniotik. Ini tidak akan mencederakan anda, tetapi anda akan merasa aliran panas apabila kantung tersebut pecah.

Kira-kira 5 hingga 6 peratus wanita mengalami hamil terlebih bulan (prolonged pregnancy), iaitu tiga minggu atau lebih daripada tarikh jangkaan bersalin mereka. Bayi yang lahir pada 42 minggu kehamilan dan selebihnya boleh mengalami kulit kering dan selalunya lebih berat badan. Menunggu terlalu lama untuk bersalin juga boleh meningkatkan risiko jangkitan dalam rahim anda, yang boleh membahayakan bayi ataupun menyebabkan kematian bayi semasa lahir.

Ibu yang berada pada usia kehamilan 42 minggu adalah berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi seperti:

  • Masalah plasenta
  • Cecair amniotik rendah
  • Tali pusat berpintal
  • Perlu menggunakan Unit Jagaan Intensif Neonatal
  • Keperluan untuk bersalin secara pembedahan Cesarean

Apakah tanda tanda bersalin yang harus saya maklumkan pada doktor?

tanda tanda bersalin

Anda patut memaklumkan doktor akan sebarang tanda prakelahiran atau kebimbangan anda tentang proses kelahiran. Tekanan perasaan boleh menyukarkan proses kelahiran. Bincangkan dengan doktor tentang kebimbangan anda. Doktor mungkin mencadangkan senaman untuk menangani stres yang dapat anda lakukan dengan pasangan anda.

Pada minggu ke-38, penjagaan pranatal akan diteruskan selepas anda melepasi tarikh jangkaan kelahiran. Doktor akan memeriksa keadaan kesihatan anda dan keadaan serviks jika sudah mula menipis dan jika terdapat pembukaan untuk kelahiran. Jika anda telah melepasi jangkaan waktu bersalin lebih daripada seminggu, doktor anda mungkin meneliti degupan jantung bayi dengan monitor fetal eletronik atau menggunakan ultrabunyi untuk melihat pergerakan anak anda dan mengukur jumlah cecair amniotik. Ramai yang mengatakan herba dapat membantu wanita hamil mempercepatkan proses kelahiran. Tidak ada kajian tentang keselamatan penggunaan ubat herba yang digunakan untuk mempercepatkan kelahiran, jadi jangan menggunakan persediaan herba tanpa merujuk doktor anda. Anda boleh meminta ubat yang menghasilkan kontraksi daripada doktor anda. Dosnya boleh diubah untuk menentukan kekerapan kontraksi.

Doktor akan berbincang dengan anda tentang suntikan induksi bersalin jika bayi anda masih belum mahu keluar pada minggu hadapan ataupun lebih awal, atau jika ada masalah. Bagaimanapun, kebanyakan doktor tidak akan membiarkan anda menunggu bersalin sehingga dua minggu melepasi tarikh jangkaan bersalin anda, kerana akan meletakkan anda dan bayi pada risiko komplikasi.

Dalam pertemuan dengan doktor, anda perlu berbincang tentang pelbagai kemungkinan komplikasi yang boleh menjejaskan kehamilan anda semasa peringkat tersebut, seperti yang dinyatakan di atas.

Semasa minggu ke-42, anda perlu sentiasa membuat kiraan tendangan bayi seperti yang anda lakukan pada sepanjang trimester ketiga. Jika terdapat sebarang perubahan pada kekerapan tendangan bayi, anda perlu segera memberitahu doktor atau pakar obstetrik anda.

Tanda lain yang perlu anda pantau termasuklah sebarang lelehan tidak normal, pendarahan ataupun sakit abdomen. Jika anda mengalami sebarang simptom-simptom ini, segera beritahu doktor anda.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

tanda tanda bersalin

Semakin dekat anda dengan tarikh kelahiran, doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan pelvis dengan kerap untuk menentukan posisi bayi dalam uterus untuk persediaan kelahiran: sama ada kepala dahulu, kaki dahulu atau punggung dahulu. Kebanyakan bayi berada dalam posisi kepala dahulu pada akhir waktu kehamilan. Dalam posisi kepala menghadap ke hadapan, bayi anda dapat muat dengan baik ke dalam pelvis. Sewaktu pemeriksaaan pelvis, doktor anda juga akan melakukan pemeriksaan serviks untuk memeriksa sama ada serviks anda telah terbuka atau menipis dan melembut. Maklumat ini akan diterjemahkan dalam bentuk nombor dan peratus.

Apabila anda semakin menghampiri tarikh jangkaan kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis berkala untuk menentukan kedudukan kepala bayi dalam uterus. Pemeriksaan ini dapat membantu doktor menentukan kedudukan bayi sewaktu kelahiran: kepala dahulu, kaki dahulu atau punggung dahulu.

Sewaktu pemeriksaan ginekologikal, doktor juga akan melakukan pemeriksaan serviks untuk memerhatikan jika serviks anda sudah mula terbuka atau melembut atau menipis dan maklumat ini akan direkodkan menggunakan nombor dan peratus.

Jika anda tidak juga melalui proses kelahiran dalam masa seminggu daripada jangkaan tarikh bersalin, doktor mungkin mencadangkan anda menjalani ujian, yang meneliti kadar jantung bayi dan pergerakannya untuk memastikan bayi anda menerima oksigen yang mencukupi dan sistem saraf berfungsi. Tanya dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang ujian ini.

Kaedah yang doktor anda gunakan untuk induksi bersalin bergantung kepada keadaan serviks anda. Jika serviks anda belum mula melembut, mengurang, atau terbuka, anda dianggap masih belum bersedia untuk bersalin. Dalam kes seperti ini, doktor akan menggunakan sama ada kaedah hormon ataupun mekanikal untuk menyediakan serviks anda sebelum induksi. Bergantung pada keadaan anda, prosedur boleh merangkumi pelurutan atau memecahkan membran anda, atau menggunakan ubat seperti oksitosin untuk memulakan kontraksi. Jika kesemua kaedah ini tidak berjaya, anda perlu menjalani pembedahan c-section.  

Semasa peringkat kehamilan ini, penting untuk doktor anda memantau lebih dekat akan kehamilan anda. Ini kerana kehamilan terlebih bulan mendedahkan anda kepada risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding kehamilan normal lain. Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, asalkan bayi anda dalam pemantauan rapi dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang membimbangkan, jadi tiada apa yang perlu anda risaukan. Semasa tempoh ini, doktor akan menjalankan ujian dan pemeriksaan tertentu untuk memastikan kesihatan bayi. Ujian tersebut termasuklah ujian imbasan ultra bunyi minggu ke-42 kehamilan, ujian tidak-stres, dan kemungkinan ujian tekanan kontraksi. Tujuan ujian dijalankan adalah untuk memastikan bayi bergerak dan bernafas dengan baik, mendapat cukup cecair amniotik, serta kadar degupan jantung sihat.

Disebabkan peningkatan risiko berkait dengan kehamilan terlebih hari, doktor anda mungkin akan menimbangkan untuk melakukan induksi bersalin pada minggu tersebut. Kaedah ini mungkin diperlukan jika keputusan ujian menunjukkan bahawa bayi tidak boleh menunggu lebih lama di dalam rahim. Pelbagai kaedah induksi bersalin termasuklah:

  • Pelurutan membran: Doktor akan menggunakan jari untuk meleret sekitar pundi amnion yang akan membebaskan hormon tertentu, dan menyebabkan kontraksi dalam masa 48 jam.
  • Air ketuban pecah: Doktor juga mungkin akan memecahkan pundi amnion anda dengan alat khas. Cara ini boleh menyebabkan kontraksi berlaku dalam tempoh beberapa jam.
  • Mematangkan serviks: Melalui cara ini, doktor akan memasukkan jenis perubatan tertentu yang dipanggil prostaglandin dalam faraj anda. Dalam masa semalaman, ubat tersebut akan membantu mengembangkan serviks anda.
  • Merangsang kontraksi: Cara ini dibuat menggunakan IV dan versi oksitosin sintetik, yang dapat membantu merangsang kontraksi.

Tanda tanda bersalin

tanda tanda bersalin

Tanda tanda bersalin setiap wanita tidak sama, bahkan tanda bersalin bagi setiap kelahiran untuk seseorang wanita itu juga berbeza! Sungguhpun anda tahu tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang diberikan oleh doktor, tetapi tidak mustahil jika anda bersalin lebih awal ataupun lewat daripada tarikh yang diberikan. Jadi, apa petanda waktu bersalin anda sudah hampir? Awas! Usah terpedaya dengan tanda bersalin palsu.

  1. Rasa ringan

Ini bukan bermakna anda rasa berat badan anda semakin ringan! Sebaliknya, proses di mana kepala bayi turun ke bawah dan berada tetap pada posisi pelvis anda dinamakan ringan. Anda mungkin akan mengalami tanda ini beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin. Juga, anda akan rasa lebih kerap kencing ketika ini kerana uterus berada atas pundi kencing.

  1. Rembesan mukus

Rembesan mukus berkumpul di serviks semasa anda hamil. Namun, apabila serviks mula terbuka dengan lebih luas, rembesan mukus yang jernih, berlendir dan sedikit berdarah akan keluar pada faraj anda. Anda mungkin akan bersalin selepas seminggu atau dua minggu rembesan mukus keluar.  

  1. Kontraksi

Semasa kontraksi berlaku, abdomen anda akan rasa keras. Semasa antara kontraksi pula, uterus akan rasa relaks dan abdomen jadi lembut. Walau bagaimanapun, rasa kontraksi bagi setiap wanita tidak sama. Lazimnya, anda akan mula rasa kejang perut dan tidak selesa serta sakit belakang sewaktu hampir bersalin. Kontraksi sebenar berbeza dengan yang palsu, di mana semasa kontraksi sebenar, anda akan rasa kontraksi tanpa henti walaupun semasa anda berubah posisi atau cuba untuk bertenang. Anda juga akan rasa kontraksi lebih kerap dan lebih sakit.    

  1. Air ketuban pecah

Tanda bersalin yang paling kerap diperkatakan. Untuk mengenali air ketuban, selalunya ia tidak berbau dan jernih. Proses kelahiran hanya terjadi jika air ketuban anda pecah disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

  1. Mudah membuang air besar

Bukan sahaja otot pada uterus yang sedang bersedia untuk bersalin, otot-otot pada badan lain pun sama. Pergerakan usus anda juga longgar, jadi mudah untuk anda membuang air besar. Ini petanda baik kerana waktu bersalin anda makin hampir!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Anda mungkin pernah mendengar istilah 'jam biologi wanita' yang dikaitkan dengan telur wanita, tetapi apakah maksudnya dan pada usia berapa ia bermula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tengok Cermin Ketika Bersalin? Bukan Saja Buat Ibu Lebih Semangat Nak MENERAN, Ada Manfaat Lain!

    Saat bersalin adalah momen besar wanita dan menjadikan pengalaman ini kekal di ingatan. Namun bagaimana jika si ibu dapat melihat dari sudut bahagian intim?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    “Adakah aku mengandung?” Ini adalah salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang  insan yang bergelar wanita. Ini cara periksa ujian kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    melahirkan anak kedua

    Benarkah Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat? Ini Yang Bakal Ibu Anak Dua Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    kerja rumah

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    kerap buang air kecil

    Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan